“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

16 January 2012

Tanya sama hati

Sebagai salah seorang yang kian menghampiri 4-series (tinggal beberapa tahun je), saya pernah terfikir berapa kali saya tanya diri selama hidup ini apa kata hati.

Sumber: Google

Jangan hairan kalau ayat permulaan di atas tu ala-ala berdrama gitu. Tapi betul. Dalam mengharungi kehidupan ini, berapa kali kita betul-betul bertanya kepada hati. Selalunya tentang perkara yang kita benar-benar mahukan jawapan yang tulus. Selalunya tentang dugaan kehidupan. Selalunya tentang keinginan percintaan. Selalunya tentang persoalan atau keputusan. Tetapi yang paling kerap sekali ialah apabila berkaitan tentang PERASAAN.

Seiingat saya, sewaktu awal-awal pandai berkenalan dan berkawan dengan lelaki, saya memang mengabaikan kewujudan hati. Memandangkan rupa yang kurang, saya lebih suka berkawan menerusi surat (waktu tu kurang terdedah pada internet). Ingat lagi kali pertama muncul dalam ruangan kenalan di majalah Galaxie (tahun berapa tak ingat), punyalah seronok berbalas surat. Sehingga boleh buat koleksi kawan mengikut negeri. Bersusun gambar dalam album.

Namun, bila kenalan ajak bertemu di alam nyata, saya terus tersentot. Tiba-tiba jadi tawar hati untuk meneruskan persahabatan. Walaupun pada ketika itu ada beberapa teman yang berkenan di hati. Walaupun pelawaan untuk bertemu tu, disusuli dengan kiriman hadiah  dan kad ucapan. Hanya satu soalan yang menjadi isu saya, bagaimana kalau sidia tidak berkenan bila melihat saya dan terus blah macam tu aje? Biarlah saya drag hubungan ini macam ini je. Biarlah langsung tak bertemu muka.

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya  tahu si bujangan di luar sana memang sering memaku isu ini di fikiran. Dilema itu yang tak sanggup untuk dihadapi. Memang mau tapi takut...kan. Nak bagitau pada kawan, rasa segan. Nak cerita pada famili, macam tak kena gaya. At last, mulalah jadi penasaran.

Believe me, tiada tempat yang terbaik untuk anda bertanya kecuali pada hati. Bukan  pada hati sayalah ;-P. Bukan bercakap tentang hati ayam (sedap kalau dibuat goreng berempah). Tapi pada hati kamu la..cik oii.

3 kebaikan utama apabila kamu memilih hati. Pertama, jimat kos. Tak perlu bayar kos consultation. Tak perlu bayar kos masa dan transport. Tak perlu kos penghantaran juga.

Kedua, easy excess. Anda boleh tanya pada bila-bila masa, dimana jua anda berada. Tak perlu buat appointment. Tak perlu juga tekan butang ambil nombor. Ting tong..nombor 237

Ketiga, 100% tulen. Tiada yang lebih mengenali diri anda kecuali diri anda sendiri. Betul? Bila anda tanya pada hati dengan tenang dan aman, jawapan yang tulus itu akan timbul umpama buih terapung di permukaan. 

Jangan terliur. Sekadar gambar hiasan.
N pernah beritahu saya dia bimbang nak menjadi lebih daripada kawan kepada kawan perempuan yang telah dikenali beberapa tahun. Puncanya gadis itu mempunyai boyfriend lain dan sering berkongsi kisah dengannya. N pula kurang paras rupa dan amat pemalu dalam hal-hal sebegitu. Apabila sigadis bercerita tentang jejakanya, N akan mendengar. Tapi memberi respons yang dingin. Sukar untuk N menjauhkan diri daripada gadis itu kerana ombak rindu akan bergelora di jiwa bila lama tidak mendengar suara.

Nasihat saya, tanya dulu pada hati. Tanya waktu bila? Yang biasa saya amalkan, tanya pada  waktu sebelum tidur malam. Ketika badan sedang baring dengan selesa. Ketika suasana nyaman dan harmoni. Ketika fikiran tenang dan aman. Tafakur sejenak dan tanyalah ketika itu. Insyaallah...

Tidak beberapa lama, N beritahu saya dia telah mencuba. Bertanya kepada hatinya. Walaupun masih belum meluahkan apa-apa kepada sigadis, tetapi N rasa lebih gembira dengan dirinya sekarang. Dia sudah boleh mendengar cerita si jejaka tanpa sebarang prejudis. Tanpa rasa iri yang mendongkol perasaan. Sehingga si gadis pula berkata N kini berbeza.

Lega hati saya. Sekurang-kurangnya saya bantu N menjadi lebih gembira.

Sebagai tambahan, jangan terlalu memikirkan penerimaan orang lain. Jika anda mahu orang menerima anda seadanya, maka please...please...please...bukalah dulu minda anda untuk menerima diri anda seadanya. Tanya sama hati bila anda benar-benar perlukan jawapan. Tapi bila dah dapat jawapannya, jangan menidakkan pula kalau tak kena dengan kehendak. Kekal pada niat. Niat anda mau yang terbaik bukan?

 



4 January 2012

Air tangan siDia

Tidak dinafikan bahawa, tidak semua orang mendapat pasangan yang sehati sejiwa, seiya sekata, sesedap mata memandang (boleh ke?) dan macam-macam se.. lagi. Tapi siDia saya ni, apa yang ada padanya, saya terima seadanya. Seperti mana saya mengharapkan dia menerima saya seadanya ( se... lagi).

Saya tak mengharapkan dia menjadi yang terbaik kerana saya tahu saya bukan yang terbaik. Tapi sewaktu dia menawarkan diri nak memasak untuk saya, saya betul-betul terharu. Bukanlah memasak menu yang hebat, sekadar masak mi segera aje. Kebetulan pada hari itu, dia bawa balik udang besar (XXL) untuk stok peti sejuk. Bila dia kata tak perlu makan di luar dan dia akan masak, saya kata "yabeda bedu..." (dalam hati je tapi kat muka buat riak selamba). 

Saya menonton tv sementara menunggu makanan masak. Kalau dengar bunyi, mengalahkan chef hotel 5 bintang. Kalau hidu bau tumisan, mak aii...harum sungguh. Bergetar urat perut. Dalam hati ada juga terdetik, pandai sungguh ke siDia ni memasak? Macam tak percaya je. Bukan saya merendah-rendahkan bakat atau see with one eye. Tapi kalau berdasarkan track life record dia yang tinggal bersama ibubapa, selalu makan di kedai, saya kurang yakin kemahirannya di dapur sehinggalah...

"Sayang..mi dah siap" dia jerit dari dapur.

Saya bergegas sambil membawa kamera. Mestilah nak ambil gambar the precious moment ni. At least jadi kenangan. Tak pun jadi bahan usikan hehehe... Yelah...orang dah berusaha masak untuk kita, jadi kenalah hargai. Saya terus tengok apa yang ada dalam periuk tu... WoW!!


Memang menyelerakan

So, inilah rupanya mi segera udang besar istimewa. Khusus dari siDia untukku.. (maafkanlah dia part tomato dipotong sebesar dunia yang kononnya sebagai penyeri hidangan hehehe... tapi lada merah yang dihiris menjadi bentuk bunga tu, saya bagilah pujian).

"Thank you. Sayanggg...abang."

Mee rebus terbaik!!

Anda suka makan mee rebus?

Jika anda peminat mee rebus dan tinggal di sekitar P. Pinang dan Kedah Selatan, anda patut pergi ke kedai Mee Rebus Mak Long. Saya telah pergi dan mencubanya. Ternyata memang sedap!!

Dari PLUS highway, anda masuk exit Bertam. Selepas tol, anda bertemu traffic light dan sila ambil kanan. Kemudian, anda bertemu trafic light kedua dan ambil kanan untuk ke Pinang Tunggal. Di hujung jalan, sekali lagi anda akan bertemu traffic light dan sila ke kanan. Tidak sampai 5 minit, anda akan lihat kedai ini di sebelah kanan jalan. Kanan...kanan...dan kanan...sampai dah.




Pada asalnya saya ke kedai ini atas urusan kerja. Pemiliknya, En. Suhaidi telah menjalankan perniagaan ini lebih daripada 5 tahun yang lalu. Bermula dengan resepi mee rebus daripada ibu saudara, perniagaanya beliau semakin maju dengan pelbagai makanan lain seperti mee hun sup, cucur udang dan masakan bergoreng.

Berbalik semula kepada speciality menu, mee rebus. First, hidangan untuk seorang memang mengenyangkan. Terselit di sebalik mee adalah tauhu goreng, cucur tepung yang garing, telur rebus, hirisan lada dan salad segar. Kuah dagingnya pekat, membanjiri mee dengan rasa pedas dan sedikit manis. Bagi saya yang berasal dari pantai timur, kuah sebegitu memang kena pada citarasa. "Ermmm...caiq aiq liuq chek". Kalau tak cukup masam, anda boleh perah potongan limau nipis. Tapi bagi saya, sepinggan sudah secukup rasa. Just nice.


Selain itu, keramahan pemilik dan isterinya, Pn. Maszura memang menambat hati. Adab orang berniaga, memang begitu. Mungkin itu menjadi salah satu sebab, kedainya ramai pelanggan. Ketika saya ke kedai beliau, jam sekitar pukul 3 petang dan hari tersebut merupakan hari bekerja. Tetapi masyaAllah, pelanggan datang tak putus-putus dan En. Suhaidi sendiri sibuk sekali. Walaupun dibantu dengan 10 orang pekerja, menu bergoreng yang dipesan pelanggan akan dimasak sendiri oleh beliau atau kadangkala oleh isterinya. Cuma untuk mee rebus, kuah akan disediakan di sebelah pagi.


Bila taukeh turun dapur
Masa perniagaan bermula 12 tengahari sehingga 8 malam sepanjang minggu kecuali hari sabtu. Datanglah jika ada kelapangan atau ketika anda melewati kawasan sekitar. Ini bukan promosi percuma untuk Mee Rebus Mak Long hehehe.... Cuma saya gembira melihat OKU macam En. Suhaidi yang gigih berdikari. Kalaulah ada orang di luar sana dapat mencontohi semangat dan usaha beliau, pasti ramai orang berjaya di dunia ini. Saya doakan perniagaan Mee Rebus Mak Long maju dan berjaya. InsyaAllah, satu hari nanti saya akan kembali untuk menikmati keenakkan mee rebus di sini.