“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

27 December 2011

Setelah kami dinikahkan...

Tanggal hari ini maka genaplah sudah 25 hari kami dinikahkan. Memang saya akui, sejak post terakhir, saya sudah tidak menjengah ke sini. Sibuk sekali sehingga ada suatu ketika saya fikir, alangkah baik jika kenduri kahwin buat sesimple mungkin. Hanya yang wajib aje. Letih sungguh membuat persiapan. Letih fizikal, letih mental, sesak nafas, serabut fikiran...

Apa yang penting, syukur Alhamdulillah perjalanan majlis kedua-dua pihak berjalan lancar. Walaupun dengan bajet sederhana, bagi saya majlis kami memadai dengan keperluan. Dikunjungi sanak saudara. Yang dekat, datang memeriahkan. Yang jauh, datang meraikan. Itulah yang lebih utama bagi saya dan ahli keluarga. Tiada wujud ketidaksefahaman sewaktu majlis diadakan (walaupun pada awalnya semua orang punya kehendak masing-masing).

Pose malam nikah

Alhamdulillah...walaupun bajet sederhana, sekurang-kurangnya majlis saya sama macam majlis orang lain. Di pihak saya tetap ada pelamin, pengantin berarak diiringi alunan kompang, ada tetamu merenjis pengantin, ada dapat bunga telur, ada potong kek dan lain-lain kerana pada awalnya saya tak membayangkan majlis akan lengkap sebegitu (kerana bajet yang amat "bajet"). 

Majlis bersanding di Pahang
Saya percaya dengan qada' dan qadar. Saya percaya dalam hal nikah kahwin ni, jika kita sabar dengan ujian Allah, Allah akan bagi kita yang terbaik yang kita sama sekali tidak jangka. Janganlah sesekali kita kelam-kabut. Jangan buat keputusan dalam keadaan berserabut. Jika diuji, bertahanlah. Bertenang sehingga yang keruh itu, mengalir keluar dan menjadi jernih.
Majlis bertandang yang pada awalnya dirancang oleh keluarga mertua hanyalah sederhana, bertukar menjadi hebat dan meriah. Tumbang kerbau seekor dijamu kepada seluruh tetamu dengan 5 kawah nasi dimasak oleh orang kampung dan disaji secara hidangan. Di rumah mertua, tiada pelamin untuk tatapan tetapi terima kasih kepada Brie dari Sri Anggerik kerana menyediakan khemah majlis makan beradap yang sangat cantikk!! Untuk makluman, Brie adalah jiran sekampung siDia dan saya puas hati dengan hasil kerja beliau.
Meja makan beradap oleh Sri Anggerik
Senyum suka hati hehehe... (Make-up juga dari Sri Anggerik)
Sesi outdoor berlatarbelakang Gunung Jerai
Saya pasti banyak lagi gambar-gambar menarik yang dirakamkan oleh adik saya Ami yang merangkap sebagai jurugambar rasmi majlis. Tak sabar nak balik KL untuk lihat album gambar yang menurut Ami telah siap. 
Ami, my dearest bro yang merangkap pekerja rencam serba boleh
Syukur untuk kesekian kalinya kerana penantian untuk melalui majlis ini (saya kahwin lewat usia 35 tahun) berakhir dengan majlis yang begitu indah, dengan restu daripada kaum keluarga, sahabat handai dan saudara-mara.

Ada kesempatan nanti, saya akan buat entry untuk perkara-perkara penting seperti andaman, gubahan, kek pengantin dan pakaian sebagai menghargai individu-individu yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang usaha, tenaga dan idea dalam menjayakan majlis ini. Saya juga akan usahakan menulis tentang beberapa individu penting yang kehadiran mereka yang sangat-sangat saya hargai.

Terima kasih juga kepada anda pembaca. Walaupun blog saya ini tidaklah seaktif blog lain, tapi anda sudi menyinggah dan meluangkan masa membaca idea sememeh saya hehehe... Terima kasih semua...