“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

23 April 2012

Buku yang tak dapat dilupakan...

Hari ini Hari Buku. Rata-ratanya di media, di akhbar berkisah tentang buku. Dalam Radio Sinar Fm pagi tadi, juga memperkatakan tentang perkara yang sama. Sambil memandu dan mendengar stesyen radio pilihan hati itu, saya teringat kembali sebuah buku yang sangat berkesan di hati saya, Hartini.

Inilah rupa kulit novel sewaktu pertama kali saya membacanya. Sumber Google






Buku karya penulis tersohor Allahyarham Aziz Afkar ini pertama kali saya baca pada umur 12 tahun. Pada ketika itu tiada yang menarik perhatian saya kecuali judul bukunya yang mirip kepada nama kakak saya. Namun apabila helaian demi helaian saya baca, saya seolah-oleh melihat satu drama menjelma. Setiap watak, setiap suasana ditulis dengan terperinci. Seakan kita benar-benar wujud diantara watak Amli dan Hartini. 

Sebagai seorang kanak-kanak yang mula meniti usia remaja, walaupun novel itu bersifat sarat tetapi saya masih boleh menghayati perjalanan cerita. Maksud saya, ayat-ayat yang digunakan sangat jelas, tidak berdasarkan khayalan terlampau, malah melambangkan kejujuran penulis yang begitu sederhana orangnya. Pada waktu itu, saya membayangkan bahawa saudara Amli itu sendiri adalah penulis.

Seperti orang lain juga (saya yakin) juraian air mata adalah luahan hati setelah tamat membacanya. Saya ingat lagi, selepas itu saya termenung memikirkan seandainya saya ada di dunia itu, akan saya sambungkan ikatan yang terputus antara Amli dan Hartini. Saya sanggup berusaha meyakinkan Amli bahawa tidak salah untuk berjuang demi cinta. Akan saya yakinkan Hartini bahawa tidak salah jika membuka rasa hati.

Sudah beberapa tahun lamanya saya tidak membaca buku ini tetapi jalan ceritanya masih terpahat di ingatan. Bukunya pun mungkin masih ada dalam gerobok lama di kampung (tidak pasti). Tetapi saya harap buku ini sentiasa diingati. Terutama kepada pencinta novel cinta atau pembaca yang gemar kepada cerita kehidupan.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Aziz Afkar. Semoga Allah menempatkannya disamping orang-orang yang saleh dan beriman.

19 April 2012

Merancang aturcara majlis

Penting ke? Memang sangat penting. Majlis anda akan jadi kelam kabut tanpanya. Ia adalah wajib disediakan apabila majlis dibuat di dewan kerana MC memerlukannya untuk melancarkan acara. Tetapi jika buat majlis di rumah TETTT... tetap wajib terutama apabila tiada MC yang akan menguruskan majlis anda.

Bagaimana? Anda perlu bayangkan apakah acara yang akan terlibat. Kemudian buat lakaran termasuklah siapa yang akan bertanggungjawab dan peranannya. Jika anda ada banyak acara yang dibuat, susunkan mengikut kesuaian. Macam saya, majlis dimulakan dengan majlis khatam quran diikuti majlis akad nikah pada hari pertama. Pada hari kedua barulah berlangsung majlis persandingan.

Jika majlis turut melibatkan orang lain seperti ada majlis cukur jambul, sila berbincang dulu dengan keluarga yang terlibat. Amaran: Set tahap kesabaran pada kadar maksimum sebelum melakukan perbincangan. Biasalah bila melibatkan orang ramai, macam-macam idea akan timbul. Pelbagai kehendak terpaksa dipenuhi. Jangan terus menolak atau merungut. Cuba terima dulu dan suai aturkan dengan perancangan kita. Buat kenduri memang begitu. Consideration diutamakan. Jangan sampai ada yang terasa. Jangan pula sampai anda merana...huhu

Selain itu, anda boleh memasukkan sekali lagu-lagu pilihan dalam aturcara tersebut. Awalnya saya asingkan senarai lagu mengikut majlis. Susunkan dalam folder.Tetapi apabila mendapati banyak sangat kertas yang perlu dibelek (list idea, bil, contoh gambar, alamat web dsb)... saya hanya padatkan kesemua dalam satu kertas seperti di bawah. Mudah dan berkesan. 

Tarikh / Masa
Aturcara
Lagu


26.11.2011 (Sabtu)
10.00 pagi
11.00 pagi
9.00 malam






Majlis Khatam Quran
Majlis Akad Nikah
- tema: “Morrocon Nite”




- Marhaban & Berzanji


- Lagu Arab


27.11.2011 (Ahad)


9.00 pagi


11.00 pagi


12.30 t/hari










































































4.00 petang










- Jamuan makan


- Ketibaan rombongan pengantin L.
  • Perarakan pengantin diiringi paluan kompang dan Selawat Nabi. Dua orang bawa bunga manggar ( Arif & Izrin). Berhenti depan masjid.
Pengapit L akan tunggu sekali.

  • Pengantin P turun dari rumah & pergi bertemu Pengantin L. Jalan bersama ke pelamin.

  • (Diam) Bacaan doa oleh Amirul Asyrin (Angah)

  • Acara menepung tawar.
  • Ibubapa P, adik-beradik, saudara mara.
  • Ibubapa L, adik-beradik, saudara mara.
  • Rakan/jiran/tetamu lain

  • Sesi bergambar

- Makan beradap
  • Pengantin LP turun beriringan ke tempat makan diikuti keluarga.
  • Semua mengambil tempat yang telah ditentukan.

-Sesi bergambar outdoor






- Bacaan Ayat Al-Quran


- Instrumental Melayu Asli


- Kompang














- Lagu-lagu Gamelan
  • Gendang Sembilan
  • Antawada
  • Lambang sari
  • Perang manggung
  • Selanting
  • Timang burung
  • Togok
  • Topeng
  • Ayak-ayak


















- Nostalgia Lagu-lagu Pengantin


 Nota: Maaf kerana ilustrasi yang kurang jelas


Nak tiru? Boleh...saya izinkan. Nak tiru 100% pun tidak mengapa asalkan contoh ini dapat melancarkan majlis anda. Ini idea saya. Mana tau kalau-kalau anda akan dapat idea segar apabila menggunakannya. Kan lebih baik begitu?

Kenangkan masa-masa indah

Umumnya maklum, saya dan suami adalah pasangan jarak jauh (PJJ). Cuma, saya masih berpeluang berjumpa siDia setiap hujung minggu (sejak kahwin sehingga sekarang tak pernah miss kecuali saya kena out station). Setiap bepergian, saya akan salam sambil mengucup kedua pipinya. Tangannya juga. Seolah-olah saya akan pergi untuk suatu tempoh yang lama. Dia juga begitu. Selepas memeluk erat tubuh saya sebentar seakan sukar untuk melepaskan. Ketika itu tiada kata-kata yang terungkap. Hanya mata membayangi rasa dalam dada. Kesunyian yang bakal meruntun apabila tinggal sendirian. Saya akan senyum kepadanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Apabila kereta bergerak, lambaian tangan adalah aksi terakhir saya dan dia.

Hmmm... Itulah drama kami setiap pagi Isnin. Jika mengenangkan, terasa malu sendiri. Macam drama hindustan hehehe...Memang perkara itu adalah perkara kecil. mudah untuk dilakukan. jika tidak dibuat, tidak pula salah. Tetapi bila dibuat kesannya meresap dalam sanubari ini. Itulah juga membuat saya sering teringat kepadanya. Rindu padanya. Bagai kata-kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah " yang kecil kita besarkan".




Barangkali ada orang akan berkata, itulah drama pasangan orang baru berkahwin. Kalau dah masuk bertahun-tahun, bila nak ke mana-mana, salam pun tidak, senyum tidak. Wallahu alam...saya belum sampai ke tempoh itu. Doa saya, minta dijauhkan saya daripada sifat-sifat keji. Kurniakanlah saya sifat-sifat mulia. Saya sayang siDia. Begitu saya inginkan siDia menyayangi saya. Justeru saya sentiasa luahkan rasa kasih sayang. Agar kasih sayang itu membaluti hatinya.

Kita tidak tahu bila ajal datang menjemput. Kiranya itu berlaku, doa saya biarlah kami berada di sisi masing-masing. Terlalu awalkah untuk berkata demikan? Tidak juga. Sebab kita tidak tahu ketikanya. Itulah yang saya fikirkan setiap kali terpaksa berjauhan. Seandainya sesuatu berlaku kepada siDia dan waktu itu saya tiada di sisi, apakan terjadi? Kepada saya mahupun kepada dia. Justeru itu, perpisahan jarak tidak saya lakukan tanpa kucupan kasih sayang. Saya tinggalkan dia dalam kebahagiaan. Dalam kerinduan menanti kepulangan saya pada hujung minggu nanti. 

Marah, tidak puas hati, geram....bukan tiada dalam istilah hubungan kami. Kami tetap insan biasa. Memang saya geram apabila dia asyik dengan permainan zombie vs. plant. Tetap tidak puas hati dengan sikapnya yang suka buat kerja last minute. Selepas menegur a.k.a merungut, saya akan berdiam. Bila jadi begitu, siDia pula akan cepat-cepat memperbetulkan diri. Kemudian mendapatkan saya, mengusik dengan lawak jenaka yang tak berapa logik tu sehinggalah saya ketawa kelucuan.

Lumrah...itulah warna-warni perhubungan bukan? Marah itu memang wajar. Tetapi janganlah keterlaluan kerana itu adalah duri yang akan tumbuh satu-satu setiap kali marah itu timbul. Lama-kelamaan duri itu akan menyucuk kulit menjadi kudis degil yang sukar sembuh. Saya sendiri dalam proses yang sama. Cuba mengekang anasir jahat dengan kebaikan. Menyembuh sifat keji dengan kemuliaan.  Saya doakan hubungan kami sentiasa harmoni kerana kebahagiaan adalah keindahan perasaan...Amin.


“Dan apabila hamba-hamba-ku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) Sentiasa hampir kepada mereka; Aku perkenankan permohon orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah–Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.” (Al-Baqarah:186)

16 April 2012

Nak awen..yea

Bukan saya...hehehe. Dia tu kawan saya. Antara best friend masa mula-mula bekerja dulu. Masa tu kami sama-sama bujang. Saya selalu melepak kat rumah dia pada hujung minggu. Dia rajin memasak dan saya rajin memakan...ahakss. Kekadang tu melarat sampai tidur kat rumah dia. Tu yang syok tuh.

Bila dia kahwin, masa dia dan saya terbatas. Dia berpindah rumah. Saya berpindah pejabat. Sudah jarang berjumpa. Tetapi sentiasa update berita melalui mms dan telefon. Difahamkan perkahwinan dia bermasalah. Akhirnya mereka berpisah. 

Dua hari lepas, dia mesej saya memaklumkan dia akan berkahwin tidak berapa lama lagi. Kenalan keluarga. Saya tumpang gembira. Orang baik seperti dia, wajar mendapat lelaki baik. Mungkin perkahwinan pertama dulu adalah dugaan. Tambahan pula keputusan dibuat secara terburu-buru.

Moral cerita: Kalau anda sudah bertemu yang berkenan, kenali dahulu siDia tanpa tergesa-gesa. Ambil sedikit masa tak mengapa. Kenali dulu hati budi agar menjadi serasi. Tetapi jangan terlalu lama. Takut siDia terlepas menjadi milik orang. Perkahwinan adalah suatu yang membahagiakan. Jangan sampai wujud penyesalan.

Hmm...teringat lauk singgang ikan aya (tongkol) yang dia selalu buat.