“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

26 June 2012

Bunyi krik...krik...

Seingat saya, bunyi krik...krik...(macam cengkerik) kat kereta saya ni memang dah lama. Lebih dari setahun rasanya. Ataupun lebih lama lagi. Tetapi tak pernah saya ambil peduli. Tak pernah buat apapun. Sekadar bertanya pada pomen kereta beberapa kali. Setiap mereka punya jawapan berbeza. Ada yang kata bunyi belting la. Ada yang kata mungkin skru longgar la. Bagi saya pula, selagi tak effect kereta, saya tak bother.

Sehinggalah sesuatu berlaku pada hari sabtu yang lepas. Saya dan family pergi ke rumah adik ipar di Tanjung dawai. Tiba di pertengahan jalan, bunyi krik-krik itu semakin kuat. Seolah-olah bergetar. Dalam masa yang sama, aircond sekejap terasa sejuk...sekejap terasa panas. Bila bunyi itu semakin kuat, langsung tiada rasa sejuk. Saya cemas. Bila lihat temperature, tu dia aihhh...maksimum!

SiDia terus ke bahu jalan dan memberhentikan kereta. Dia suruh kami semua keluar. Apabila enjin dimatikan, kipas enjin pula masih berpusing. Pelik betul. SiDia check paras air dalam bekas putih tu. Kering! Nasib baik kami memang simpan air spare dalam kereta.

Berbotol-botol jugalah air dicurahkan sehingga perlu minta air dari rumah penduduk berdekatan. Kipas enjin  yang ligat berputar akhirnya berhenti apabila enjin mulai sejuk. Rupa-rupanya paip getah air di sebelah atas merekah dan air keluar menerusinya. Memang sejak saya guna kereta hampir lapan tahun lalu tidak pernah sekali paip itu ditukar. Bahkan saya tidak tahu pun ia perlu ditukar.

Berkat pengalaman yang ada, SiDia jadi Macguyver kejap. Paip yang merekah itu dipotong dan disambung kembali kepada lubang air. Disebelah dalam paip memang mulai reput. Wajib ditukar selepas ini. Tak mengapalah, ini hanya sementara untuk sampai ke Tanjung Dawai dan pulang kembali ke rumah.

Bila paip itu siap dipasang, ada lagi air menitik di bawah enjin. SiDia tidak tahu apakah punca. Nampak gayanya, kereta ini wajib berdating dengan pomen esok. Prinsip saya bila berkaitan dengan kereta, jangan biar rosak lama-lama. Takut berjangkit pula.

Hasil pertemuan dengan pomen, didapati water pump bocor. Lebih 4 jam juga kereta saya tersadai di buat pembedahan. Paip air yang merekah, SiDia telah ganti dengan yang baru. Buat sendiri. Cuma untuk water pump itu memang perlu tenaga pakar.

Apa yang penting saya nak beritahu di sini, sekiranya kereta anda kerap mengeluarkan bunyi krik..krik...terutama ketika naik tempat tinggi atau tiba-tiba perlu tekan minyak lebih, maka sila check water hose atau water pump. Mungkin getah hose itu sudah lama dan merekah menyebabkan air keluar. Barangkali juga water pump kereta dah mula nak bocor.  Yang pastinya, sejak kelmarin, kereta saya sudah tiada bunyi itu lagi. Malah mantap dan selesa dipandu. ;-)

Kos:

Water hose  bahagian atas Gen2 RM15 + buat sendiri
Water pump RM130 + upah RM80 = RM210

18 June 2012

Doa untuk pasangan pengantin

Bagi anda yang menyelitkan slot ini dalam aturcara majlis, pastikan ia berjalan lancar dan sampai kepada tujuan asal. Jangan dijadikan sekadar memenuhi acara atau sengaja nak tunjukkan majlis kita ada unsur keagamaan. Jangan...tak baik. 

Pertama, tetapkan siapa yang sebaiknya membacakan doa itu. Tak perlulah nak minta imam masjid atau guru agama membacakannya. Tetapi kalau ada lebih afdal. Kalau tiada, biarlah seseorang itu mempunyai suara yang lantang dan jelas. Supaya bacaannya nanti dapat didengari dan difahami.

Kedua, dapatkan doa yang bersesuaian. Zaman sekarang sangat mudah. Tekan saja di internet, hampir semua yang anda cari boleh ditemui. Lepas tu, copy dan paste ajelah. Jadikan ia sebuah lembaran.
 
Perenggan doa
Ketiga, tentukan masa bila ia akan dibacakan. Anda pernah lihat entry saya berkaitan dengan aturcara majlis? Ya, di situ saya letakkan slot doa dibaca selepas pengantin duduk di pelamin. Sebaik-baiknya ketika itu, minta semua hadirin diam dan minta DJ matikan muzik yang berkumandang.

Itu sahaja saranan saya. Saya cakap berdasarkan pengalaman semasa majlis saya dulu. Bila teringat, rasa syahdu ketika doa itu dibacakan. Semua orang diam. Suasana hening seketika. Seakan-akan masa terhenti daripada riuh-rendah berkenduri. Sipembaca doa, anak saudara saya, Angah yang berumur 15 tahun.

Angah tetap praktis walaupun pengantin dah datang
 
Kusyuk...
Baiklah...untuk anda pembaca yang dikasihi terutama bakal pengantin, di sini saya sertakan doa yang telah dibaca semasa majlis saya.

 
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiidina Muhammad S.A.W. rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempruna seperti mana yang telah engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izin-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami yang Amat Mengasihi, limpahkanlah rahmat dan keampunan-Mu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih-lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Ya Allah, kurniakanlah restu dan kasih sayang diantara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan diantara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad S.A.W. & Khadijah.

Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah dan barakah-Mu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmat-Mu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga akhir hayat.

Amiin ya Rabbal A'lamin.

Menadah tangan memohon keberkatan
Sayu seketika tatkala semua orang menadah tangan berdoa untuk kami berdua



15 June 2012

Kuala Terengganu - Bahagian III (Akhir)

Hari Ketiga
Masa buat booking penginapan dengan booking.com hari tu, 2 malam rasa sudah memadai untuk datang ke sini. Tetapi bila tiba hari nak balik, rasa tak puas pula. Entah bila pula dapat datang ke mari.

Pagi itu, kami bersiap-siap awal. Pukul 9 pagi dah check-out. Kami ke tepi pantai di sebelah resort.  Bergambar sakan sebagai kenangan. Cuaca pagi itu mendung. Ombak laut menghempas lemah ke pantai.

Abaikanlah part tudung tak sesuai dengan blouse tu



Setelah puas bergambar, kami ke kedai makan yang pergi semalam untuk bersarapan. Kali ini tidak ke gerai Kak Pah. Tetapi ke gerai bersebelahan no.32.



Semalam, siDia beritahu dia ternampak pulut nyoq (kelapa) di situ. Nampak macam sedap. Saya pula nak bertukar selera hari ini. Nak cuba nasi kerabu pulak.



Ada nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, roti canai dan pulut kelapa
Berbanding kedai kak pah yang hanya ada 2 jenis makanan, kedai ini ada pelbagai. Semuanya memikat selera (tak pastilah samada memang kami yang sentiasa berselera). Sedap memang gerenti. Tak rugi mencuba.

Selepas makan, sekali lagi kami ke Pasar Payang. SiDia nak beli t-shirt. Mama pulak pesan belikan acuan kuih cara. Tetapi kami tak lama di sini. Selesai membeli, kami terus bertolak pulang.

Pulau Duyung dilihat dari belakang Pasar Payang
Sedih nak tinggalkan Kuala Terengganu tetapi gembira kerana percutian di sini menyeronokkan. Dalam perjalanan pulang, saya cuba merakam tempat-tempat menarik lagi yang tak sempat kami pergi. InsyaAllah boleh datang lagi kalau panjang umur. 

Setelah sejam perjalanan, siDia berhenti di Pantai Rantau Abang, Dungun. Katanya nak tengok tempat penyu. Rupanya di situ ada Pusat Informasi Penyu. Betul-betul terletak di tepi jalan dan mudah ditemui.

Hentian kawasan Rantau Abang
Semua informasi berkaitan penyu boleh didapati di sini


Replika penyu belimbing, penyu karah & penyu agar

Dari pusat tersebut, kami masuk ke kawasan kawasan kampung berhampiran untuk menikmati suasana Pantai Rantau Abang. Di kawasan ini terdapat banyak chalet. Pantainya agak sunyi dan lebih bersih berbanding pantai di kawasan lain.

Bot-bot nelayan yang pulang dari laut
Kami berehat sebentar di sini sebelum meneruskan perjalanan. Lucunya, siDia sempat membeli sotong segar daripada nelayan yang baru pulang. Saiz sotong lebih kurang 25-30sm seekor. Seronok tengok. Tetapi lupa nak snap gambar.

Perjalanan seterusnya melalui Pantai Kemasik, melalui Kertih dan seterusnya Cherating dan Kuantan. SiDia nampak letih. Saya tawarkan diri untuk ganti memandu tetapi siDia menolak. 

Matahari semakin condong. Kami tidak berhasrat untuk berhenti lagi lalu terus menuju ke kampung. Sekian.





14 June 2012

Nasi Dagang Pantai Batu Burok


Sewaktu bercuti ke Terengganu, saya memang merancang nak makan nasi dagang. Melalui blogger, saya terpanggil untuk mencuba nasi dagang Kak Pah di no.30 kedai makan Pantai Batu Burok. Sewaktu saya pergi, memang ramai orang yang beratur walaupun pada ketika itu, jam menghampiri pukul 10 pagi. Tiba giliran orang di depan saya, tuan punya kedai (saya percaya dialah Kak Pah) meminta kami semua duduk dulu kerana lauk baru sedang dimasak. Saya mengangguk tetapi terus berdiri kerana beranggap jika saya duduk, orang lain akan beratur di tempat saya. 

"Duduk dulu mek...lagi 15 menet baru masok. Lenguh kaki tuh berdiri tercacan depang nih..."

Saya pun duduk. Segan pula bila berdiri sorang-sorang. Saya jeling pada siDia. Dia buat muka selamba. Oklah tu...maknanya siDia masih sanggup menunggu.

Tidak lama kemudian, Kak Pah melambai ke arah kami. Saya pesan nasi dagang dan siDia mau nasi lemak. Makanan kami ditemani dengan air teh panas untuk saya dan nescafe panas untuk siDia.

Jam baru 10.30 pagi tetapi semua makanan dah habis

Nasi lemak sambal tumis ikan tongkol dan nasi dagang gulai ikan tongkol...perfect couple!
Bagi saya, kedua-dua masakan sedap. Nasi lemaknya lembut dan tidak terlalu berlemak. Hidangan sisi juga lengkap. Cuma sambalnya tumisnya manis. Begitu juga dengan kuah gulai. Tetapi bagi orang Terengganu itu biasa. Memang masakan mereka lebih manis. Saya orang Pahang masih boleh terima. Tetapi siDia orang Utara, lain citarasa. Sekadar boleh makan.

Apapun saya puas hati sebab dapat ke gerai ini. Cubaan pertama. Lain kali boleh cuba di tempat lain pula.

Kuala Terengganu - Bahagian II

Sebelum ke Terengganu, saya banyak menjengah ke blog yang berkaitan dengan perkara menarik dan popular di sana. Justeru, dalam banyak-banyak blog, blog http://berbaloiditerengganukita.blogspot.com sangat membantu. Terima kasih Norhaizan (puan empunya blog). Sejak melayan blognya, semangat saya untuk ke Terengganu makin berkobar-kobar.

Hari Kedua
Kami mulakan hari dengan bersarapan di Gerai Kak Pah (dapat info dari blog di atas). Lokasinya boleh jalan kaki sahaja dari tempat penginapan. Tapi kami, naik keretalah hehe...tak larat.


Nasi lemak (sambal tumis ikan tongkol) untuk siDia dan nasi dagang untuk saya
 Selepas makan, kami menuju ke Pasar Payang. Niat di hati bukanlah untuk membeli-belah. Tetapi Pasar Payang memang lokasi wajib pengunjung Terengganu. Dari Batu Burok ke situ tidaklah jauh. Sekadar dalam 10 minit perjalanan. Tetapi yang merengsakan ialah mencari tempat untuk parkir. Mungkin disebabkan cuti sekolah maka ruang parkir yang ada semuanya penuh. Kami parkir di Dataran Syahbandar dan berjalan kaki sahaja. Lenguh juga walaupun tak jauh (sambil mengeluh) dan siDia sempat mengusik "sekali-sekala excersise kaki tu apa salahnya kan"

Kami cuma membeli keropok untuk keluarga dan key-chain untuk kawan-kawan. Cuba juga mencari kedai tudung tetapi hanya ada 2-3 kedai yang menjual. Itupun fesyen lama. Di tingkat bawah, saya membeli sedikit kuih akok dan siDia membeli buah laici untuk santapan di bilik nanti. Cuaca semakin panas lalu kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Nak makan tengahari pun, perut masih kenyang lagi.

Disebelah petang, kami keluar mencari gerai ikan celup tepung - makanan pantai popular. Disebabkan saya dah tertinggalkan peta senarai tempat-tempat popular, saya cuba mengingati kembali gerai yang kami ingin pergi. Berdasarkan landmark iaitu di belakang airport Kuala Terengganu, kami cuba mencari. Jenuh juga nak jumpa sebab tanpa peta, anda pasti tak sangka kedudukan airport memang berhampiran pantai (sebenarnya siDia yang berusaha dan sabar mencari. Saya memang cepat fed-up). Rupa-rupanya bila anda sampai di hadapan kawasan airport, ambil jalan di sebelah kanan. Terus susuri jalan tersebut sehinggalah anda tiba di simpang 3 jalan menghadap Pantai Teluk Ketapang. Lihat sebelah kiri. Pasti kelihatan berderet kereta parkir di hadapan gerai dan di situlah rupanya banyak gerai menjual ikan celup tepung (ICT).


Kami singgah di kedai ICT Pok Long yang popular tu. Makan seafood celup tepung sampai kenyang. Cukup puas hati. Terutama mi goreng sempoinya dan ais parut jagung ...ummphh!  Oh ya, bab makan-makan semasa bercuti ni akan saya buat dalam entry khas akan datang. Tunggu ya.


Selepas sesi "penambahan berat badan" tu, kami bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Ketapang dan cuba kenal pasti gerai-gerai yang ada. Di situ juga ada tempat pengingapan iaitu Dara's Inn. Satu perkara yang menghairankan saya, dari Batu Burok sehingga ke Pantai Ketapang, saya tidak pernah lihat ada orang mandi-manda di pantai (Pantai Batu Burok adalah kawasan dilarang mandi). Hairan.

Ronda punya ronda, akhirnya saya ternampak signboard Bukit Tok Beng yang mana di situlah letaknya perusahaan keropok yang popular. Rasa macam nak bersorak gembira. Kakak saya pun selalu beli keropok Tok Beng bila ke mari.


Saya beritahu siDia. Rupanya memang dari tadi lagi siDia mencari kedai ini. Katanya, kawan dia ada bagitau yang keropok buatan di sini memang sedap. Yang menjadi lebih uniknya, kedai inilah satu-satunya kedai keropok yang menggunakan sistem bernombor. Anda perlu ambil nombor dulu jika nak beli keropok rebus, tetapi untuk keropok goreng, anda boleh terus membeli di kaunter.


Jam 6 petang tetapi masih ramai lagi beratur menanti


Happy dapat keropok...terbaekk!!
Lepas dapat keropok, dengan senang hati kami bergerak pulang. Cuaca makin gelap. Gerimis sekali-sekala turun. SiDia tanya, "malam ni nak makan tak?" Saya senyum. Mestilah nak makan. Dah tentu tema bercuti jalan-jalan, makan-makan. 

Sebelah malamnya, kami ke cuba ke restoran berhampiran resort iaitu Tenang Seafood2.  Lokasinya bersebelahan Batu Burok Resort. Pelanggannya ramai. Alang-alang dah ke sini, nak juga mencuba menu seafood orang Terengganu. Ternyata memang marvellous. Servis pun cepat.


Ketam masak kicap...delicous!


 Selepas makan, siDia ajak berjalan-jalan di tepi Pantai Batu Burok. Suasana malam di situ memang meriah. Banyak gerai makanan di sepanjang jalan. Ada jual jagung bakar (RM3 setongkol), aneka makanan laut celup tepung (harga ikut jenis dan saiz) dan yang paling best, di sini ada restoran A&W. Boleh minum rootbeer float sambil menikmati keindahan pantai waktu malam hehe...


Best...duduk bercanda di tepi pantai
Lama juga kami berehat-rehat di pantai. Sedar tak sedar jam menunjukkan hampir 1 pagi. Dari jauh kelihatan lampu bot mencandat sotong masih berkerlipan. Esok dah nak balik. Sayangnya nak melepaskan waktu berlalu. Hati bahagia sangat.



Bersambung di Bahagian III

12 June 2012

Kuala Terengganu - Bahagian I

Emm...akhirnya setelah beberapa minggu mencari maklumat mengenai Terengganu, saya dan siDia berjaya juga ke sana untuk berbulan madu. Setelah 6 bulan berkahwin, baru minggu lepas kami berjaya melapangkan diri untuk bercuti. Pelan asal memang nak pergi bercuti seawal mungkin selepas berkahwin. Tetapi apakan daya, macam-macam perkara yang perlu dibereskan. Maklumlah, bercuti ini perlukan persediaan. Nak pergi main redah aje boleh, tapi tentu ada masalah yang akan menimpa. Justeru nak bercuti dalam keadaan tenang dan bahagia, maka buatlah persediaan sebaiknya.

Hari Pertama
Kami bertolak dari kampung saya sekitar jam 10 pagi. Inilah kali pertama kami berdua travel bersama. So, rasa teruja yang teramat sangat. Dalam membuat persediaan itu-ini, perkara penting iaitu peta  dan salinan tempahan tempat penginapan yang telah saya cetak, tertinggal di pejabat nun di Pulau Pinang. Nasib baik siDia teruja lihat signboard yang ada di mana-mana dan tidak bertanya mengenai hal itu. Jadi memang memudahkan perjalanan. Tganu kiter...

Melalui Bandar Kuantan

Sesak dengan kenderaan
Cuaca gerimis dan ditambah dengan kenderaan yang banyak (maklumlah cuti sekolah) melambatkan perjalanan. Sekitar jam 4 lebih, kami sampai ke Kuala Terengganu. Kami terus menuju ke Pantai Batu Burok dan check-in di Intan Beach Resort. Resort ni saya pilih menerusi internet kerana memang berhajatkan lokasi penginapan berhadapan pantai. Layanan kakitangannya mesra, keadaan bilik juga bersih dan berbaloi dengan harga. 

Intan Beach Resort
Ruang bilik yang luas
Setelah berehat sebentar di bilik, siDia mengajak berjalan-jalan ke bandar. Untung pihak resort menyediakan peta bandar KT yang lengkap (thumbs up for IBR...). Mudah untuk kami mencari lokasi yang ingin disinggah.


Peta...wajib ada
Di Dataran Syahbandar


Setelah pusing-pusing di sekitar Dataran Syahbandar, kami kembali ke Pantai Batu Burok dan menikmati makan malam di kedai makan di situ. Malam itu kami tidak bercadang untuk kemana-mana dan tidur awal. Perjalanan yang lama memang meletihkan tetapi yang penting, dapat simpan tenaga untuk meneroka Terengganu pada hari esoknya.

Bersambung di bahagian II...