“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Showing posts with label Gerobok kecil. Show all posts
Showing posts with label Gerobok kecil. Show all posts

20 May 2014

Ingat tak saya pernah ceritakan tentang minat baru pada kraf felt? Yaa...sekarang dah dapat peluang minat bertukar kepada buat untuk jualan pula.Kebetulan dapat peluang dan ada permintaan. Kraf comel ini memang mudah menarik hati tak kira dewasa ataupun kanak-kanak. Jadi sekarang, saya telah pelbagaikan bentuk kraf mengikut permintaan dan ianya sangattttt cute!
 
pouch untuk handphone atau syiling

tisu poket

penanda buku

penanda buku
keychain
 

27 April 2014

Big Size Blouse

Kali ini nak cerita tentang permintaan daripada teman untuk iklankan barangan peribadi miliknya. Sebenarnya dah lama dia minta tapi saya yang tiada masa nak upload. Teman baik saya ini memang saya akui, sangat fanatik membeli. Kadang-kadang sampai tak sempat guna pun. Contohnya baju dia yang ingin dijual ini. Ada yang sempat dipakai sekali dua sahaja. Malah ada juga yang langsung tak sempat dipakai.
 
Saya memang pengkritik hebat dia dalam hal-hal membeli ni. Selalunya dia memang tak pernah meminta nasihat saya apabila ingin membeli sesuatu. Sebab dia tahu, saya akan bangkang dan menghalang...(memang patut pun) hehehe...
 
Oklah, tak mahu cakap banyak. Yang pastinya semua baju ni untuk ladies yang big size. Ada lagi yang tak sempat saya masukkan. Tunggulah bila lapang nanti. Sila layan gambar-gambar di bawah. Jika berkenan sms/whatsapp ok.
 
warna putih, berenda, jenama Peace Collection, saiz 52
 
warna putih, kain jarang, tiada jenama atau saiz (rasanya 52)

warna hijau cili, sulaman, jenama One & One Collection, saiz 52
SOLD

warna ungu terung, jenama Voir Exchange, saiz L/XL

berbutang depan sampai bawah, jenama Minimal Woman, saiz XXL

berjalur halus (kurang jelas), jenama CKMLS, saiz 48
 
Harga: RM25/sehelai
Sms/whatsapp: 013-2649751

24 March 2014

Kerongsang Cheongsam

Setelah sekian lama, barulah hari ini ada peluang untuk bercerita dan mempromosikan produk assesori wanita ini iaitu Kerongsang Cheongsam. Produk ini buatan tangan sepenuhnya. Sesuai digayakan pada tudung atau sebagai butang baju kurung mahupun kebaya.
 
Kerongsang comel ini dibuat daripada reben. Terdapat pelbagai warna dan berukuran 4cm. Boleh dibeli satu atau sepasang. Sila tengok... mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan di hati. Jika berkenan, call/sms/whatsapp ke 019-2649751 untuk pembelian.
 
Harga:
RM3/satu
RM5/sepasang
 





 












 

6 March 2014

Telekung Lycra


Daripada beberapa helai yang ada, tinggal ini saja yang masih dalam stok. Ramai orang dah guna telekung ini sekarang. Dah jadi trend. Warna kuning nescafe. Sesuai untuk orang yang bertubuh gempal dan berketinggian max 165cm.
 
Harga: RM55 (tidak termasuk penghantaran)
whatsapp 0192649751

26 January 2014

Breast pump

Ingat tak saya pernah cerita tentang hasrat nak beri susu badan kepada siManja? Saya beli pam susu elektrik jenama Tommee Tippee. Saya beli juga sekotak nursing pad kononnya nak digunakan masa dalam pantang nanti. Alahai...dukacitanya hasrat itu tak kesampaian. Susu badan saya sikit sahaja. Mungkin sebab terkesan dari ubat darah tinggi saya yang dosnya maksimum itu.
 
Setelah seminggu dua melahirkan masih tak berjaya juga beri susu badan, saya minum produk Shaklee untuk menambah air susu. Masih juga tidak berjaya. Bila balik ke kampung, Mama minta makcik Yam datang mengurut saya. Tiga hari berturut-turut saya diurut. Air susu saya ada perubahan tapi tetap tak banyak. Saya try pam guna pam elektrik Tommee. Air yang keluar hanya sedikit. Nak dapat beberapa titik pun puas saya menunggu.
 
Tak cukup dengan itu, saya beli pula pam manual. Manalah tahu kalau-kalau berjaya. Malangnya tidak juga. SiManja langsung tak mau berkompromi dengan susu botolnya. Sehinggalah sekarang.
 
Akhirnya saya tamatkan usaha saya di situ. Pam Tomme Tippee itu telah saya jual. Kini saya nak jual pam yang ini pula sekali dengan nursing pads yang langsung saya tak guna.
 
 
Pam jenama Fiffy ini masih mempunyai set lengkap termasuk botol susu. Manakala nursing pads berjenama Tollyjoy mempunyai 40+8 helai. Kedua-dua keadaan masih elok.
 
Harga: RM65.00 (termasuk kos penghantaran)  SOLD
 
 

Tupperware Allegra Serving Centre

Dulu... waktu bujang, saya memang rajin memasak. Terutama pada hujung minggu. Walaupun duduk seorang, tapi gagah juga ke pasar di pagi hari semata-mata teringin nak makan sesuatu. Menu yang paling rajin saya buat ialah mee jawa, laksa Pahang, mee kari dan bubur lambuk. Sebab itulah bila kak Yati (ex-officemate yang kini dah pun pencen) pakar penjual produk katalog tunjuk barang ini pada saya, terus saya order.



Tapi bila dah ada barang ini, saya pula yang makin malas nak masak. Bila dah tersangat jarang digunakan, maka tempatnya berakhir dalam setor. Keadaannya masih tiptop 9/10. Daripada terus dibiarkan di situ, maka elok rasanya diserah kepada orang yang berminat.
 
Harga: RM45.00 (termasuk kos penghantaran)
whatsapp 0192649751
 

21 January 2014

Set cadar pengantin

Saya ada satu set cadar berjenama Jean Perry yang saya gunakan semasa majlis perkahwinan dulu. Warnanya "off white" dan diperbuat daripada 100% kain kapas. Saya gunakan hanya untuk hiasan bilik sahaja kerana sayangkan warnanya yang putih. Set ini untuk katil queen size yang mengandungi:
  • Cadar
  • Quilt atau sarung selimut
  • 2 helai sarung bantal
  • Sehelai sarung bantal peluk
Set ini (kecuali cadar) mempunyai renda nipis bersulam dihiasi manik dan jemeki berwarna ungu turqoise. Sulaman ini adalah 100% jahitan tangan. Apabila dipasang lengkap dan disinari pula dek cahaya lampu, jemeki akan berkelip-kelip. Memang cantik!

Jadi kalau bakal pengantin diluar sana berhasrat untuk tema perkahwinan warna yang sama, maka pasti ianya sesuai untuk anda.

Harga : RM120 sold to Mashitah, Alor Setar
Emel: malayawaja@yahoo.com
sms/whatsapp: 019-2649751





Gerobok kecil

Bukan nak cerita tentang asal-usul gerobok. Bukan juga nak perihalkan gerobok orang. Tapi nak maklumkan kepada anda bahawa saya wujudkan label baru yang dinamakan "gerobok kecil". Di bawah label ini, saya akan menjual barangan samada baru atau terpakai. Idea ini timbul sewaktu mengemas bilik rehat baru-baru ini untuk ditukar fungsinya kepada bilik siManja. Saya jumpa banyak barang-barang lama yang masih tersimpan. Ada yang saya sudah lupa kewujudannya.
 
Justeru, daripada dijadikan pusat "habuk & sawang" antarabangsa, eloklah rasanya barang-barang itu bertukar tuan. Mungkin ada diantaranya sesuai dan berkenan di mata anda. Tunggu ya!