“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

26 January 2014

Breast pump

Ingat tak saya pernah cerita tentang hasrat nak beri susu badan kepada siManja? Saya beli pam susu elektrik jenama Tommee Tippee. Saya beli juga sekotak nursing pad kononnya nak digunakan masa dalam pantang nanti. Alahai...dukacitanya hasrat itu tak kesampaian. Susu badan saya sikit sahaja. Mungkin sebab terkesan dari ubat darah tinggi saya yang dosnya maksimum itu.
 
Setelah seminggu dua melahirkan masih tak berjaya juga beri susu badan, saya minum produk Shaklee untuk menambah air susu. Masih juga tidak berjaya. Bila balik ke kampung, Mama minta makcik Yam datang mengurut saya. Tiga hari berturut-turut saya diurut. Air susu saya ada perubahan tapi tetap tak banyak. Saya try pam guna pam elektrik Tommee. Air yang keluar hanya sedikit. Nak dapat beberapa titik pun puas saya menunggu.
 
Tak cukup dengan itu, saya beli pula pam manual. Manalah tahu kalau-kalau berjaya. Malangnya tidak juga. SiManja langsung tak mau berkompromi dengan susu botolnya. Sehinggalah sekarang.
 
Akhirnya saya tamatkan usaha saya di situ. Pam Tomme Tippee itu telah saya jual. Kini saya nak jual pam yang ini pula sekali dengan nursing pads yang langsung saya tak guna.
 
 
Pam jenama Fiffy ini masih mempunyai set lengkap termasuk botol susu. Manakala nursing pads berjenama Tollyjoy mempunyai 40+8 helai. Kedua-dua keadaan masih elok.
 
Harga: RM65.00 (termasuk kos penghantaran)  SOLD
 
 

Tupperware Allegra Serving Centre

Dulu... waktu bujang, saya memang rajin memasak. Terutama pada hujung minggu. Walaupun duduk seorang, tapi gagah juga ke pasar di pagi hari semata-mata teringin nak makan sesuatu. Menu yang paling rajin saya buat ialah mee jawa, laksa Pahang, mee kari dan bubur lambuk. Sebab itulah bila kak Yati (ex-officemate yang kini dah pun pencen) pakar penjual produk katalog tunjuk barang ini pada saya, terus saya order.



Tapi bila dah ada barang ini, saya pula yang makin malas nak masak. Bila dah tersangat jarang digunakan, maka tempatnya berakhir dalam setor. Keadaannya masih tiptop 9/10. Daripada terus dibiarkan di situ, maka elok rasanya diserah kepada orang yang berminat.
 
Harga: RM45.00 (termasuk kos penghantaran)
whatsapp 0192649751
 

21 January 2014

Set cadar pengantin

Saya ada satu set cadar berjenama Jean Perry yang saya gunakan semasa majlis perkahwinan dulu. Warnanya "off white" dan diperbuat daripada 100% kain kapas. Saya gunakan hanya untuk hiasan bilik sahaja kerana sayangkan warnanya yang putih. Set ini untuk katil queen size yang mengandungi:
  • Cadar
  • Quilt atau sarung selimut
  • 2 helai sarung bantal
  • Sehelai sarung bantal peluk
Set ini (kecuali cadar) mempunyai renda nipis bersulam dihiasi manik dan jemeki berwarna ungu turqoise. Sulaman ini adalah 100% jahitan tangan. Apabila dipasang lengkap dan disinari pula dek cahaya lampu, jemeki akan berkelip-kelip. Memang cantik!

Jadi kalau bakal pengantin diluar sana berhasrat untuk tema perkahwinan warna yang sama, maka pasti ianya sesuai untuk anda.

Harga : RM120 sold to Mashitah, Alor Setar
Emel: malayawaja@yahoo.com
sms/whatsapp: 019-2649751





Gerobok kecil

Bukan nak cerita tentang asal-usul gerobok. Bukan juga nak perihalkan gerobok orang. Tapi nak maklumkan kepada anda bahawa saya wujudkan label baru yang dinamakan "gerobok kecil". Di bawah label ini, saya akan menjual barangan samada baru atau terpakai. Idea ini timbul sewaktu mengemas bilik rehat baru-baru ini untuk ditukar fungsinya kepada bilik siManja. Saya jumpa banyak barang-barang lama yang masih tersimpan. Ada yang saya sudah lupa kewujudannya.
 
Justeru, daripada dijadikan pusat "habuk & sawang" antarabangsa, eloklah rasanya barang-barang itu bertukar tuan. Mungkin ada diantaranya sesuai dan berkenan di mata anda. Tunggu ya!

Buah hati

Apalagi yang boleh dikatakan bila melihat wajah kesayangan hamba ini...










Hilang semua gundah resah...hilang semua masalah...

5 January 2014

Menerima kasih

Setiap bayi yang lahir itu ada rezeki yang telah tertulis untuknya. Kadangkala rezeki yang langsung tak dijangka daripada siapa penerimanya. Ada macam-macam bentuk rezeki dianugerahkan. Indahnya satu kelahiran yang membahagiakan perasaan ramai insan.
 
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Surah al-Isra’, ayat 31).
 
Selaku Mamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih di sini kepada semua insan yang meraikan kehadiran Muhammad Eimran Zulkarnain. Samada dizahirkan dengan perasaan, perhatian, ucapan, hadiah wang dan juga barangan. Bukan saya nak riak, tetapi saya rasa kesyahduan hati seorang ibu tatkala anaknya bukan sahaja membahagiakan hati sendiri malah hati ramai orang juga.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi memberi...
 
Rocker daripada Anjang

Baby bath set daripada Noi

Daripada Pah

Daripada Nasuha


Daripada kelab ofis

Daripada staf ofis


Dah penuh drawer dengan hadiah daripada pihak hospital