“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

16 June 2013

Cinta Pantai Merdeka

Hujung minggu baru-baru ini saya ke Pantai Merdeka. Ini bukan kali pertama untuk menyatakan bahawa saya akan jatuh cinta pada tempat itu. Sebelum ini pernah datang beberapa kali. Juga bersama keluarga.
 
Kali ini ke situ adalah disebabkan menghadiri program tempat kerja. Saya berpeluang untuk bermalam di Merdeka Beach Resort yang baru sahaja mengalami pertukaran pengurusan. Walaupun masih banyak kekurangan kemudahan penginapan, namun perubahan dapat dilihat dari segi suasana persekitaran yang baru.
 
Kami menginap di family room yang lokasinya betul-betul menghadap ke laut. Untuk makluman, lokasi penginapan resort ini dipisahkan dari kawasan awam. Justeru, tiada gangguan bunyi bising. Di sebelah malam pula hanya bunyi serangga dari hutan berhampiran yang berkumandang. Sesiapa yang berminat memancing atau menjala udang, tempat ini sesuai sekali untuk hobi itu. Jangan bimbang jika cuaca gelap. Resort ini terang-benderang pada waktu malam. Cahaya lampu neon cerah memagari sepanjang laluan pejalan kaki. Sungguh menyenangkan!
 
Panorama petang

Gunung Jerai dari kejauhan
Menjadi kelaziman hujung minggu di Pantai Merdeka penuh dengan pengunjung. Bagi saya itu perkara biasa. Namun ada sesuatu yang saya baru tahu dan ingin berkongsi dengan anda. Buat pertama kalinya, saya dan siDia cuba menikmati makanan di foodcourt. Kebiasaannya kami hanya membeli makanan ringan seperti keropok lekor atau rojak buah yang dijual di gerai yang berderet-deret di situ. Kebetulan petang itu perut terasa lapar minta diisi.
 
Kami pilih gerai ini
Rupa-rupanya tak sangka sungguh di Pantai Merdeka ini popular dengan ABC special. Rata-rata pelanggan yang makan di situ memilih ABC sebagai pemanis mulut. Apa yang istimewanya? Nah...lihat ini.
 
ABC Cornetto (saiz jumbo) RM5

Sedap ABC tu. Cuma lebih mantop sekiranya ada kacang tabur di atasnya. Aksesorinya mengandungi barli, sagu berwarna, cincau, jagung, kacang dan buah kabung.
 
Ada lagi satu nak beritahu. Nah...ini dia!
 
Nasi goreng udang telur dadar RM11
Untuk pengetahuan anda, ada 2 ekor udangbersaiz XXXL yang diletakkan . Rasa nasi gorengnya ala-ala nasi goreng cina tapi pedas. Memang kenyang perut jika dihabiskan sepinggan. ABC dan nasi goreng ini siDia yang pilih. Saya makan char kueteow. Rasanya boleh tahan tapi tiada kuchai. Hanya diperisakan oleh udang dan taugeh. Sungguh saya tak rekomen.

Kurenggg...
So, jika anda tiada apa-apa rancangan hujung minggu ini, cubalah menghala ke Pantai Merdeka. Rasa sendiri kemanisan ABC dan kelazatan nasi goreng udang. Marbeles!!

 
 

5 July 2012

Muara Ikan Bakar Kuala Perlis

Wajib dikunjungi.

Itulah ayat yang saya katakan apabila bercerita mengenai tempat ini. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk datang. Pilihan makanan laut yang segar, suasana nyaman dan anda juga boleh pilih jenis masakan yang diidamkan. Mereka semua handal memasak.

Hotel Putra Brasmana
Lokasinya terletak di persisiran pantai Kuala Perlis berhadapan Hotel Putra Brasmana. Saya pernah menyebutnya dalam post mengenai sosej jumbo di sini. Selain dari ikan, udang, ketam, kepah dan kerang, anda boleh menikmati udang mantis@lipan atau mentarang (jika bernasib baik). Selalunya ia bergantung kepada musim.

Pelbagai jenis ikan: jenahak, siakap, merah dll

Ada kerang biasa, kerang besar dan kepah

Ketam bunga dan udang mantis (bekas merah)
Kami telah cuba banyak gerai di sini. Tetapi akhirnya kami sepakat dan menyukai masakan di gerai no.3. Sangat rekomen kepada anda. Makan apa? Ok, siDia memang pakar dalam menu makanan laut ni. So, pilihan citarasa saya serahkan kepadanya. Saya tau makan aje...hehehe...


Udang mantis masak sambal

Ketam masak kicap

Kerang besar bakar

Ikan jenahak panggang basah

Air asam pedas & manis

Macam biasa nescafe tarik untuk siDia dan oren untuk saya
Banyak? Memang pun banyak untuk 2 orang. Siap orang sebelah jeling-jeling tengok meja kami penuh dengan lauk. Tapi saya makan sikit je (ehem..ehem..). Takdelah...memang makan sampai sengkak perut. SiDia memang tak suka bazirkan makanan. Sebab itu kalau nak makan seafood, kena time betul-betul teringin baru kami makan.

Terliur tak? Haa...bolehlah ajak family ke sana hujung minggu ni. Ajak buah hati lagi baik. Makan-makan boleh eratkan kasih-sayang tau. Contoh macam orang yang menulis ni (tunjuk pada diri sendiri).

Baiklah, sekali lagi saya ulang, wajib dikunjungi. Keseluruhan harga makanan kami malam itu ialah RM72. Memang berbaloi!



14 June 2012

Nasi Dagang Pantai Batu Burok


Sewaktu bercuti ke Terengganu, saya memang merancang nak makan nasi dagang. Melalui blogger, saya terpanggil untuk mencuba nasi dagang Kak Pah di no.30 kedai makan Pantai Batu Burok. Sewaktu saya pergi, memang ramai orang yang beratur walaupun pada ketika itu, jam menghampiri pukul 10 pagi. Tiba giliran orang di depan saya, tuan punya kedai (saya percaya dialah Kak Pah) meminta kami semua duduk dulu kerana lauk baru sedang dimasak. Saya mengangguk tetapi terus berdiri kerana beranggap jika saya duduk, orang lain akan beratur di tempat saya. 

"Duduk dulu mek...lagi 15 menet baru masok. Lenguh kaki tuh berdiri tercacan depang nih..."

Saya pun duduk. Segan pula bila berdiri sorang-sorang. Saya jeling pada siDia. Dia buat muka selamba. Oklah tu...maknanya siDia masih sanggup menunggu.

Tidak lama kemudian, Kak Pah melambai ke arah kami. Saya pesan nasi dagang dan siDia mau nasi lemak. Makanan kami ditemani dengan air teh panas untuk saya dan nescafe panas untuk siDia.

Jam baru 10.30 pagi tetapi semua makanan dah habis

Nasi lemak sambal tumis ikan tongkol dan nasi dagang gulai ikan tongkol...perfect couple!
Bagi saya, kedua-dua masakan sedap. Nasi lemaknya lembut dan tidak terlalu berlemak. Hidangan sisi juga lengkap. Cuma sambalnya tumisnya manis. Begitu juga dengan kuah gulai. Tetapi bagi orang Terengganu itu biasa. Memang masakan mereka lebih manis. Saya orang Pahang masih boleh terima. Tetapi siDia orang Utara, lain citarasa. Sekadar boleh makan.

Apapun saya puas hati sebab dapat ke gerai ini. Cubaan pertama. Lain kali boleh cuba di tempat lain pula.

8 February 2012

Sosej jumbo Kuala Perlis

Hajat nak keluar berjalan-jalan berdua-duaan akhirnya tertunai pada cuti hujung minggu baru ni. Kebetulan P.Pinang cuti 4 hari iaitu Maulidur Rasul & Thaipusm. Sebenarnya dah beberapa minggu siDia merancang nak membawa saya berjalan-jalan. Lagipun sejak kahwin, masih belum ada kesempatan nak meronda. Keluar sekadar makan-makan atau membeli barang dapur tu adalah. Oleh kerana bulan Februari ini bulan yang istimewa buat kami, (kami pertama kali berkenalan & bertunang dalam bulan ini) siDia tetap mahu menzahirkan hajatnya untuk membawa saya keluar bersama.

Memandangkan cuti kali ini juga masih ada jemputan kenduri kahwin yang wajib hadir, maka kami cuma ada 2 hari untuk bersama. SiDia ajak pergi ke Cameron. Tetapi masa terlalu singkat. Tambahan pula saya tak suka berjalan sehari sebelum hari bekerja. Nanti badan letih dan terpaksa pula memandu dalam keadaan mengantuk untuk ke pejabat. Justeru pada hari Ahad, siDia membawa saya ke favourite spot kami berdua, Kuala Perlis.

Jika anda ingin ke Kuala Perlis dari selatan, anda perlu mengambil simpang kanan. Begitu juga jika anda dari Lebuhraya Bukit Kayu Hitam. Kedua-dua jalan ini akan membawa anda ke persisiran laut yang mengadap ke Pulau Langkawi. Di hujung jalan, jika anda pilih ke kanan, jalan itu akan membawa anda ke jeti K.Perlis, Terminal Bas K. Perlis dan gerai ikan bakar.  Saya nak mencadangkan agar anda pilih simpang kiri dan go straight don't belok-belok.

Dari awal simpang jalan, anda akan bertemu gerai-gerai kecil di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan popular utara seperti laksa Perlis, bihun sup dan cendol. Di sepanjang jalan ini juga anda akan bertemu perusahaan membuat belacan segar. Jika anda datang di sebelah petang, kelihatan juga penduduk tempatan menjual mentaram atau kepah di situ. 

Kira-kira 5km dari simpang tadi, anda akan nampak deretan khemah MADA di suatu kawasan lapang sebelah kiri. Untuk makluman, sebelum ini ramai peniaga menjual di sini. Saya pun tidak pasti apa puncanya kenapa kini mereka berkurangan.





Ok, bila anda berjumpa deretan gerai ini, sila berhenti di kawasan lapang berhampiran.  Mungkin gerai-gerai ini nampak biasa tetapi kali ini saya nak perkenalkan kepada anda apa yang menarik minat kami berdua untuk datang ke sini setiap kali melalui K. Perlis. Sosej bakar bersaiz jumbo XXL.

Besar & sedap



Sosej ayam pulut kegemaran siDia
Maaf kerana saya tidak paparkan jenis-jenis sosej yang dijual. Kamera tertinggal dalam kereta. Ini pun sempat saya snap setelah kami mula beredar. Sebenarnya terdapat aneka sosej bakar yang ada di sini. Sosej ayam pulut (1st choice), perisa tomyam, berempah, cheese, berlada, ayam lada, sosej ikan dan macam-macam lagi. Kebanyakannya merupakan produk buatan sendiri. Ada juga produk lain yang dibeli siap seperti crab stick. Makanan sampingan lain yang turut dijual ialah jagung bakar, apam balik dan aneka bebola.

Harganya? Selain saiz sosej yang besar harga setiap cucuk ialah RM1. Sukar nak percaya bukan? Ya...harga RM1 masih relevan di sini untuk makanan seperti itu. Justeru, jika masih belum ke sini, cubalah datang dan rasai sendiri makanan ini.  Bukan sahaja dewasa seperti kami yang seronok menikmatinya malahan saya pasti kanak-kanak juga teruja nak makan sosej ini. Datang ya...