Setiap bayi yang lahir itu ada rezeki yang telah tertulis untuknya. Kadangkala rezeki yang langsung tak dijangka daripada siapa penerimanya. Ada macam-macam bentuk rezeki dianugerahkan. Indahnya satu kelahiran yang membahagiakan perasaan ramai insan.
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31).
Selaku Mamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih di sini kepada semua insan yang meraikan kehadiran Muhammad Eimran Zulkarnain. Samada dizahirkan dengan perasaan, perhatian, ucapan, hadiah wang dan juga barangan. Bukan saya nak riak, tetapi saya rasa kesyahduan hati seorang ibu tatkala anaknya bukan sahaja membahagiakan hati sendiri malah hati ramai orang juga.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi memberi...
|
Rocker daripada Anjang |
|
Baby bath set daripada Noi |
|
Daripada Pah |
|
Daripada Nasuha |
|
Daripada kelab ofis |
|
Daripada staf ofis |
|
Dah penuh drawer dengan hadiah daripada pihak hospital |
No comments:
Post a Comment