Hari Jumaat...hari yang barakah. Pagi ini dimulakan dengan sesi tazkirah di pejabat. Bagi tahun 2012, setiap 2 kali sebulan majlis perjumpaan pagi akan diadakan untuk kakitangan. Kali ini majlis bacaan Yassin. Alhamdulillah...menebalkan lagi iman di sanubari. Selain itu ada penyampaian cenderamata hari lahir, sijil untuk pekerja cemerlang dan beberapa ucapan daripada Ketua Unit serta Pengarah.
Terdapat beberapa ayat Pengarah yang menarik perhatian saya.
"Jumaat ini...tak tahu bila kita akan kembali. So, ambillah kesempatan ini untuk kita memaafkan orang lain..."
"... kalau tak puas hati tentang sesuatu, cuba cari keadaan yang sesuai dan selesai..."
Lately, kita dapat tengok pelbagai cara manusia melempiaskan rasa tidak puashati atau kemarahan. Dulu...sering berdebat secara berhadapan. Kini silent mode lebih popular. Melalui sms...blog...facebook...dan kemuncaknya secara beramai ramai > BERSIH 3.0
Sukarkah untuk memaafkan?
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu
baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga
akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat
sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan
begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di
rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti
orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya
aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah
bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga.
Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang
hebat daripada Rasulullah SAW?
Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi
solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang
tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku
biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang.
Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku
ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya,
hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya
itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
No comments:
Post a Comment