Hehe...kelakar bila teringatkan siEimran masa rambutnya kena gunting. Dah 2 kali dia ke kedai annei dekat rumah ni untuk potong rambut. Kali pertama hari tu tak ambil gambar. Lupa bawa kamera. Masa tu cantik aje rambut digunting sebab dia tengah lena. Tapi kali ni, haaa...jenuh annei tu terpaksa buat pusingan 360. Nasib baik Eimran dah pandai duduk. Kalau dak, jenuh lenguh tangan Ayah kena dukung dia.
Sekejap masa berlalu. Lagi 3 bulan Eimran akan umur setahun. Kejap aje dah besaq anak Ma. Tahun lepas, dalam bulan yang masa, Ma masih termanggu-manggu kena checkup darah daily BP, kena pantang makan, kena jaga gula hurmm macam-macam. Masa tu Ma tak tahu lagi baby Ma lelaki ke pompuan. Apa yang Ma ingat, hari-hari Ma berdoa biarlah Ma susah mengandung, asalkan Ma mudah bersalin. Rupanya semua kerana wajah inilah...Manja Mama.
No comments:
Post a Comment