“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

7 September 2011

Bekas telur

Waktu meronda2 sebelum balik semula ke Penang, saya dan Nyi meronda kat Chow Kit. Ke mana lagi kalau tak ke kedai barang-barang kawin yang berhampiran balai polis tu. Awalnya jenuh juga mencari sebab Nyi parking kat sebelah Menara Safuan. Siap berhenti di gerai makan kat situ a.k.a Pasar Baru Bandung (sebab menunya, peniaganya, pelanggannya majoriti orang Indo) sebab kelaparan. Rawon Satu!!

Gerai yang kami pilih. Nah, lihat pilihan makanannya!!
Sambil makan jamu mata. Pandangan sisi kanan.
Pandangan sisi kiri

Saya dah lupa apa nama kedai barangan pengantin tu. Tapi ramai B2B tahu kedai ni. Saya dapat info pun melalui diaorang juga. Sambil dilayan oleh akak yang becok mempromosikan itu ini, akhirnya saya memilih bekas telur untuk tambahan doorgift sedia ada. Memang niat pun nanti nak bagi telur kat tetamu yang datang.


Ini dia bekas yang dipilih. Ambil warna purple sebab theme color.

Ada lagi warna lain. Ada 8 jenis warna semua.
Malam yang sebelumnya, kami dah berbincang 3 beradik (sapa lagi kalau tak saya, Jamie & Nyi). Keputusan yang dipersetujui, untuk doorgift dewasa bagi aje telur. Back to the basic, kata Jamie. Macam kenduri orang dulu-dulu. Cuma bekas telurnya aje yang moden sikit. Awalnya saya macam berat hati juga. Kalau boleh nak diberi telur bersama goodies dalam paper bags skali. Tetapi bila jumlah doorgift perlu ditambah (mama takut tak cukup lalu akan ada tetamu yang terpaksa balik tangan kosong) disokong dengan RM yang mmm...alahai.. maka, saya pun akur la. Kata kakak-kakak saya, sikit ke banyak ke barang yang diberi, yang penting ikhlas dan tidak membebankan. Hmm...baikkkkk.

Kalau jadi, ujung bulan 9 ni nak balik KL lagi. Misi membeli barang hantaran pula. Hari tu sempat juga survey di Pasaraya GM dan ada sesuatu yang berkenan ada di situ. Bulan 10 pula akan balik ke kampung bersama diDia untuk urusan dokumentasi di Pejabat Agama (eeiii...seram sejuk). Apapun Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Semoga lancar hingga ke akhirnya, Amin.

6 September 2011

Raya oh raya

Akhirnya cuti raya selama seminggu pun bermula. Seperti biasa, sehari sebelum raya kami akan ke Pekan membeli barang-barang makanan untuk hidangan di hati lebaran. Menu sama seperti tahun sebelumnya iaitu ketupat nasi, rendang daging (tahun ni daging rusa), rendang ayam Selangor (resepi Jamie), serunding kelapa, daging goreng sate, kuah kacang dan ketupat pulut (beli di pasar Kuantan). Banyak? Memang pun...itulah menu asal sejak zaman saya kecil sehingga sekarang.

Di kampung, suasana pagi raya di masjid, berbeza tahun ini. Kalau tidak, pakcik Ustat (Ustaz Rani) akan bagi ucapan untuk orang kampung panjang berjela. Sehinggakan orang mula gelisah panas punggung. Namun pakcik Ustat dah meninggal beberapa bula sebelum Ramadhan. Kali ini terasa sunyi pula bila dah tiada ucapan wakil kampung. Ketua kampung yang baru pun tak beri ucapan. Sembahyang raya tahun ini pun selesai lebih cepat dari kebiasaan.

Memandangkan kak long & abang saya beraya dengan keluarga mertua, aturcara program kami sekeluarga ringkas sahaja. Kami hanya pergi beraya ke rumah arwah pakcik ustat dan menikmati hidangan nasi beriani (sedappp). Balik ke rumah, ramai pula jiran datang beraya. So, kena layan tetamu dulu.

Disebelah petang Jamie cadangkan terus ke Pasir Panjang menziarahi kubur arwah baba dan aki. Sebab esok paginya dia nak balik ke Klang beraya dengan keluarga mertua. So, kami ke Pekan petang itu. Selesai tahlil (diketuai oleh Abang Mod), kami ke Kampung Permatang Belida iaitu rumah Pak Awang (sepupu arwah baba).






Keluarga Pak Awang ni, kategori orang kurang senang. Anda lihatlah rumahnya. Tetapi keluarga ini mewah dengan kasih sayang serta rahmat. Kenapa saya cakap macam tu. Sebab rumah ini walaupun kecil dan sempit, ia adalah tempat untuk adik-beradiknya berkumpul raya. Kebetulan pada malam tersebut, mereka akan adakan kenduri arwah untuk Tok Cu (bapa Pak Awang) selepas solat Isya'. Sempat lagi mereka menjemput kami untuk turut serta. Menu malam itu gulai ayam kampung. Tapi mama menolak memandangkan perjalanan nak pulang ke rumah mengambil masa agak lama. Insyaallah...lain kali ya. 





Jamie & Arif menikmati hidangan





Serunding ikan, rendang daging pedas & ketupat



Hari raya kedua, kami hanya duduk di rumah. Aktiviti utama, membersihkan kawasan rumah. Masih ada lagi jiran datang beraya. Niat saya hendak ke Pekan beraya di rumah kawan. Tapi tak jadi kerana kawan ada agenda lain yang perlu dilakukan. Selepas magrib, abang pula sampai dari Kedah. Rumah yang awalnya sedikit senyap selepas anak-beranak Jamie balik, kembali gamat.

Raya ketiga saya dan Nyi bertolak balik KL. Mama pula mengikut abang ke Kertih. Kami saja balik awal sebab nak meronda-ronda di KL. Menunggu untuk cuti raya dan pulang ke kampung, terasa begitu lama. Tetapi bila sudah menyambut raya,  sekejap aje masa berlalu.

Kini masa untuk mengganti puasa pula, hehehe...