Haa...tiara kecil itulah yang membuatkan skaf ini istimewa. Itu memang permintaan Maryam. Nak pakai tiara waktu saya kahwin nanti. Nak dijadikan rezeki, saya terjumpa ini di S&M waktu jalan-jalan lunch time. Ingatkan nak beli menjelang majlis nanti. Bila S&M mula membuat tawaran diskaun, beli 1 dapat 1, saya terus beli tanpa berpaling lagi. Kemudian saya upload gambar then call Maryam untuk minta pendapatnya.
"Hmm...kenapa tiara tu kecik sangat?" Itulah ayat pertama keluar dari mulut sicilik itu. Baru umur 5 tahun tapi kebolehan "pidato"nya memang tak dapat disangkal.
Maryam suka skaf itu tapi dia nak tiara yang besar. Alahai...banyak songeh betul minah ni. Tapi saya suka kerana dia berani menyuarakan pendapatnya. Justeru, saya cuba mencari tiara yang dia inginkan di sekitar Georgetown. Tapi tiada.
Nak dijadikan rezeki, saya jumpa tiara comel sewaktu meronda di Bazar Chowrasta. Harganya RM4 satu dan saya beli tiga dengan diskaun RM1. Ia diperbuat daripada plastik berwarna perak dan dihiasi permata berwarna. SiMaryam melebar senyum bila lihat tiara itu. Hampir saban hari bertanyakan mamanya bila saya kahwin kerana tidak sabar untuk memakainya.
****** Di Hari Perkahwinan ******
Saat-saat yang dinantikan menjadi flower princess |
Itulah angan-angan yang menjadi kenyataan. Saya yang berkahwin tetapi saya lihat dia yang tak senang duduk. Kejap-kejap dia pegang tiara di kepala. Kemudian senyum sendirian. Lucu melihat dia.
Sentiasa ready untuk posing |
Tidak salah untuk memenuhi impian semua orang yang terlibat dalam majlis kita. Cubalah semampu mungkin untuk memenuhinya. Jika tidak mampu segi kewangan, memadai lakukan mengikut bajet yang ada. Asalkan ada yang diingini kerana realiti memang kita tidak berupaya memuaskan hati semua. Namun, seandainya mereka gembira dengan majlis kita, sampai bila-bila pun kegembiraan itu akan diingati. Wajibnya, kita lakukan semua itu dengan gembira juga. Barulah aura kebahagiaan itu akan menyelimuti ke seluruh ruang udara. Saya pernah lakukan dan saya pasti jika anda lakukan perkara yang sama, anda akan menjadi pengantin yang sangat bahagia... Insya Allah.
No comments:
Post a Comment