“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Showing posts with label ManjaKu. Show all posts
Showing posts with label ManjaKu. Show all posts

19 August 2014

Sedapnya aiskrim Haagen Dazs

Selalunya selepas raya ramai yang bercerita tentang ketupat rendang, lemang dan serunding. Tapi saya nak bercerita tentang siManja saya yang sorang ni. Dikesempatan pulang berhari raya di Pahang, saya sempat membawa Eimran berjalan-jalan ke East Coast Mall sementara menantikan siDia menukar tayar kereta.

Memang sudah lama tak meronda bandar Kuantan. Selalunya saya cuma menghabiskan cuti di kampung dan malas nak ke bandar. Tambah lagi jarak Kuantan dengan kampung saya 45km. Kali ini bila berpeluang ke bandar, memang sudah banyak kemajuan berlaku. Shopping complex merata-rata, supermarket bercambah macam anak benih. Setelah puas meronda, saya singgah ke East Coast Shopping Mall untuk melihat apa yang menarik di situ.
 
Kami sempat singgah membasah tekak di gerai aiskrim Haagen Dazs. Saya pesan perisa strawberi dan kakak pesan perisa almond pecan praline tu. Memang sedap kedua-duanya. Saya suka strawberry sebab ada ketulan strawberi kering dalam aiskrim. Manakala rasa masin praline bercampur lemak kacang almond memang mengasyikkan.
 
TAPIIIII!!! Sapa yang makan paling banyak? Gambar ini menerangkan segalanya...
 
Tak sabar bila tengok aiskrim

Sesuap untuk dia

Suap untuk dia lagi

Lagi-lagi suap untuk dia

Muka seronok. Kalaulah dia makan nasi macam makan aiskrim ni...

Arghh...cukup puas hati
Pendek cerita, kita dapatlah makan beberapa suap. Tang dia je yang lebih. Alahai anak omak!

2 July 2014

Gunting rambut

Hehe...kelakar bila teringatkan siEimran masa rambutnya kena gunting. Dah 2 kali dia ke kedai annei dekat rumah ni untuk potong rambut. Kali pertama hari tu tak ambil gambar. Lupa bawa kamera. Masa tu cantik aje rambut digunting sebab dia tengah lena. Tapi kali ni, haaa...jenuh annei tu terpaksa buat pusingan 360. Nasib baik Eimran dah pandai duduk. Kalau dak, jenuh lenguh tangan Ayah kena dukung dia.
 



 
Sekejap masa berlalu. Lagi 3 bulan Eimran akan umur setahun. Kejap aje dah besaq anak Ma. Tahun lepas, dalam bulan yang masa, Ma masih termanggu-manggu kena checkup darah daily BP, kena pantang makan, kena jaga gula hurmm macam-macam. Masa tu Ma tak tahu lagi baby Ma lelaki ke pompuan. Apa yang Ma ingat, hari-hari Ma berdoa biarlah Ma susah mengandung, asalkan Ma mudah bersalin. Rupanya semua kerana wajah inilah...Manja Mama.

21 January 2014

Buah hati

Apalagi yang boleh dikatakan bila melihat wajah kesayangan hamba ini...










Hilang semua gundah resah...hilang semua masalah...

5 January 2014

Menerima kasih

Setiap bayi yang lahir itu ada rezeki yang telah tertulis untuknya. Kadangkala rezeki yang langsung tak dijangka daripada siapa penerimanya. Ada macam-macam bentuk rezeki dianugerahkan. Indahnya satu kelahiran yang membahagiakan perasaan ramai insan.
 
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Surah al-Isra’, ayat 31).
 
Selaku Mamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih di sini kepada semua insan yang meraikan kehadiran Muhammad Eimran Zulkarnain. Samada dizahirkan dengan perasaan, perhatian, ucapan, hadiah wang dan juga barangan. Bukan saya nak riak, tetapi saya rasa kesyahduan hati seorang ibu tatkala anaknya bukan sahaja membahagiakan hati sendiri malah hati ramai orang juga.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi memberi...
 
Rocker daripada Anjang

Baby bath set daripada Noi

Daripada Pah

Daripada Nasuha


Daripada kelab ofis

Daripada staf ofis


Dah penuh drawer dengan hadiah daripada pihak hospital
 
 
 

17 October 2013

Selamat bertemu dunia!

Pejam celik akhirnya kandungan saya meniti minggu-minggu terakhir. Hari ini sudah masuk minggu 36. Seperti kebiasaan, saya ke klinik pagi ini untuk check tekanan darah. Dukacitanya tekanan tinggi (150/90). Entah apalah punca, saya pun malas nak fikir. Memang lately tekanan dah tak stabil. Susah nak dapat bacaan normal.
Saya diarahkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Untuk kali ketiga dalam sejarah mengandung ini, saya menaiki ambulans kerana pihak klinik tak benarkan saya pergi sendiri. SiDia follow dari belakang. Memandangkan saya dah pun masuk 9 bulan, mereka terus bawa saya ke wad bersalin walaupun sebenarnya saya belum mengalami apa-apa tanda.
2 hari berada di wad tersebut, tekanan darah saya menurun. Saya dibenarkan pulang pagi esoknya. Hati berasa lapang walaupun risau memikirkan siManja yang berada di dalam. Keadaan dia ok. Cuma Mamanya yang tak ok hehe...
Pagi 1 Oktober. Jam 8 lebih saya menerima lawatan daripada doktor pakar iaitu Ketua Unit Bersalin di sana. Setelah melihat carta perkembangan jantung dan keadaan bacaan tekanan darah saya, beliau mencadangkan agar saya terus bersalin. Dengan segera, saya terus bersetuju. Saya dah rimas ulang-alik ke hospital dan klinik. Kalau siManja ini dah ready untuk dilahirkan, saya sangat setuju.
Setelah bersetuju, tanpa buang masa pihak wad terus menyiapkan saya ke dewan bedah. Ya, saya akan dibedah kerana keadaan saya mungkin lebih serius jika dibenarkan bersalin normal. Saya sendiri tidak kisah. Asal selamat. Yang pasti bersalin normal pun sakit, bersalin bedah pun sakit.
Akhirnya lahirlah siManja saya ni pada jam 10.10 pagi. Syukurlah saya dan dia selamat. Tiada apa-apa masalah sepanjang pembedahan ini dilakukan. Malah saya rasa seperti berada dalam drama berlakon adengan bersalin kerana segalanya berlalu begitu pantas.
Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan segala doa saya selama ini dan memudahkan saya bersalin.  Terima kasih juga kepada semua jururawat dan doktor di wad O&G Hospital Sultan Abdul Halim yang memberi layanan yang baik semasa saya berada di sana. Tiada langsung prejudis yang wujud dalam hati terhadap perkhidmatan hospital kerajaan. Merekalah buktinya.
Untuk siManja Mama yang tersayang, terima kasih kerana bertahan selama 9 bulan berada dalam kandungan. Walau macam-macam dugaan yang kita lalui terutama berkaitan dengan tekanan darah Mama, tetapi kamu tetap membesar dengan sihat dalam rahim Mama.
Selamat datang ke dunia wahai anakku. Mama sayang kamu!
Muhammad Eimran Zulkarnain (kurang 24jam selepas lahir)






 


11 September 2013

Breast pump

Mula-mula memang langsung tak terfikir nak beli ke tidak. Memang kerap baca dalam blog, tapi dulu rasa macam tak berkaitan. Mai nak dekat bersalin ni, mulalah nak ambil port dan rewang merata mencari.
 
Sesuai ke tidak? Tak tahulah camana nak menentukan. I guess, bila kita dah guna baru kita tahu elok ke tak pam tu dengan kita. Nak kata beli yang mahal gerenti sesuai, tak boleh juga. Nak kata beli yang jenama biasa-biasa je tak elok, tak juga. Cuma dari segi kualiti, setiap produk ada la jaminan masing-masingkan? Tambah pulak kalau harga dalam empat lima ratus ke atas. Biasanya brand luar negara memang jadi pilihan. Mungkin bukan setakat brand, tetapi kualiti dan riview pengguna juga menjadi asas kepada pilihan.
 
Saya pilih ini.
 
Jenis elektrik cum battery
Bukan sebab brand atau apa, sebab kemampuan. Kebetulan masa saya sembang dengan Jamie, dia yang tolong cari dalam Mudah.my. Adalah seseorang tu jual dengan harga diskaun. Barang ni dia masih belum guna. Tapi dianggap used sebab dah buka kotak. Dia pula dah beli yang lain yang mungkin lebih berkenan di hati.
 
Jamie segera suruh saya contact penjualnya dan confirm untuk beli. Bila dah bagitau confirm, barulah terpikir nak google riview orang ramai. Seperti yang saya cakap tadi, ia bergantung kepada kesesuaian individu. So, riview produk ni tidaklah sampai mengecewakan. Harap-harap sesuai la dengan saya. Harga pun memang jauh lebih murah la dari harga asal. Nama pun barang preloved.
 
Hehe...rasa happy bila barang ni dah sampai ke tangan.

10 September 2013

Storage drawer bertingkat

Wah...sedar tak sedar kandungan saya dah masuk bulan ke 8. Maknanya tak lama lagi hidup saya dan siDia akan menjadi semakin sibuk dengan kehadiran siKecil pula. Seperti pasangan lain, bila dah masuk 8 bulan ni, mulalah membeli itu-ini. Sebelum ni memang saya tak ambil endah langsung. Tapi bila dengar Mama nak datang dan tinggal bersama sehingga siKecil lahir, mulalah nak kelam-kabut (malas nak dengar nenek dia berleter...hehe).
 
Saya makin giat melayari internet mencari info berkenaan kelahiran dan persediaan. Apa yang kena sedia, apa yang kena buat, apa yang kena beli. Alhamdulillah dunia di hujung jari memang sangat membantu. Selain daripada membeli peralatan yang akan diguna selepas bersalin, saya juga membeli keperluan siKecil. Baju serba-sikit, diapers, babycare dan lain-lain yang berkaitan.
 
Bersalin normal ke bedah? Tak tahu lagi. Tapi saya berdoa agar dapat bersalin normal. Saya ni dah berumur, peluang nak mengandung tu makin menurun. Sekurang-kurangnya merasa juga bersalin normal seperti ibu yang lain. Namun, apapun doa saya setiap kali solat, saya dan baby selamat dan sihat hingga selesai. Itu yang lebih penting dari segala-galanya.
 
Yelah...anda pun tahu saya dan masalah BP high sejak awal mengandung hari tu. Walaupun sekarang BP saya sudah undercontrol (tak lebih 130/90), tapi perasaan cuak itu tetap ada setiap kali pergi check. Seminggu pastinya kena check 2 kali.
 
Dr. Azira (KK Sg. Lalang) pun cakap, walaupun ada darah tinggi, InsyaAllah peluang untuk bersalin normal itu ada. Semuanya bergantung pada keadaan sewaktu sampai masa kelahiran. Sebab time tu, saya akan disuntik ubat dan jika pressure go very high, maka barulah akan dibedah. Kalau sebaliknya, saya akan dibenarkan bersalin normal.
 
Well..kita tinggalkan bab tu dulu.
 
Setelah sekian lama tidak menulis, kali ni saya nak berkongsi cerita tentang usaha saya mencari tempat simpanan barang-barang siKecil. Bila dah banyak barang dibeli, mulalah terfikir kat mana pula nak disimpan. Bila tengok online, macam-macam storage yang dijumpa. Terutama di Ikea. Tapi takde delivery pula ya ke Sungai Petani. Nak kirim beli kat auntie-auntie dia di KL nun, nak kena tunggu depa mai sini pula bawa barang.
 
Saya dan siDia jenuh juga turun-naik supermarket mencari storage drawer. Saya yang cerewet. Nak yang telus supaya boleh nampak ada di dalam. Kalau ikut siDia, mana-mana pun ok asal boleh menyimpan. Cari punya cari, akhirnya saya jumpa yang ini.
 
Siap dah bubuh barang
Selalu tu kita jumpa yang satu warna ada 3,4 atau 5 drawer kan. Alhamdulillah saya jumpa yang ini. Sekali tengok, terus berkenan. Bagi orang Sungai Petani, mungkin tahu kedai zink bersebelah pasar Taman Ria. Nama kedai tu sebenarnya Tai Sheng. Saya yang panggil kedai zink. Harga dia RM64.90. Tetap dan tak boleh kurang (sebab saya dah minta kurang hehe...tapi tak dapat). Masa saya beli minggu lepas, cuma ada 3 unit sahaja di kedai itu. Kalau anda pun berkenan, silalah dapatkan segera.
 
Di Gurun, ada lagi sebuah kedai ni bersebelahan dengan stesyen minyak Shell. Tapi cuma ada 3 drawer dan kesemuanya warna oren, bukan multi color macam ni. Harga pula murah lagi iaitu RM34.90.
 
Atas sekali tu, saya letak baju siang dia. Second drawer saya letak baju malam, napkin dan barut. 2 laci yang bawah ada barang-barang penjagaan untuk dia dan saya. Ruang laci luas dan boleh bubuh macam-macam barang. Sangat-sangat puas hati :-).
 
Bak kata Mama, bila dah sedia semua benda ni, tak sabar pula nak tengok tuan dia keluar...hehe