Dok ajak banyak kali dah SiDia ke Taiping. Tapi selalu jer masa tak sesuai. Nak singgah time balik dari KL pun tak sempat. Letih pun sama. At last, berjaya juga ke sana hujung minggu baru-baru ni. Asal tu beri alasan cuaca panas, nak tido hotel sebab ada aircond. Bila dia kata "jomlah" segera tekan booking.com tempah bilik.
Kami ke Taiping tanpa tujuan khusus. Pack baju pun 2-3 helai jer. Tapi baju Eimran tetap cukup set untuk 2 hari. Sebelum ke hotel, kami singgah ke Aeon Taiping untuk makan tengahari. Baru beroperasi dan tak banyak berbeza dari Aeon yang lain. Pilihan di food court masih kurang dan yang agak menjengkelkan, makan minum di situ mesti dibayar menggunakan kad makanan. Kad ini perlu dipohon di kaunter RM yang disediakan berhampiran. Dengan deposit RM3, anda perlu topup nilai yang bersesuaian dengan harga makanan yang akan dipesan. Selepas pembelian dibuat, kad ini boleh dikembalikan dan nilai wang akan diberi dalam bentuk tunai. So, apa perlunya kad ini dipraktikkan? No reason dan menyusahkan pelanggan. Difahamkan, semua Aeon baru beroperasi mengamalkan cara ini.
Sempat pose joget seronok |
Di Taiping, kami pilih menginap di Hotel Flemington. Boleh jenguk di internet gambar hotel dan bilik. Lokasinya menarik kerana terletak betul-betul bersebelahan Taman Tasik Taiping. Boleh pergi jalan kaki je. Bilik standardnya sederhana luas. Walaupun hanya disediakan basic amenities, tapi susun atur ruang dalam selesa. Hotel ini ada 4 tingkat untuk bilik. Kalau anda berhasrat nak menginap di sini, better minta tingkat 4 kerana dapat lihat pemandangan luar yang lebih menarik. Atas sekali di Rooftop, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Memang itu salah satu sebab kenapa saya pilih hotel ini. Paling berbaloi dengan kadar bilik, sarapan pagi dengan menu pelbagai pilihan. Sedap pula tu... (thumbs up)
Hotel ni ada menang award |
Dari kolam boleh nampak taman tasik |
Ketakutan + kesejukan |
Caya cukerrr... |
Ermm... |
Asalnya nak ke Kuala Sepetang pekena mee udang. Tapi petang tu cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Kami hanya lepak di Taman Tasik Taiping sambil layan Eimran bermain.
Boleh laa.. |
Esoknya SiDia ajak ke Lumut pula. Saya ok jer. Setakat duduk sebelah dengan Eimran, apalah sangat. Perjalanan dari Taiping memakan masa sebab SiDia tersilap jalan melalui Kuala Kangsar. Cuaca makin rembang dan untuk mengelakkan cuaca panas, kami singgah dulu ke Aeon Seri Manjung pulak untuk mengisi perut.
Di Aein sini ada Kaison... Kidz Fun Mania... Kami lunch di Chicken Rice Shop sebab gerai di Food Arena kurang menarik. Alhamdulillah Eimran pun banyak makan. Mula-mula saya order plain noodles untuk dia sebab ingatkan dia tak mau nasi. Tak sangka pula bila disuap nasi (selalunya 2-3 suap jer) tak berhenti pula. Kena angin Manjung kut...
Bila cuaca kian redup, barulah kami bergerak ke Lumut. Kami ke Waterfront Lumut untuk mengambil gambar dan membeli sedikit makanan laut. Ada juga cari t-shirt untuk Eimran, tapi tiada saiz pula bila berjumpa corak yang berkenan.
Puas bergambar di situ, SiDia bawa kami ke Teluk Batik. Saya dah tak larat nak turun. Tambah pulak kian senja dan Eimran juga mengantuk. Dari jauh nampak pantai di celah-celah gerai dan chalet yang sesak di stu. Mungkin lain kali akan bermalam di situ pula.
Masih berasap |
1 comment:
Ais tu buat ku haus :D
Download film HD
Post a Comment