“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

25 January 2015

Kampung Bukit Buluh, Pengkalan Hulu

Sejak-sejak Eimran dah boleh jalan, hujung minggu kami jarang berada di rumah. Ada je rancangan nak berjalan sini-sana. Paling kurang pun ke hypermarket. Bukan membeli sangat. Yang penting keluar dari rumah. Seiingat saya, sejak dari mengandungkan Eimran, kami memang rajin berjalan-jalan. Jadi tak hairanlah bila Eimran ada, dia pun dok membesar dalam kereta je...hehehe.

Kesempatan hujung minggu baru ni, kami ke Kampung Bukit Buluh, Pengkalan Hulu untuk melawat nenek saudara yang kami panggil Tok Su. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke sini, kawasan sini adalah tanah bukit yang suhunya agak sejuk dan nyaman. Pokok buluh tumbuh di serata hutan (sebab tu dipanggil Kampung Bukit Buluh). Di sini juga popular dengan pokok bunga kantan yang tumbuh liar di tepi-tepi jalan.

Saya sendiri dah beberapa kali ke rumah Tok Su. Sebelum ada Eimran lagi. Selalunya bila musim durian, Tok Su akan panggil anak-cucu balik kampung makan buah. Saya bukan peminat durian. Makan sikit-sikit aje. Apa yang memikat hati saya untuk ke rumah Tok Su ialah kemesraan dia melayan tetamu dan suasana di rumah yang nyaman.

Kalau ada tetamu yang datang, menu yang menjadi kemestian Tok Su ialah sambal belacan dengan ulam yang beliau tanam sendiri. Ada pucuk mengkudu, pucuk ubi kayu, betik, daun peria laut dan macam-macam lagi. Sedap...sehingga bertambah nasi.

Kali ini saya datang, Tok Su jamu pula dengan masak lemak pucuk paku. Pucuk tu siDia kutip sendiri di belakang rumah anak Tok su yang tinggal berhampiran. Makan nasi tengahari tu berteman pula ikan pekasam loma yang digoreng garing (Tok Su buat sendiri), sambal belacan dan ulam-ulaman. Mau pakat-pakat tambah nasi semua. SiDia pun sampai 2 kali tambah nasi...parah!

Paling best, kedatangan kami kali ni dapat buah tangan iaitu udang krai yang Tok Su kail di kolam tinggal. Saiznya adalah sebesar 2 jari. Saya tak pernah makan udang ini. Tok Su bekalkan yang telah dibeku dalam peti sejuk. Dia suruh masak sendiri di rumah. Nanti saya try masak. Kalau sedap saya akan upload dalam ini.







Percaya atau tidak, rumah Tok Su tiada kipas angin. Kabus pagi akan menyelimuti hutan buluh di bukit persekitaran sehingga awal tengahari. Hilang kabus barulah kami mandi sebab waktu itu air kolah akan kurang sejuknya. Kalau kami datang, kami tak pernah mandi awal. Yang pastinya kena mandi sebelum jam 6 petang sebab air akan mula sejuk sehingga malam.Cuaca panas cuma terasa apabila matahari petang memancar ke anjung rumah. Tidur pula kalau setakat selimut nipis makan akan menggeletar kesejukkan. Nak selesa, guna selimut tebal atau toto. Barulah nikmati tidur.

Hmm...tak puas pergi rumah Tok Su kalau tidur semalaman aje. Tengoklah nanti, kalau ada cuti panjang sikit, nak habiskan masa di Kampung Bukit Buluh. Syokkk...