Alahai...tersentot perasaan. Mula-mula dulu lapor diri ke sini dengan Pah. Beberapa bulan kemudian, Pah minta tukar ke tempat yang dekat dengan keluarga. Pastu elok-elok duduk menyewa bersama Lin dengan penuh keceriaan dan keharmonian, Lin pulak akan pergi. Tak sampai setahun pun bersama. Sedih la pullokkk...!
Langkawi Trip |
Semalam di Kolam Air Panas Ulu Legong. Masa saya ambil gambar ni Lin belum mandi ...hehehe |
Waktu di Cameron Highlands. Ni pun jenuh saya pujuk nak ambil gambar cute ni... |
Sedih... Hmm...Saya agak Lin pun sedih walaupun dia gembira kerana hasratnya tertunai. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Dalam hati, saya tetap berdoa Lin akan bahagia di tempat kerja yang baru. Jangan lupakan akak, dik. Saat-saat kita dok mengetoi kat rumah tu sentiasa dalam lipatan kenangan. Especially your sambal belachan power!
Cantik punya lentok kat PWTC (gambar paparazzi) |
Selamat jalan adikku... Selamat berjaya di tempat baru...
No comments:
Post a Comment