Setelah lama menanti, hari ini adalah hari terakhir saya di Pulau Pinang (moga-moga lain kali saya mai sini dengan jawatan lain pula hehehe...). Saya masih siapkan beberapa kerja kerana tidak buat penangguhan bertugas. Sambil-sambil itu, snap gambar sana-sini sebagai kenangan yang akan dirindui.
|
Meja yang sentiasa penuh dengan barang |
|
Macam buat promosi pulak |
|
Lepas ni dah takde la gambar wanita bertudung kuning tu |
Hari ini kami buat pot luck. Aktiviti rutin hujung minggu bekerja. Wing kami memang rajin buat makan-makan. Hampir saban minggu. Bagi saya, inilah yang merapatkan hubungan kami. Membaja kemesraan. Menerbit kegembiraan. Tapi jangan salah anggap. Time kerja tetap buat kerja. Time kerja pun masih boleh mengunyah hehehe...itu biasa.
|
Pelbagai lauk-pauk. Ni untuk lunch. Sesi breakfast tadi tak sempat nak snap makanan dah abis ;) |
|
Maskot makanan hari ini. Kek yang disponsor oleh Pn. Shikin |
Alahai...berat hati nak meninggalkan kawan-kawan. Namun demi bangsa dan negara ku teruskan langkah...ewahhh... Takdelah. Seperti yang saya maklumkan, ini cuma perpisahan jarak. Saya dah berpesan pada mereka, jika ada aktiviti luar selepas ini, jangan lupakan saya. Saya tetap nak join.
|
Sahabat selamanya |
Istimewa untuk mereka (semua di Pulau Pinang, terutama di dalam gambar ini), terimalah lagu ini.
Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku
Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan
Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan
Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri
( Lagu : Johar Bahar / Ahmad Wan Yet - Lirik : Johar Bahar )
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/selamat-tinggal-bungaku-sm-salim.html#ixzz20TbncOwL
2 comments:
sedihnya...selamat maju jaya di tempat baru...kenangan terindah...
ya, kenangan bersama mereka tetap terindah selamanya...
Post a Comment