“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Showing posts with label Keretaku. Show all posts
Showing posts with label Keretaku. Show all posts

27 March 2016

Lampu gear D berkelip-kelip

Bila siBiru ni tak sihat, memang serabut terus bersarang dalam kepala. Tambah-tambah lagi saya bukan pandai bab-bab pomen ni (walaupun arwah baba kerja tu). Ini berlaku bukan kali pertama. Pernah beberapa kali terjadi sebelum ini. Justeru, saya dah tak berani nak buat tak tahu. Takut penyakitnya makin bertambah. Takut berjangkit menjadi lebih parah.

Terkini, saya tengah ralit memandu tiba-tiba enjin mengaum, sentap dan tengok kat dashboard, lampu D berkelip-kelip. Dia buat pulakkk...kata saya dalam hati. Sampai di rumah, saya beritahu kejadian pada siDia. Kami bersetuju untuk hantar ke bengkel terdekat Saga di Bedong. Dua hari Biru ditinggalkan di situ. Namun dukacitanya, tokei pomen cakap dia tak boleh baiki. Mungkin clutch dia rosak, katanya sebab dia buat test elektronik, tak dapat kesan punca. Dia cadangkan tukar gearbox yakni akan makan kos sekitar 3 ribu. Terangkat kening bila mendengarnya. Langkah alternatif, dia cadangkan jumpa pomen yang pakar tentang gearbox. Hmm...alahai...

Keadaan siBiru berlarutan beberapa bulan. Bila sebut gearbox ni, mmang dalam kepala dok terbayang ribu riban la kan. Mana nak cari duit. Bodypart lain yang makin berusia pun nak kena tukar juga. Absorber, timing belt dan lain-lain lagi...

Hingga tibalah satu masa, saya nekad. Tak boleh dibiarkan. Siapa tahan kalau enjin kereta mengaum bila memandu 90 kmj ke atas. Rpm toksah ceritalah...lebih tinggi dari kmj. Kereta pun dipandu dalam keadaan beriman jek...below 90kmj. Gear lain tak boleh masuk kecuali N, P, D. Gear L ka, 2 ka langsung takde effect. Lebih mencucuk mata bila tengok lampur gear D tu dok berkelip tak henti-henti.

Suatu hari di hujung minggu, saya bawa Biru ke proton servis Mercu Usaha di Sungai Pasir. Saya bimbang kalau bawa ke pomen biasa, alat ganti bukan original. Harga pun ikut sesedap rasa. Dua minggu Biru ditinggal bersama pomen asing yang tak dikenali. Harapan saya cuma nak Biru sembuh kembali. Biarlah rupanya tak segak, badan dah berkarat sana sini, tapi dia tetap kesayangan saya.

Mereka beritahu clutch kereta masih baik. Overall tiada kerosakan major. Masalahnya cuma auto sensor. Mereka tukar alat ganti baru. Kos dalam RM500 lebih, Apabila ditambah dengan kos upah dan minyak auto yang terpaksa diisi semula, hampir RM1K jugalah. Tapi hati saya senang. Biru dah pulih kembali. Sekurang-kurangnya taklah sampai kena tukar gearbox seketui, ya dak?

Kalau kereta anda jadi seperti Biru, saya cadangkan anda bawa ke pusat servis yang bertauliah. Memanglah mahal sikit tapi kalau dah umur 12 tahun macam siBiru, lebih berbaloi daripada hantar dia dibaiki di tempat-tempat yang chemey...(paham noo)

Yeayyy

                        

15 March 2015

Aircond tak sejuk

Dulu masa saya guna kereta Wira, saya ada masalah dengan aircond kereta. Bila dengan Gen2 nipun ada lagi isu aircond. Seingat saya, saya pernah tukar seketul (apa menda nama ntah tor..tor.. ujungnya) terus aircond tu dengan Eon Servis waktu duduk di Penang (sekitar tahun 2011 rasanya). Kena caj hampir RM1k. Sejuk elok la sat. Tapi lepas tukar balik ke sini, 2 tahun selepas itu aircond kereta ni jadi masalah lagi. Kali ni tak sejuk pulak. Selain tu, kalau ada di belakang lori atau bas, pakat sedut bau asap jerlah walaupun semua tingkap ditutup rapat.

Yang herannya, servis dah buat. Kipas dah tukar. Pomen kata gas masih banyak. Motor bergerak elok. Entah apa yang tak kena. Pomen tu yang tak reti atau kereta saya yang makin mogok? 

Tambah-tambah pulak waktu musim panas, berpeluh-peluh dalam kereta walaupun aircond buka. Rasanya kalau buka cermin lagi sejuk dari buka aircond. Haiisshhhh...

Sehinggalah SiDia bagi idea untuk hantar ke pomen dekat dengan Sg. Layar tu. Katanya pakar dalam bab-bab wiring dan aircond. Dia pernah dapat khidmat Apek pomen tu waktu kereta lamanya dulu. Memang elok.

Kami dah mencongak agak-agak berapa la pulak nak kena bayar ni. Tapi kesiankan Eimran yang tak tahan panas dan memikirkan sampai bila nak biarkan keadaan begitu, maka hantar jugaklah sibiru saya ni untuk dibedah siasatkan.

Kata Apek tu, semuanya ok. Cuma rosak relay (saya tak pasti betui ke dak ejaan tu). Maka dah sembuhlah aircond kereta saya. Bila dah sihat ni sejuknyaaa...gggrrrr memang dingin. Boleh jadi beku kalau buka kuat waktu hujan hehehe. Yang bestnya, kosnya yang murah, syukurlah. Kami anggarkan tujuh lapan ratus. Tahu sajalah Gen2 kalau nak baiki aircond kena buka seluruh dashboard dan selalunya pomen kata buka sahaja pun upah RM200 sebab satu hari punya kerja. Tapi kali ni hanya RM200 lebih sahaja.

Itu yang semangat jer nak ronda-ronda jalanraya sekarang. Nyaman aje duduk dalam kereta. Syiiook!!

26 June 2013

Bunyi brek menjerit

Saya memang tak arif pasal kereta. Sebab itu setiap kali ada masalah, saya akan rujuk ke bengkel. Itupun mengikut kepada tahap kewangan semasa. Takut juga bila dibiarkan lama-lama, rosak yang sedikit akan menjadi besar. Time tu, garu kepala la jawabnya.
 
Bab kereta saya berbunyi tatkali brake ditekan memang dah lama. Sejak saya ada di Penang. Maksudnya lebih setahun yang lalu. Tak tahu apa yang tak kena. Saya cuba tukar brake pad. Ingatkan kut brake pad tu dah lama. Tapi lepas tukar pun masih berbunyi kritttttttttt...! Hishhh...stress sungguh! Tapi saya buat tak tahu jelah. Time brake memang malu kat orang keliling. Bunyi jeritan tu bergema menyakitkan telinga.
 
Bila tayar mula berbunyi seperti bergeser terutama semasa membelok, siDia kata mesti ada yang tak kena dengan bearing. Rupanya tayar dah haus sebelah. Sebab itu tayar berbunyi. Memang betul. Bunyi bergeser itu hilang setelah bearing ditukar. Tapi bunyi menjerit itu tetap ada.
 
Bulan lepas tergerak hati nak buat alignment tayar. Memang dah lama tak buat. Bawa keta pun dah jadi gelong. Terpikir juga pasal alignment ke punca bunyi. Pomen tukar camber. Katanya camber dah bengkok.
 
Alhamdulillah...memang itu punca asalnya. Selepas ditukar, bunyi menjerit tu semakin berkurangan. Ada juga saya terjumpa di blog yang memaklumkan masalah yang sama dan selesai selepas camber ditukar.
 
Kebetulan ada rezeki lebih, baru-baru ini saya hadiahkan kereta dengan sepasang tayar yang baru. Silverstone Atlantis V7. Buat di sebuah kedai servis di Sungai Lalang. Harga asal RM200/sebiji. Tapi lepas buat tokey tu explain panjang berjela dan saya yang bertanya tanpa henti, dia bagilah diskaun RM185 siap pasang. Paling kurang dah dia kata.
 
Selepas guna tayar baru ni, bunyi menjerit tu hanya muncul sekali-sekala. Mungkin brake pad dah dapat keserasian dengan camber tu. Ditambah pula dapat tayar baru. Jadi jika kereta anda juga mengalami perkara yang sama, cuba check camber jika brake pad sudah ditukar. Masalah bunyi menjerit itu mungkin hanya melibatkan 3 perkara ini sahaja.

26 June 2012

Bunyi krik...krik...

Seingat saya, bunyi krik...krik...(macam cengkerik) kat kereta saya ni memang dah lama. Lebih dari setahun rasanya. Ataupun lebih lama lagi. Tetapi tak pernah saya ambil peduli. Tak pernah buat apapun. Sekadar bertanya pada pomen kereta beberapa kali. Setiap mereka punya jawapan berbeza. Ada yang kata bunyi belting la. Ada yang kata mungkin skru longgar la. Bagi saya pula, selagi tak effect kereta, saya tak bother.

Sehinggalah sesuatu berlaku pada hari sabtu yang lepas. Saya dan family pergi ke rumah adik ipar di Tanjung dawai. Tiba di pertengahan jalan, bunyi krik-krik itu semakin kuat. Seolah-olah bergetar. Dalam masa yang sama, aircond sekejap terasa sejuk...sekejap terasa panas. Bila bunyi itu semakin kuat, langsung tiada rasa sejuk. Saya cemas. Bila lihat temperature, tu dia aihhh...maksimum!

SiDia terus ke bahu jalan dan memberhentikan kereta. Dia suruh kami semua keluar. Apabila enjin dimatikan, kipas enjin pula masih berpusing. Pelik betul. SiDia check paras air dalam bekas putih tu. Kering! Nasib baik kami memang simpan air spare dalam kereta.

Berbotol-botol jugalah air dicurahkan sehingga perlu minta air dari rumah penduduk berdekatan. Kipas enjin  yang ligat berputar akhirnya berhenti apabila enjin mulai sejuk. Rupa-rupanya paip getah air di sebelah atas merekah dan air keluar menerusinya. Memang sejak saya guna kereta hampir lapan tahun lalu tidak pernah sekali paip itu ditukar. Bahkan saya tidak tahu pun ia perlu ditukar.

Berkat pengalaman yang ada, SiDia jadi Macguyver kejap. Paip yang merekah itu dipotong dan disambung kembali kepada lubang air. Disebelah dalam paip memang mulai reput. Wajib ditukar selepas ini. Tak mengapalah, ini hanya sementara untuk sampai ke Tanjung Dawai dan pulang kembali ke rumah.

Bila paip itu siap dipasang, ada lagi air menitik di bawah enjin. SiDia tidak tahu apakah punca. Nampak gayanya, kereta ini wajib berdating dengan pomen esok. Prinsip saya bila berkaitan dengan kereta, jangan biar rosak lama-lama. Takut berjangkit pula.

Hasil pertemuan dengan pomen, didapati water pump bocor. Lebih 4 jam juga kereta saya tersadai di buat pembedahan. Paip air yang merekah, SiDia telah ganti dengan yang baru. Buat sendiri. Cuma untuk water pump itu memang perlu tenaga pakar.

Apa yang penting saya nak beritahu di sini, sekiranya kereta anda kerap mengeluarkan bunyi krik..krik...terutama ketika naik tempat tinggi atau tiba-tiba perlu tekan minyak lebih, maka sila check water hose atau water pump. Mungkin getah hose itu sudah lama dan merekah menyebabkan air keluar. Barangkali juga water pump kereta dah mula nak bocor.  Yang pastinya, sejak kelmarin, kereta saya sudah tiada bunyi itu lagi. Malah mantap dan selesa dipandu. ;-)

Kos:

Water hose  bahagian atas Gen2 RM15 + buat sendiri
Water pump RM130 + upah RM80 = RM210