Namanya Nurul Aida. Tapi saya lebih senang memanggil nama lucunya Noi. Dia memang tangan ke-3 saya untuk persiapan perkahwinan. Tanpa dia, saya pasti tewas mencipta dan menghias barangan hantaran. Idea Noi memang meletop! Tanpa ada latihan khusus dalam bidang andaman, hasil kerja Noi memang patut diberi pujian.
Saya mula bercuti seawal 2 minggu sebelum majlis. Sejak itu, Noi sudah mula membantu apa yang perlu. Hampir saban malam dia datang ke rumah ditemani ibunya, Makcik Yam. Kedua-dua mereka sama-sama menggali idea. Sehinggakan Mama bimbang sekiranya Angah (suami Noi) marahkan dia kerana kesunyian di rumah. Tapi Noi kata Angah memahami. Kadang-kadang Angah sendiri yang menghantar Noi datang. Kadang-kadang saya sendiri yang menghantar dia pulang.
Berganding bahu membuat hantaran tuala |
Pose istimewa dengan hasil ideanya |
Kata mama, macam taman mini |
Tuala buah-buahan |
Suka untuk saya wawarkan kebolehan Noi. Kalau anda tinggal di sekitar Chini, Muadzam, Keratong mahupun Paloh Hinai sehingga ke Salong, dan perlukan khidmat menggubah, boleh hubungi beliau. Dari segi kos juga murah kerana Noi sangat sukakan kerja ini kerana minat yang tak bertepi.
Sepanjang tempoh 2 minggu itu, Noi tidak henti-henti mencurah idea bagaimana untuk menggayakan hantaran. Saya serah sepenuhnya kepada beliau. Tidak berhenti di situ, Noi turut mencipta rekaan untuk hiasan inai malah dia juga yang menginaikan jari-jemari saya. Di hari perkahwinan, Noi jugalah yang menjadi pengapit dari awal majlis sehinggalah selesai sesi fotografi.
Mantan mempelai mengenang memori lama |
Budi Noi sekeluarga sampai mati pun tidak mampu dibalas. Jasa Tok Majid (bapanya) yang membantu menguruskan permohonan pernikahan serta Makcik Yam yang mencurahkan masa, tenaga dan segala-galanya...alahai tak mampu untuk saya senaraikan.
Sempat pose sebelum majlis nikah |
Nota: Berita terkini yang saya terima, Noi keguguran beberapa minggu yang lalu. Saya turut simpati di atas kehilangan itu. Apatah lagi kakak beliau baru kematian bayi yang beberapa bulan dilahirkan. Saya percaya itulah dugaan kepada orang yang baik-baik seperti mereka. Allahu akbar!
No comments:
Post a Comment