“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

26 March 2012

Buttery Orange Cake

Itulah resepi hujung minggu lepas yakni semalam. Niat nak buat tu dah lama tapi tak jadi-jadi jugak. Ada sekali tu beli oren, tinggal kat dalam peti 2 minggu, tengok-tengok oren tu dah busuk. Butter tu tak payah tanya la bila dibeli. Rasanya beli tahun lepas. Punyalah berzaman. Bila check expiry date, nasib baik bulan 10 nanti.

Tapi kerja masak-memasak bagi amatur seperti saya ni memang perlukan keazaman yang jitu. Kalau setakat ala-ala kangkung je baik tak payah. Memang confirm tak menjadi. Kekadang tu, kalau bukan 'harinya', buat nasi goreng pun tak sedap. Sendiri pun tak lalu nak makan.

So, back to the recipe. Resepi kek oren tu Nyi yang bagi. Resepi asal dia dapat dari MyResepi. Kek ni dah 4-5 kali saya buat. Ada kandungannya dah pun saya ubahsuai dengan citarasa saya. Bahan-bahannya simple aje (tu yang berjaya buat tu). Untuk dedahan esklusif, inilah  resepi kek pertama yang saya buat sepanjang hidup ini. Bukan sebab takde peralatan. Oven...mixer... semua ada kat rumah tu. Cuma macam saya kata tadilah...semangatnya tidak jitu.

Bahan-bahan: Buah oren, gula kastor, tepung naik sendiri, tepung gandum, mentega & telur ayam
Sebaik sahaja saya bangun tidur, terus keluarkan sebiji butter 250g dari peti sejuk untuk dilembutkan pada suhu bilik. Saya keluarkan 3 biji oren. Kulitnya saya parut dan perah jusnya hingga 180ml. Gula kastor ditimbang (bukan dengan tangan) 300g. Kesemua ini (kecuali jus oren) bubuh dalam bekas dan putar hingga kembang. Maksud kembang tu ialah bila adunan ini bertukar dari kuning mentega kepada kuning susu.

Setelah kembang, masukkan telur ayam dan pukul kembali. Masukkan 4 biji telur tu sekaligus. Cuma pastikan pecahkan telur tu dalam bekas dulu. Check kalau-kalau ada benda asing. Kalau clear, barulah masuk dalam adunan. Pukul lagi agak-agak dalam seminit.

Kemudian, timbang 250g tepung naik sendiri (saya guna jenama Blue Key) bersama 75g tepung gandum. Tapis tepung dulu untuk keluarkan tepung yang ketul-ketul atau benda asing yang ada. Barulah dimasukkan dalam adunan sambil diselang-selikan dengan jus oren.

Taraa...dah jadi adunan. Lebihan butter pada kertas pembalut tu, anda boleh sapukan pada loyang pembakar. Kalau orang Pahang, diorang tak kata sapu. Tapi selet. Selet pada semua ruang. Nak mudah guna dulang bentuk empat segi. Lepas tu, serakkan sedikit tepung gandum ke serata loyang. Cara ini dapat mengelakkan kek melekat pada loyang apabila masak. Last sekali barulah tuang adunan. Pastikan adunan berada paras setengah loyang sebab kek akan naik apabila dibakar. Kalau suka, anda boleh taburkan sugar rice yang warna-warni tu di atasnya.


Panaskan dulu oven pada suhu 160 darjah C untuk 5 minit. Kemudian masuklah adunan kek dan letak pada rak tengah. Kek ini akan masak di antara 50-60 minit. Bila anda berbau wangi oren satu rumah, time tu anda boleh check kek samada dah masak ke belum. Tips dia, cucuk kat tengah ke tepi ke kek tu dengan lidi cucuk atau garfu. Kalau tiada adunan cair melekat, maknanya dah masak la tu. Sedia untuk dimakan.


Inilah hasilnya.

19 March 2012

Game dulu-dulu

Pernah main game ini?



Bagi siapa yang familiar, memang ingat sangat nama game ni. Bagi siapa yang tak biasa tengok, apatah lagi main, inilah game "Donkey Kong". Game ini antara game yang popular sewaktu video game mula-mula diperkenalkan. Waktu itu, rasanya saya masih di sekolah rendah (1980-an). Ingat lagi, kami adik-beradik berebut-rebut nak bermain. Sampai ada yang merajuk dan masam muka.

Ehsan: Google

Video game ini didatangkan dalam bentuk pemain kaset, kaset game, 2 controller dan pistol (bergantung pada harga set. kalau yang murah lagi tak disertakan pistol). Selain daripada Donkey Kong, ada lagi banyak game yang famous seperti Rambo (kegemaran Adik), Mario, Pac-Man, Karateka, Goonies, Ice Climber, Super Ninja, Tetris, King Kong dan banyak lagi. Kadang-kadang tu terdapat lebih daripada 100 games dalam 1 kaset. Memang asyik dibuatnya.

Hehehe...kelakar teringatkan masa dulu-dulu... Masa tu,kalau tak silap saya harganya sekitar RM300. Kemudian apabila gameboy diperkenalkan, harganya turun kepada RM100++ sehinggalah ia tidak popular lagi. Jadi, bagi mengembalikan nostalgia anda yang pernah addict kerananya, saya "tempek"an widget game Donkey Kong di bawah. 

Selamat bermain...

8 March 2012

Tiara untuk sicilik

Saya mulakan entry kali ini dengan senyuman. Seakan terbayang-bayang wajah Maryam dan Ika sedang memakan skaf ini. Apa yang istimewanya?



Haa...tiara kecil itulah yang membuatkan skaf ini istimewa. Itu memang permintaan Maryam. Nak pakai tiara waktu saya kahwin nanti. Nak dijadikan rezeki, saya terjumpa ini di S&M waktu jalan-jalan lunch time. Ingatkan nak beli menjelang majlis nanti. Bila S&M mula membuat tawaran diskaun, beli 1 dapat 1, saya terus beli tanpa berpaling lagi. Kemudian saya upload gambar then call Maryam untuk minta pendapatnya.

"Hmm...kenapa tiara tu kecik sangat?" Itulah ayat pertama keluar dari mulut sicilik itu. Baru umur 5 tahun tapi kebolehan "pidato"nya memang tak dapat disangkal.

Maryam suka skaf itu tapi dia nak tiara yang besar. Alahai...banyak songeh betul minah ni. Tapi saya suka kerana dia berani menyuarakan pendapatnya. Justeru, saya cuba mencari tiara yang dia inginkan di sekitar Georgetown. Tapi tiada.

Nak dijadikan rezeki, saya jumpa tiara comel sewaktu meronda di Bazar Chowrasta. Harganya RM4 satu dan saya beli tiga dengan diskaun RM1.  Ia diperbuat daripada plastik berwarna perak dan dihiasi permata berwarna. SiMaryam melebar senyum bila lihat tiara itu. Hampir saban hari bertanyakan mamanya bila saya kahwin kerana tidak sabar untuk memakainya.

******  Di Hari Perkahwinan ******

Saat-saat yang dinantikan menjadi flower princess



Itulah angan-angan yang menjadi kenyataan. Saya yang berkahwin tetapi saya lihat dia yang tak senang duduk. Kejap-kejap dia pegang tiara di kepala. Kemudian senyum sendirian. Lucu melihat dia.

Sentiasa ready untuk posing
Tidak salah untuk memenuhi impian semua orang yang terlibat dalam majlis kita. Cubalah semampu mungkin untuk memenuhinya. Jika tidak mampu segi kewangan, memadai lakukan  mengikut bajet yang ada. Asalkan ada yang diingini kerana realiti memang kita tidak berupaya memuaskan hati semua. Namun, seandainya mereka gembira dengan majlis kita, sampai bila-bila pun kegembiraan itu akan diingati. Wajibnya, kita lakukan semua itu dengan gembira juga. Barulah aura kebahagiaan itu akan menyelimuti ke seluruh ruang udara. Saya pernah lakukan dan saya pasti jika anda lakukan perkara yang sama, anda akan menjadi pengantin yang sangat bahagia... Insya Allah.

7 March 2012

Dia...

Namanya Nurul Aida. Tapi saya lebih senang memanggil nama lucunya Noi. Dia memang tangan ke-3 saya untuk persiapan perkahwinan. Tanpa dia, saya pasti tewas mencipta dan menghias barangan hantaran. Idea Noi memang meletop! Tanpa ada latihan khusus dalam bidang andaman, hasil kerja Noi memang patut diberi pujian.

Saya mula bercuti seawal 2 minggu sebelum majlis. Sejak itu, Noi sudah mula membantu apa yang perlu. Hampir saban malam dia datang ke rumah ditemani ibunya, Makcik Yam.  Kedua-dua mereka sama-sama menggali idea. Sehinggakan Mama bimbang sekiranya Angah (suami Noi) marahkan dia kerana kesunyian di rumah. Tapi Noi kata Angah memahami. Kadang-kadang Angah sendiri yang menghantar Noi datang. Kadang-kadang saya sendiri yang menghantar dia pulang.

Berganding bahu membuat hantaran tuala
Pose istimewa dengan hasil ideanya



Kata mama, macam taman mini
Tuala buah-buahan
Suka untuk saya wawarkan kebolehan Noi. Kalau anda tinggal di sekitar Chini, Muadzam, Keratong mahupun Paloh Hinai sehingga ke Salong, dan perlukan khidmat menggubah, boleh hubungi beliau. Dari segi kos juga murah kerana Noi sangat sukakan kerja ini kerana minat yang tak bertepi.

Sepanjang tempoh 2 minggu itu, Noi tidak henti-henti mencurah idea bagaimana untuk menggayakan hantaran. Saya serah sepenuhnya kepada beliau. Tidak berhenti di situ, Noi turut mencipta rekaan untuk hiasan inai malah dia juga yang menginaikan jari-jemari saya. Di hari perkahwinan, Noi jugalah yang menjadi pengapit dari awal majlis sehinggalah selesai sesi fotografi.


Mantan mempelai mengenang memori lama

Budi Noi sekeluarga sampai mati pun tidak mampu dibalas. Jasa Tok Majid (bapanya) yang membantu menguruskan permohonan pernikahan serta Makcik Yam yang mencurahkan masa, tenaga dan segala-galanya...alahai tak mampu untuk saya senaraikan.

Sempat pose sebelum majlis nikah
Nota: Berita terkini yang saya terima, Noi keguguran beberapa minggu yang lalu. Saya turut simpati di atas kehilangan itu. Apatah lagi kakak beliau baru kematian bayi yang beberapa bulan dilahirkan. Saya percaya itulah dugaan kepada orang yang baik-baik seperti mereka. Allahu akbar!

6 March 2012

Ayah Ngah

Saya berpendapat, adalah amat perlu untuk saya paparkan individu yang jarang saya temui pada hari-hari biasa dalam hidup. Tambahan pula mereka hadir ke majlis saya. Hadir meraikan dan memberi restu untuk kebahagian.


Othman b. Bakar
Saya dan adik-beradik menggelarkan beliau sebagai Ayah Ngah. Beliau adalah adik arwah Baba dan tinggal di Bukit Goh, Kuantan. Saya tak pasti berapa umurnya tetapi keadaannya agak uzur kerana umur dan penyakit yang dihidapi. Kehadiran beliau tidak dijangkakan. Tetapi yang membuatkan saya terharu, dia sudi naik ke pelamin untuk merenjis. Dia dipegang oleh Cu (Abdul Rahman b. Bakar) dan Mak Ndak (Azizah bt. Bakar) berjalan perlahan-lahan (pernah diserang angin ahmar) menuju kepada saya. Hanya Allah yang tahu sebak hati saya ketika itu. Apatah lagi bila membayangkan seolah-olah beliau itu adalah arwah Baba.

Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya bertemu Ayah Ngah sebelum ini. Kalau dulu, arwah Baba rajin membawa kami menziarahi kaum keluarga. Namun sejak arwah meninggal, hubungan saudara kian renggang. Tambahan pula kami kian dewasa dan sibuk dengan kehidupan masing-masing. Kejam alasan itu bukan?

Sesungguhnya saya gembira Ayah Ngah datang. Saya gembira dapat kembali melihat wajahnya. Wajah senyum itu mirip sekali arwah Baba. Alhamdulillah...jika tidak kerana majlis ini, saya sendiri tidak pasti bila akan bertemu beliau.

Semoga Allah berikan keberkatan dan rahmat kepada Ayah Ngah dan seluruh ahli keluarganya; Mak Ngah Endon, Abang Naza, Abang Nazri, Kak Na, Arif, Kak Ni, Sitah dan Mimi...Amin.