“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Showing posts with label Doorgifts. Show all posts
Showing posts with label Doorgifts. Show all posts

18 December 2012

Bahulu

Apa yang anda pilih untuk diberi kepada tetamu yang datang merai majlis nanti?

Saya telah pilih ini.


Bukan kotak buku. Tapi di dalam ini ada bahulu kemboja atau ada juga memanggil bahulu pecah 8 yang diberi untuk tetamu. Nyinyi yang pakar bab membeli-belah telah jadikan ini sebagai idea cenderahati tetamu utama. Walau asalnya saya memang "rapat" tang bajet, tapi bila kakak saya yang sorang ini propose, saya memang gagal untuk menolak.
 
Jika berkenan, bolehlah menghubungi beliau
Ditepi kotak bahulu ini, ada disediakan cara untuk menghubungi pengeluarnya. Harga saya rasa boleh dirunding kerana kakak saya hanya beli untuk 200 kotak.  Kata kakak saya, pengusahanya (Puan Shida) memang ramah dan tepati janji. Pesanan pelanggan memang banyak sewaktu kakak membuat tempahan tetapi dia tetap memberi layanan yang baik dan tempahan siap tepat pada waktunya.
 
 Selain itu saya juga pilih ini.
 
Cenderahati untuk kawan-kawan
Didalam bekas bersarung ini saya letakkan sepotong bahulu gulung bersama telur rebus. Kombinasi 2 makanan ini memang tak setara. Tetapi saya tetap komited untuk bagi telur rebus kepada tetamu macam orang dulu-dulu. Bahulu gulung tu kakak saya tempah di www.rozybakery.blogspot.

Saiz mini
Bahulu gulung dari Puan Rozi ini memang sedap. Jika ia diletak dalam suhu bilik, bahulu ini boleh tahan sehingga seminggu. Jadi tidak perlu bimbang sekiranya kita beli awal. Kalau nak ambil lagi 2-3 hari majlis, takut kita pula yang jadi kelam-kabut.
 
Begitulah tentang cenderahati tetamu saya. Cenderahati anda bagaimana pula?

7 September 2011

Bekas telur

Waktu meronda2 sebelum balik semula ke Penang, saya dan Nyi meronda kat Chow Kit. Ke mana lagi kalau tak ke kedai barang-barang kawin yang berhampiran balai polis tu. Awalnya jenuh juga mencari sebab Nyi parking kat sebelah Menara Safuan. Siap berhenti di gerai makan kat situ a.k.a Pasar Baru Bandung (sebab menunya, peniaganya, pelanggannya majoriti orang Indo) sebab kelaparan. Rawon Satu!!

Gerai yang kami pilih. Nah, lihat pilihan makanannya!!
Sambil makan jamu mata. Pandangan sisi kanan.
Pandangan sisi kiri

Saya dah lupa apa nama kedai barangan pengantin tu. Tapi ramai B2B tahu kedai ni. Saya dapat info pun melalui diaorang juga. Sambil dilayan oleh akak yang becok mempromosikan itu ini, akhirnya saya memilih bekas telur untuk tambahan doorgift sedia ada. Memang niat pun nanti nak bagi telur kat tetamu yang datang.


Ini dia bekas yang dipilih. Ambil warna purple sebab theme color.

Ada lagi warna lain. Ada 8 jenis warna semua.
Malam yang sebelumnya, kami dah berbincang 3 beradik (sapa lagi kalau tak saya, Jamie & Nyi). Keputusan yang dipersetujui, untuk doorgift dewasa bagi aje telur. Back to the basic, kata Jamie. Macam kenduri orang dulu-dulu. Cuma bekas telurnya aje yang moden sikit. Awalnya saya macam berat hati juga. Kalau boleh nak diberi telur bersama goodies dalam paper bags skali. Tetapi bila jumlah doorgift perlu ditambah (mama takut tak cukup lalu akan ada tetamu yang terpaksa balik tangan kosong) disokong dengan RM yang mmm...alahai.. maka, saya pun akur la. Kata kakak-kakak saya, sikit ke banyak ke barang yang diberi, yang penting ikhlas dan tidak membebankan. Hmm...baikkkkk.

Kalau jadi, ujung bulan 9 ni nak balik KL lagi. Misi membeli barang hantaran pula. Hari tu sempat juga survey di Pasaraya GM dan ada sesuatu yang berkenan ada di situ. Bulan 10 pula akan balik ke kampung bersama diDia untuk urusan dokumentasi di Pejabat Agama (eeiii...seram sejuk). Apapun Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Semoga lancar hingga ke akhirnya, Amin.

15 July 2011

Yang comel, yang manis

Hari ini saya kembali menulis...

Hampir sebulan saya menyepikan diri. Ada masalah membalut, ada penyakit yang meresah. Namun, Alhamdulillah pelan-pelan saya cuba mengatasinya. Jadi petang ini saya kembali terpanggil untuk menulis. Menceriakan hati yang kian pulih.

Lunch hour tadi saya ke kedai borong makanan ringan dan gula-gula yang berdekatan dengan Gama. Saya dapat tahu mengenai kedai ini pun daripada Pn. Shikin. Dia memang selalu ke situ memberi makanan ringan untuk majlis keluarga.

Seperti yang digambarkan, kedai itu memang penuh dengan pelbagai jenis gula-gula dan makanan ringan. Saya cuba mencatit beberapa barang yang difikirkan sesuai untuk doorgift dewasa dan kanak-kanak. Tujuan utama tu memang nak mencari lolipop. Tapi bukan sekadar lolies, aneka coklat, kek, biskut yang saya jumpa di situ. 

Saya tiada gambar sebenar yang dirakam (takut kena halau dengan taukeh kedai, hehe...). Tapi saya berikan harga yang dijual dan based kepada gambar yang diambil daripada google untuk tatapan anda.


RM 7.90/pack of 90 pcs

RM 5.50/bottle of 60 pcs

RM 9.50/bottle of 50 sticks

RM 7.50/pack of 40 sticks

RM 13.90/pack of 80 pcs

RM 8.50/box of 24 pcs

RM 4.80/pack of 24 pcs

RM 5.50/box of 30 pack

Gula-gula Torrone
RM 22.00/bottle of 600pcs
RM 15.00/pack of 400 pcs

Sebenarnya ada pelbagai lagi makanan ringan di situ. Saya pun naik rambang mata dibuatnya. Ada lagi 2 kedai yang mungkin saya akan kunjungi bersama Sarah. Memang kami rancang nak beli bersama. Manalah tahu kalau-kalau boleh dapat diskaun lagi. So, sekarang masa untuk membuat bajet telah tiba...

19 April 2011

Bekas telur ke sarung telur?

Pernah tengok ni?

Inilah sarung telur namanya hehehe.... Sekarang ni ramai yang guna kotak untuk isi telur rebus sebagai doorgift. Kalau dulu ya, orang (selalunya geng makcik) akan pulun memerah idea camana nak buat hantaran, bunga telur, dekorasi dan sebagainya. Tapi sekarang semuanya buka purse dan hulur kepingan biru atau merah. Lalu dapatlah apa yang dihajatkan.

Sarung telur ni saya buat sendiri dengan bantuan kawan-kawan especially Lin, my housemate. Dalam 'keras-keras tangan', berjaya juga dia buat. Teknik yang digunakan adalah anyaman. Macam anyam tikar atau ketupat. Telur rebus nanti akan diletakkan ditengah-tengah. Lepas tu kelip hujung reben tu dengan stapler. So, jadilah sarung telur. 

Saya agak mesti ada diantara mereka di luar sana yang masih ingat sarung telur ni. Mesti ada yang pernah buat pun. Kalau nak buat tapi tak tau, habaq la. Saya boleh tunjukkan. Alah...idea biasa-biasa je. Lagipun nak buat ni senang. Yang lebih syok, jimat poket.

Cara-cara:

1. Dapatkan riben yang bersaiz 1.5 inci. Selalunya banyak dijual di kedai bunga atau alat jahitan. Potong riben dengan ukuran 30cm. Setiap satu sarung telur memerlukan 2 helai riben. Lipat dua mengikut sama panjang.
 
2. Seterusnya, gunting lipatan riben selebar 0.5cm. Panjang guntingan hendaklah sama dengan lebar riben yang digunakan. Lakukan yang sama kepada helaian riben kedua.


3. Anyam guntingan riben seperti mengayam tikar iaitu ke atas dan ke bawah secara berselang-seli.


4. Pastikan anyaman terbuka di sebelah dalam sarung.



5. Setelah siap, telur boleh diletak didalam sarung dan kemaskan dengan stapler di tengah.

15 April 2011

Untuk si comel

Pada awalnya memang sangat blur nak bagi apa pada budak-budak sebagai doorgifts. Saya agak kalau bagi kerepek atau kuih, kurang menarik. Sebab budak-budak sukakan sesuatu yang warna-warna, manis & comel. Walau apapun, tema saya pastinya adalah makanan. Saya tak mau bagi sapu tangan ke atau key-chain ke pada diaorang ni. Bunga telur tu memang ada dalam list tapi itu untuk dewasa. Tetiba saya teringat sesuatu yang saya suka makan masa kecik-kecik dulu...

Cute kan?
Saya tak tau nak cari biskut ni kat mana. Kalau dulu memang mudah cari kat kedai runcit kat kampung. Sekarang ni masih dijual lagi ke? Nak buat doorgift mesti kena beli banyak. Kena cari pemborong. Ishk...tapi nak cari kat mana?

Satu hari, saya sembang-sembang dengan Ipah. Rupanya dia kata kat Gelugor tu ada sebuah kedai nama Halalan Toyyiban jual macam-macam jenis biskut. Termasuk la biskut ni. Ipah dengan baik hatinya belikan biskut ni untuk stok ofis. Syok tersangat bila dapat pegang biskut ni walaupun dalam hati tak sangka ketemu jua. Bila masuk dalam mulut... mmm sedapnya. Manis...rapuh... Kata Ipah lagi, biskut kat kedai ni memang pasti halal. Wah... ini lagi baik. Saya pasti pilih!! So, akan datang saya akan pergi kedai ni untuk berunding harganya. Tapi...takkan nak bagi ini aje. Mesti ada lagi sejenis dua yang lain untuk bagi kepada si comel. Akan difikirkan... Yang pasti menepati tema dan HALAL.

Hehe..seronoknya!

Paperbag Doorgift

Saya mula berkenalan dengan paperbag doorgift sewaktu hadir ke majlis resepsi Mashi sebulan lalu. Sesuatu yang baru dan comel bila paperbag itu turut dihiasi dengan tag kecil serta reben pink sebagai tali pemegang (thank you Mashi). Tergerak hati nak surf dalam internet. Sebab saya terpikat dengan idea itu dan nak gunakan idea yang sama untuk majlis saya nanti.

Rupa-rupanya dah ramai blogger a.k.a pengantin yang menggunakan idea ini. Bermacam-macam hiasan pula yang saya jumpa. Semuanya cute dan kreatif. All the blogger juga baik hati berkongsi info kat mana nak dapatkan paperbag yang murah...camana nak hiaskan...apa yang boleh dimasukkan ke dalamnya....macam-macam.




Rata-rata yang memilih paperbag sebab nak jimatkan kos. Itu juga menjadi keutamaan saya.  So, saya dah hubungi kilang PPH di Perai (info daripada Cik Puan Syafa dari justyouni) dan buat temujanji nak beli paperbag di situ. Saya pun dah minta kakak di KL untuk survey kedai yang menjual dollypaper (dp) sebagai hiasan paperbag itu. Ada blogger (maaf, nama anda saya lupa) yang maklumkan di situ ada dollypaper pelbagai warna. Bila saya balik KL ujung bulan ni boleh la beli terus.

Saya masih belum ada idea camana nak menghiasnya tetapi saya nak gunakan paperbag putih. Manakala tag terima kasih akan menggunakan dp. Ini contoh gambar dp yang dimaksudkan.


for kids

untuk dewasa


untuk VIP