Itulah resepi hujung minggu lepas yakni semalam. Niat nak buat tu dah lama tapi tak jadi-jadi jugak. Ada sekali tu beli oren, tinggal kat dalam peti 2 minggu, tengok-tengok oren tu dah busuk. Butter tu tak payah tanya la bila dibeli. Rasanya beli tahun lepas. Punyalah berzaman. Bila check expiry date, nasib baik bulan 10 nanti.
Tapi kerja masak-memasak bagi amatur seperti saya ni memang perlukan keazaman yang jitu. Kalau setakat ala-ala kangkung je baik tak payah. Memang confirm tak menjadi. Kekadang tu, kalau bukan 'harinya', buat nasi goreng pun tak sedap. Sendiri pun tak lalu nak makan.
So, back to the recipe. Resepi kek oren tu Nyi yang bagi. Resepi asal dia dapat dari MyResepi. Kek ni dah 4-5 kali saya buat. Ada kandungannya dah pun saya ubahsuai dengan citarasa saya. Bahan-bahannya simple aje (tu yang berjaya buat tu). Untuk dedahan esklusif, inilah resepi kek pertama yang saya buat sepanjang hidup ini. Bukan sebab takde peralatan. Oven...mixer... semua ada kat rumah tu. Cuma macam saya kata tadilah...semangatnya tidak jitu.
Bahan-bahan: Buah oren, gula kastor, tepung naik sendiri, tepung gandum, mentega & telur ayam |
Sebaik sahaja saya bangun tidur, terus keluarkan sebiji butter 250g dari peti sejuk untuk dilembutkan pada suhu bilik. Saya keluarkan 3 biji oren. Kulitnya saya parut dan perah jusnya hingga 180ml. Gula kastor ditimbang (bukan dengan tangan) 300g. Kesemua ini (kecuali jus oren) bubuh dalam bekas dan putar hingga kembang. Maksud kembang tu ialah bila adunan ini bertukar dari kuning mentega kepada kuning susu.
Setelah kembang, masukkan telur ayam dan pukul kembali. Masukkan 4 biji telur tu sekaligus. Cuma pastikan pecahkan telur tu dalam bekas dulu. Check kalau-kalau ada benda asing. Kalau clear, barulah masuk dalam adunan. Pukul lagi agak-agak dalam seminit.
Kemudian, timbang 250g tepung naik sendiri (saya guna jenama Blue Key) bersama 75g tepung gandum. Tapis tepung dulu untuk keluarkan tepung yang ketul-ketul atau benda asing yang ada. Barulah dimasukkan dalam adunan sambil diselang-selikan dengan jus oren.
Taraa...dah jadi adunan. Lebihan butter pada kertas pembalut tu, anda boleh sapukan pada loyang pembakar. Kalau orang Pahang, diorang tak kata sapu. Tapi selet. Selet pada semua ruang. Nak mudah guna dulang bentuk empat segi. Lepas tu, serakkan sedikit tepung gandum ke serata loyang. Cara ini dapat mengelakkan kek melekat pada loyang apabila masak. Last sekali barulah tuang adunan. Pastikan adunan berada paras setengah loyang sebab kek akan naik apabila dibakar. Kalau suka, anda boleh taburkan sugar rice yang warna-warni tu di atasnya.
Panaskan dulu oven pada suhu 160 darjah C untuk 5 minit. Kemudian masuklah adunan kek dan letak pada rak tengah. Kek ini akan masak di antara 50-60 minit. Bila anda berbau wangi oren satu rumah, time tu anda boleh check kek samada dah masak ke belum. Tips dia, cucuk kat tengah ke tepi ke kek tu dengan lidi cucuk atau garfu. Kalau tiada adunan cair melekat, maknanya dah masak la tu. Sedia untuk dimakan.
Inilah hasilnya.
No comments:
Post a Comment