Sejak akhir-akhir ini hati saya tergoda dengan kraftangan yang dibuat daripada crepe paper. Tak sangka rupa-rupanya kertas ini boleh dibuat aneka kraf. Terutamanya bunga. Bila saya menyusuri laman blog yang ada, pelbagai pilihan bunga yang boleh kita lakukan dengan memerlukan sedikit kerajinan + imaginasi + usaha = memang the boom!
Cuba lihat ini. Idea ini saya lihat di http://www.marthastewartweddings.com/
|
Jambangan bunga tangan |
Jika anda singgah di website ini, terdapat beberapa pilihan jenis daun dan bunga yang boleh anda lakukan secara diy.
|
Curly petal |
|
Bubble petal |
|
Long leaf |
|
Double leaf |
|
Rolled petal |
|
Folded petal |
Sekiranya anda ke kedai bunga tiruan atau alat tulis, anda boleh lihat warna-warna crepe paper ini berbeza mengikut syarikat pengeluar. Saya tak pasti ianya berasal dari mana tetapi jika dibandingkan, setiap jenis kertas atau bentuknya (samada digulung seperti reben atau dilipat memanjang) adalah tidak sama.
Rata-rata yang sering dijual di sini ialah jenis tebal dan nipis. Jenis tebal selalunya tidak lebar dan harganya sekitar RM1.20 ke atas. Kadangkala warna disebelah dalam tidak sama dengan bahagian luar. Bagi kertas nipis, selalunya ia berbentuk lipatan bergulung. Harganya pula jauh lebih murah iaitu diantara 50 sen atau 60 sen sekeping. Ianya lebih lembut dan sangat sesuai untuk dijadikan kelopak bunga seperti bentuk-bentuk di atas.
Peringatan: Jangan sentuh kertas ini ketika tangan anda basah. Ini akan melunturkan warna kertas sekaligus ianya akan berkedut (agaknya inilah sebab ia dipanggil kertas tisu).
Saya bercadang untuk mengolah idea ini untuk dijadikan bunga telur. Selain jimat kos, ianya sangat comel dan memikat mata yang memandang. Marilah kita sama-sama mencuba. Mungkin di masa akan datang, saya akan paparkan hasil kraf saya di sini untuk tatapan anda. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment