Di kampung, suasana pagi raya di masjid, berbeza tahun ini. Kalau tidak, pakcik Ustat (Ustaz Rani) akan bagi ucapan untuk orang kampung panjang berjela. Sehinggakan orang mula gelisah panas punggung. Namun pakcik Ustat dah meninggal beberapa bula sebelum Ramadhan. Kali ini terasa sunyi pula bila dah tiada ucapan wakil kampung. Ketua kampung yang baru pun tak beri ucapan. Sembahyang raya tahun ini pun selesai lebih cepat dari kebiasaan.
Memandangkan kak long & abang saya beraya dengan keluarga mertua, aturcara program kami sekeluarga ringkas sahaja. Kami hanya pergi beraya ke rumah arwah pakcik ustat dan menikmati hidangan nasi beriani (sedappp). Balik ke rumah, ramai pula jiran datang beraya. So, kena layan tetamu dulu.
Disebelah petang Jamie cadangkan terus ke Pasir Panjang menziarahi kubur arwah baba dan aki. Sebab esok paginya dia nak balik ke Klang beraya dengan keluarga mertua. So, kami ke Pekan petang itu. Selesai tahlil (diketuai oleh Abang Mod), kami ke Kampung Permatang Belida iaitu rumah Pak Awang (sepupu arwah baba).
Serunding ikan, rendang daging pedas & ketupat |
Hari raya kedua, kami hanya duduk di rumah. Aktiviti utama, membersihkan kawasan rumah. Masih ada lagi jiran datang beraya. Niat saya hendak ke Pekan beraya di rumah kawan. Tapi tak jadi kerana kawan ada agenda lain yang perlu dilakukan. Selepas magrib, abang pula sampai dari Kedah. Rumah yang awalnya sedikit senyap selepas anak-beranak Jamie balik, kembali gamat.
Raya ketiga saya dan Nyi bertolak balik KL. Mama pula mengikut abang ke Kertih. Kami saja balik awal sebab nak meronda-ronda di KL. Menunggu untuk cuti raya dan pulang ke kampung, terasa begitu lama. Tetapi bila sudah menyambut raya, sekejap aje masa berlalu.
Kini masa untuk mengganti puasa pula, hehehe...
No comments:
Post a Comment