Wajib dikunjungi.
Itulah ayat yang saya katakan apabila bercerita mengenai tempat ini. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk datang. Pilihan makanan laut yang segar, suasana nyaman dan anda juga boleh pilih jenis masakan yang diidamkan. Mereka semua handal memasak.
|
Hotel Putra Brasmana |
Lokasinya terletak di persisiran pantai Kuala Perlis berhadapan Hotel Putra Brasmana. Saya pernah menyebutnya dalam post mengenai sosej jumbo di sini. Selain dari ikan, udang, ketam, kepah dan kerang, anda boleh menikmati udang mantis@lipan atau mentarang (jika bernasib baik). Selalunya ia bergantung kepada musim.
|
Pelbagai jenis ikan: jenahak, siakap, merah dll |
|
Ada kerang biasa, kerang besar dan kepah |
|
Ketam bunga dan udang mantis (bekas merah) |
Kami telah cuba banyak gerai di sini. Tetapi akhirnya kami sepakat dan menyukai masakan di gerai no.3. Sangat rekomen kepada anda. Makan apa? Ok, siDia memang pakar dalam menu makanan laut ni. So, pilihan citarasa saya serahkan kepadanya. Saya tau makan aje...hehehe...
|
Udang mantis masak sambal |
|
Ketam masak kicap |
|
Kerang besar bakar |
|
Ikan jenahak panggang basah |
|
Air asam pedas & manis |
|
Macam biasa nescafe tarik untuk siDia dan oren untuk saya |
Banyak? Memang pun banyak untuk 2 orang. Siap orang sebelah jeling-jeling tengok meja kami penuh dengan lauk. Tapi saya makan sikit je (ehem..ehem..). Takdelah...memang makan sampai sengkak perut. SiDia memang tak suka bazirkan makanan. Sebab itu kalau nak makan seafood, kena time betul-betul teringin baru kami makan.
Terliur tak? Haa...bolehlah ajak family ke sana hujung minggu ni. Ajak buah hati lagi baik. Makan-makan boleh eratkan kasih-sayang tau. Contoh macam orang yang menulis ni (tunjuk pada diri sendiri).
Baiklah, sekali lagi saya ulang, wajib dikunjungi. Keseluruhan harga makanan kami malam itu ialah RM72. Memang berbaloi!
No comments:
Post a Comment