“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

14 June 2012

Nasi Dagang Pantai Batu Burok


Sewaktu bercuti ke Terengganu, saya memang merancang nak makan nasi dagang. Melalui blogger, saya terpanggil untuk mencuba nasi dagang Kak Pah di no.30 kedai makan Pantai Batu Burok. Sewaktu saya pergi, memang ramai orang yang beratur walaupun pada ketika itu, jam menghampiri pukul 10 pagi. Tiba giliran orang di depan saya, tuan punya kedai (saya percaya dialah Kak Pah) meminta kami semua duduk dulu kerana lauk baru sedang dimasak. Saya mengangguk tetapi terus berdiri kerana beranggap jika saya duduk, orang lain akan beratur di tempat saya. 

"Duduk dulu mek...lagi 15 menet baru masok. Lenguh kaki tuh berdiri tercacan depang nih..."

Saya pun duduk. Segan pula bila berdiri sorang-sorang. Saya jeling pada siDia. Dia buat muka selamba. Oklah tu...maknanya siDia masih sanggup menunggu.

Tidak lama kemudian, Kak Pah melambai ke arah kami. Saya pesan nasi dagang dan siDia mau nasi lemak. Makanan kami ditemani dengan air teh panas untuk saya dan nescafe panas untuk siDia.

Jam baru 10.30 pagi tetapi semua makanan dah habis

Nasi lemak sambal tumis ikan tongkol dan nasi dagang gulai ikan tongkol...perfect couple!
Bagi saya, kedua-dua masakan sedap. Nasi lemaknya lembut dan tidak terlalu berlemak. Hidangan sisi juga lengkap. Cuma sambalnya tumisnya manis. Begitu juga dengan kuah gulai. Tetapi bagi orang Terengganu itu biasa. Memang masakan mereka lebih manis. Saya orang Pahang masih boleh terima. Tetapi siDia orang Utara, lain citarasa. Sekadar boleh makan.

Apapun saya puas hati sebab dapat ke gerai ini. Cubaan pertama. Lain kali boleh cuba di tempat lain pula.

No comments: