“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

25 May 2011

Housemate baru

Namanya Farah.

Orangnya masih muda dan cute. Ramahnya boleh tahan. Dia telah menjadi housemate saya sejak hari Isnin yang lalu, secara rasminya. Tidak dinafikan kadang-kala saya rasa janggal bersama dia di rumah. Mungkin kerana masih baru. Perasaan itu tidak boleh disamakan ketika tinggal bersama Lin. Semestinya saya kena terima hakikat itu, dia bukan Lin.

Perkara awal yang saya bagi tau Farah ialah, saya bukan orang yang terikat kepada peraturan. Maksud saya, saya tidak menetapkan apa-apa syarat untuk dia tinggal bersama. Yakni, berkaitan dengan perkongsian melakukan kerja-kerja rumah. Kebersihan ke, kekemasan ke, keperluan membeli barang dapur ke melainkan berkaitan tanggungjawab melunaskan bil utiliti dan sewa bulanan. Kalau rajin, buatlah. Kalau malas, buat dek ajer. Tak perlu nak susah-susah memaksa diri nak jaga kebersihan atau mengemas itu ini.

Saya tidak mengharap apa-apa dari Farah. Jika dia boleh sesuaikan diri, jadi teman bersembang, boleh lepak depan tv sambil jadi pengkritik tv tidak bertauliah, boleh makan bersama sekurang-kurangnya 5 hari seminggu, pun sudah memadai. Demand ke?

Ishk..takde lah. Sekilas ikan di air, saya nampak Farah ni baik budaknya. Harap kami dapat menyesuaikan diri sesama sendiri. Macam hubungan adik-kakak. FIY, dia memang tak de kakak (tunggal perempuan) dan saya pulak takde adik perempuan. Mak dan ayah dia pun peramah dan mesra pula. So, I think we can be good together.


20 May 2011

Kain sari jemeki

Petang kelmarin saya pergi meronda bersama Kak Ton ke Penang Street. Di situ terkenal dengan gelaran Little India. Sememangnya di situlah pusat pakaian dan peralatan keperluan kaum India. Tujuan saya nak mencari kain sari untuk dijadikan baju untuk majlis saya nanti.

Misi: Kain sari polos berjemeki
Warna: Putih atau kelabu
Bajet: maksimum RM100 (hehe...)

Kalau anda pergi ke situ, memang rambang mata di buatnya. Banyak pilihan kain, corak, harga dan warna. Dari kain sari sehinggalah ke baju punjab samada untuk lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa. Memang pening nak memilih. Semuanya berkenan.

Disebabkan excited sangat nak mencari kain, saya lupa nak snap gambar suasana di situ. Lain kali saya pergi, saya akan ambil gambar supaya anda dapat gambaran macamana Little India di Penang.

Sedikit hampa kerana warna dicari dengan bajet yang ciput tidak ditemui. Kata seorang penjual di situ, warna yang sering menjadi pilihan adalah warna terang. Putih hanya digunakan untuk kematian. Alahai...macam tu pulak. Dah tersentot perasaan.

Belek punya belek, saya terjumpa kain ni. Saya berkenan coraknya dan warnanya walaupun jauh tersasar tapi....mmm...cantik! Harganya believe it or not, RM55 only! Setelah berfikir 12x, saya pun beli. Dah berkenan sangat.

Malam tu saya tanya Z,"ok ke kalau kita pakai kaler kuning?"
Dia jawab," Warna apapun abang tak kisah. Asalkan warnanya cemerlang..." (Hee...jawapan yang dinanti-nantikan)


Cantik!

So, mission accomplish. Sekarang ni kena cari tailor plak area sini. Melalui tinjauan awal, harga upah mungkin sekitar RM150 untuk kain jenis macam ni. Sekiranya anda kenal tailor yang bagus, do inform me please. Saya berharap sangat kain ini akan bertukar menjadi baju yang akan menyerlah penampilan saya pada hari yang berbahagia itu nanti.

Haii...seronoknya...

6 May 2011

Asam pedas tempoyak ikan patin

Saya ambil kesempatan balik kampung pada cuti Hari Buruh minggu lepas. Kali terakhir saya pulang ke Pahang pada bulan Februari lalu. Penang-Pahang bukannya dekat, ya tak. Bukan boleh dapat balik selalu. So, bila ada cuti umum tu, saya cuba selitkan samada balik Pahang atau paling tidak pun, balik ke KL.

Perkara yang saya nak highlight kali ini ialah, asam pedas tempoyak ikan patin. Haa...anda pernah makan masakan ini?  Bagi orang Pahang, masakan ini memang famous la. Kalau sesiapa yang sering menggunakan highway Pantai Timur, masakan ni memang ada disediakan di Hentian R&R Temerloh. Tapi harganya mak aii...dalam RM6-RM7 seketul (bukan seekor).

Kebetulan balik kampung baru-baru ni, saya singgah untuk bersarapan di Kampung Paloh Hinai. Jika anda melalu jalan Batu Balik menuju ke Pekan, anda akan bertemu sederet kedai di Taman Selasih yang terletak bertentangan dengan SRK Paloh Hinai (sekolah saya dulu).  Ada dua kedai yang menjual makanan di situ dan saya memilih untuk makan di Gerai Kak Cik.


Setiap kali saya datang, memang gerai ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Saya tak pasti pukul berapa mereka mula berniaga tetapi gerai ni menawarkan pelbagai pilihan untuk bersarapan seperti roti canai, nasi dagang, nasi lemak, mi/mihun goreng dan pelbagai lauk-pauk untuk nasi putih.

Adik (Ami) dan Tini (kakak) memesan roti canai. Maryam (anak saudara) nak makan nasi dagang. Saya...dah tentu nasi putih dan asam pedas ikan patin. Menu pilihan sepanjang hayat! Hehehe...

Menyelerakan... cukup sekadar dimakan bersama sambal belacan, anda dapat menikmati rasa keenakan ikan patin dan tempoyak yang authentic. Selain itu, gerai ini turut disajikan dengan pelbagai pencicah seperti sambal belacan, sambal tempoyak, sambal kicap dan budu untuk dimakan bersama ulam-ulaman.
Difahamkan ikan patin yang dimasak di kedai ini diternak dalam aliran Sungai Pahang. Harganya? Saya pasti ia mengikut kepada potongan ikan samada bahagian ekor, badan atau kepala. Kalau seperti di bawah, harga ikan yang telah dimasak hanya RM3.50 sepotong. Murah kan...


Cara masakan asam pedas ini mungkin sedikit berbeza berbanding di Temerloh, Kuala Lipis atau di daerah lain. Kalau di sebelah Pekan, ikan ini dimasak bersama lada kecil, tempoyak dan petai jeruk. So, rasanya akan menjadi pedas, masam-manis dan sedikit pahit-pahit lemak (betulke perkataan tu?). Daum kesum akan ditambah sebagai penyedap rasa dan pewangi masakan. 
Jelas nampak telur di dalam kepingan roti canainya. Kuah pencicah roti canai ini memang sedap. Rasanya seperti campuran kari dan gulai lemak. 
Nasi dagang masih dibungkus dalam daun pisang dan berlaukkan ikan aya (tongkol).

Sekiranya anda melalui kawasan ini, singgahlah dan cuba nikmati keenakan makanan di gerai Kak Cik. Terutama asam pedas tempoyaknya yang ummpphhh! Memang terasa semua ramuannya.