Saya tak mengharapkan dia menjadi yang terbaik kerana saya tahu saya bukan yang terbaik. Tapi sewaktu dia menawarkan diri nak memasak untuk saya, saya betul-betul terharu. Bukanlah memasak menu yang hebat, sekadar masak mi segera aje. Kebetulan pada hari itu, dia bawa balik udang besar (XXL) untuk stok peti sejuk. Bila dia kata tak perlu makan di luar dan dia akan masak, saya kata "yabeda bedu..." (dalam hati je tapi kat muka buat riak selamba).
Saya menonton tv sementara menunggu makanan masak. Kalau dengar bunyi, mengalahkan chef hotel 5 bintang. Kalau hidu bau tumisan, mak aii...harum sungguh. Bergetar urat perut. Dalam hati ada juga terdetik, pandai sungguh ke siDia ni memasak? Macam tak percaya je. Bukan saya merendah-rendahkan bakat atau see with one eye. Tapi kalau berdasarkan track life record dia yang tinggal bersama ibubapa, selalu makan di kedai, saya kurang yakin kemahirannya di dapur sehinggalah...
"Sayang..mi dah siap" dia jerit dari dapur.
Saya bergegas sambil membawa kamera. Mestilah nak ambil gambar the precious moment ni. At least jadi kenangan. Tak pun jadi bahan usikan hehehe... Yelah...orang dah berusaha masak untuk kita, jadi kenalah hargai. Saya terus tengok apa yang ada dalam periuk tu... WoW!!
So, inilah rupanya mi segera udang besar istimewa. Khusus dari siDia untukku.. (maafkanlah dia part tomato dipotong sebesar dunia yang kononnya sebagai penyeri hidangan hehehe... tapi lada merah yang dihiris menjadi bentuk bunga tu, saya bagilah pujian).
"Thank you. Sayanggg...abang."
2 comments:
megi ke tu awak? Nampak ada mcm mee je dlm tu. Wahh..untung la cik abang nak tolong masak. Saya folow awk.
Mee segera jenama Cintan. Makanan pertama yang dia masakkan untuk saya. Part masak mee segera dia memang rajin. Tapi kalau masak lain, dia rajin juga. Rajin makan...hehehe
Post a Comment