Selalunya selepas raya ramai yang bercerita tentang ketupat rendang, lemang dan serunding. Tapi saya nak bercerita tentang siManja saya yang sorang ni. Dikesempatan pulang berhari raya di Pahang, saya sempat membawa Eimran berjalan-jalan ke East Coast Mall sementara menantikan siDia menukar tayar kereta.
Memang sudah lama tak meronda bandar Kuantan. Selalunya saya cuma menghabiskan cuti di kampung dan malas nak ke bandar. Tambah lagi jarak Kuantan dengan kampung saya 45km. Kali ini bila berpeluang ke bandar, memang sudah banyak kemajuan berlaku. Shopping complex merata-rata, supermarket bercambah macam anak benih. Setelah puas meronda, saya singgah ke East Coast Shopping Mall untuk melihat apa yang menarik di situ.
Kami sempat singgah membasah tekak di gerai aiskrim Haagen Dazs. Saya pesan perisa strawberi dan kakak pesan perisa almond pecan praline tu. Memang sedap kedua-duanya. Saya suka strawberry sebab ada ketulan strawberi kering dalam aiskrim. Manakala rasa masin praline bercampur lemak kacang almond memang mengasyikkan.
TAPIIIII!!! Sapa yang makan paling banyak? Gambar ini menerangkan segalanya...
|
Tak sabar bila tengok aiskrim |
|
Sesuap untuk dia |
|
Suap untuk dia lagi |
|
Lagi-lagi suap untuk dia |
|
Muka seronok. Kalaulah dia makan nasi macam makan aiskrim ni... |
|
Arghh...cukup puas hati |
Pendek cerita, kita dapatlah makan beberapa suap. Tang dia je yang lebih. Alahai anak omak!
No comments:
Post a Comment