“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

24 March 2014

Kerongsang Cheongsam

Setelah sekian lama, barulah hari ini ada peluang untuk bercerita dan mempromosikan produk assesori wanita ini iaitu Kerongsang Cheongsam. Produk ini buatan tangan sepenuhnya. Sesuai digayakan pada tudung atau sebagai butang baju kurung mahupun kebaya.
 
Kerongsang comel ini dibuat daripada reben. Terdapat pelbagai warna dan berukuran 4cm. Boleh dibeli satu atau sepasang. Sila tengok... mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan di hati. Jika berkenan, call/sms/whatsapp ke 019-2649751 untuk pembelian.
 
Harga:
RM3/satu
RM5/sepasang
 





 












 

9 March 2014

Hobi baru

Sejak habis trip meronda daerah mencari produk OKU, tiba-tiba saja hati terpikat dengan kraftangan kain felt. Asalnya PDK Daerah Kota Kuala Muda yang promosi. Selalu juga nampak dalam internet. Tapi tak pernah pula terlintas nak buat.

Bila sibuk mencari idea untuk hiaskan bilik si Eimran, terfikir pula kenapa tidak buat kraf hiasan sendiri. So, saya belajar buat asas dahulu. Kalau bab-bab menjahit ni saya ni mudah sangat H2TA (hangat-hangat tahi ayam). Nanti kalau dah pakar, boleh la cipta sesuatu untuk bilik Eimran.

Diantaranya, inilah yang berjaya saya buat...

Baju untuk cik Kiah (dah comot pun)

Baju untuk cik Berry

Daisy


6 March 2014

Telekung Lycra


Daripada beberapa helai yang ada, tinggal ini saja yang masih dalam stok. Ramai orang dah guna telekung ini sekarang. Dah jadi trend. Warna kuning nescafe. Sesuai untuk orang yang bertubuh gempal dan berketinggian max 165cm.
 
Harga: RM55 (tidak termasuk penghantaran)
whatsapp 0192649751