Hari Ketiga
Masa buat booking penginapan dengan booking.com hari tu, 2 malam rasa sudah memadai untuk datang ke sini. Tetapi bila tiba hari nak balik, rasa tak puas pula. Entah bila pula dapat datang ke mari.
Pagi itu, kami bersiap-siap awal. Pukul 9 pagi dah check-out. Kami ke tepi pantai di sebelah resort. Bergambar sakan sebagai kenangan. Cuaca pagi itu mendung. Ombak laut menghempas lemah ke pantai.
Abaikanlah part tudung tak sesuai dengan blouse tu |
Setelah puas bergambar, kami ke kedai makan yang pergi semalam untuk bersarapan. Kali ini tidak ke gerai Kak Pah. Tetapi ke gerai bersebelahan no.32.
Semalam, siDia beritahu dia ternampak pulut nyoq (kelapa) di situ. Nampak macam sedap. Saya pula nak bertukar selera hari ini. Nak cuba nasi kerabu pulak.
Ada nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, roti canai dan pulut kelapa |
Berbanding kedai kak pah yang hanya ada 2 jenis makanan, kedai ini ada pelbagai. Semuanya memikat selera (tak pastilah samada memang kami yang sentiasa berselera). Sedap memang gerenti. Tak rugi mencuba.
Selepas makan, sekali lagi kami ke Pasar Payang. SiDia nak beli t-shirt. Mama pulak pesan belikan acuan kuih cara. Tetapi kami tak lama di sini. Selesai membeli, kami terus bertolak pulang.
Pulau Duyung dilihat dari belakang Pasar Payang |
Sedih nak tinggalkan Kuala Terengganu tetapi gembira kerana percutian di sini menyeronokkan. Dalam perjalanan pulang, saya cuba merakam tempat-tempat menarik lagi yang tak sempat kami pergi. InsyaAllah boleh datang lagi kalau panjang umur.
Setelah sejam perjalanan, siDia berhenti di Pantai Rantau Abang, Dungun. Katanya nak tengok tempat penyu. Rupanya di situ ada Pusat Informasi Penyu. Betul-betul terletak di tepi jalan dan mudah ditemui.
Hentian kawasan Rantau Abang |
Semua informasi berkaitan penyu boleh didapati di sini |
Replika penyu belimbing, penyu karah & penyu agar |
Dari pusat tersebut, kami masuk ke kawasan kawasan kampung berhampiran untuk menikmati suasana Pantai Rantau Abang. Di kawasan ini terdapat banyak chalet. Pantainya agak sunyi dan lebih bersih berbanding pantai di kawasan lain.
Bot-bot nelayan yang pulang dari laut |
Kami berehat sebentar di sini sebelum meneruskan perjalanan. Lucunya, siDia sempat membeli sotong segar daripada nelayan yang baru pulang. Saiz sotong lebih kurang 25-30sm seekor. Seronok tengok. Tetapi lupa nak snap gambar.
Perjalanan seterusnya melalui Pantai Kemasik, melalui Kertih dan seterusnya Cherating dan Kuantan. SiDia nampak letih. Saya tawarkan diri untuk ganti memandu tetapi siDia menolak.
Matahari semakin condong. Kami tidak berhasrat untuk berhenti lagi lalu terus menuju ke kampung. Sekian.
No comments:
Post a Comment