“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

15 March 2015

Aircond tak sejuk

Dulu masa saya guna kereta Wira, saya ada masalah dengan aircond kereta. Bila dengan Gen2 nipun ada lagi isu aircond. Seingat saya, saya pernah tukar seketul (apa menda nama ntah tor..tor.. ujungnya) terus aircond tu dengan Eon Servis waktu duduk di Penang (sekitar tahun 2011 rasanya). Kena caj hampir RM1k. Sejuk elok la sat. Tapi lepas tukar balik ke sini, 2 tahun selepas itu aircond kereta ni jadi masalah lagi. Kali ni tak sejuk pulak. Selain tu, kalau ada di belakang lori atau bas, pakat sedut bau asap jerlah walaupun semua tingkap ditutup rapat.

Yang herannya, servis dah buat. Kipas dah tukar. Pomen kata gas masih banyak. Motor bergerak elok. Entah apa yang tak kena. Pomen tu yang tak reti atau kereta saya yang makin mogok? 

Tambah-tambah pulak waktu musim panas, berpeluh-peluh dalam kereta walaupun aircond buka. Rasanya kalau buka cermin lagi sejuk dari buka aircond. Haiisshhhh...

Sehinggalah SiDia bagi idea untuk hantar ke pomen dekat dengan Sg. Layar tu. Katanya pakar dalam bab-bab wiring dan aircond. Dia pernah dapat khidmat Apek pomen tu waktu kereta lamanya dulu. Memang elok.

Kami dah mencongak agak-agak berapa la pulak nak kena bayar ni. Tapi kesiankan Eimran yang tak tahan panas dan memikirkan sampai bila nak biarkan keadaan begitu, maka hantar jugaklah sibiru saya ni untuk dibedah siasatkan.

Kata Apek tu, semuanya ok. Cuma rosak relay (saya tak pasti betui ke dak ejaan tu). Maka dah sembuhlah aircond kereta saya. Bila dah sihat ni sejuknyaaa...gggrrrr memang dingin. Boleh jadi beku kalau buka kuat waktu hujan hehehe. Yang bestnya, kosnya yang murah, syukurlah. Kami anggarkan tujuh lapan ratus. Tahu sajalah Gen2 kalau nak baiki aircond kena buka seluruh dashboard dan selalunya pomen kata buka sahaja pun upah RM200 sebab satu hari punya kerja. Tapi kali ni hanya RM200 lebih sahaja.

Itu yang semangat jer nak ronda-ronda jalanraya sekarang. Nyaman aje duduk dalam kereta. Syiiook!!

8 March 2015

Sg. Petani > Taiping > Lumut


Dok ajak banyak kali dah SiDia ke Taiping. Tapi selalu jer masa tak sesuai. Nak singgah time balik dari KL pun tak sempat. Letih pun sama. At last, berjaya juga ke sana hujung minggu baru-baru ni. Asal tu beri alasan cuaca panas, nak tido hotel sebab ada aircond. Bila dia kata "jomlah" segera tekan booking.com tempah bilik.

Kami ke Taiping tanpa tujuan khusus. Pack baju pun 2-3 helai jer. Tapi baju Eimran tetap cukup set untuk 2 hari. Sebelum ke hotel, kami singgah ke Aeon Taiping untuk makan tengahari. Baru beroperasi dan tak banyak berbeza dari Aeon yang lain. Pilihan di food court masih kurang dan yang agak menjengkelkan, makan minum di situ mesti dibayar menggunakan kad makanan. Kad ini  perlu dipohon di kaunter RM yang disediakan berhampiran. Dengan deposit RM3, anda perlu topup nilai yang bersesuaian dengan harga makanan yang akan dipesan. Selepas pembelian dibuat, kad ini boleh dikembalikan dan nilai wang akan diberi dalam bentuk tunai. So, apa perlunya kad ini dipraktikkan? No reason dan menyusahkan pelanggan. Difahamkan, semua Aeon baru beroperasi mengamalkan cara ini.
Sempat pose joget seronok
Di Taiping, kami pilih menginap di Hotel Flemington. Boleh jenguk di internet gambar hotel dan bilik. Lokasinya menarik kerana terletak betul-betul bersebelahan Taman Tasik Taiping. Boleh pergi jalan kaki je. Bilik standardnya sederhana luas. Walaupun hanya disediakan basic amenities, tapi susun atur ruang dalam selesa. Hotel ini ada 4 tingkat untuk bilik. Kalau anda berhasrat nak menginap di sini, better minta tingkat 4 kerana dapat lihat pemandangan luar yang  lebih menarik. Atas sekali di Rooftop, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Memang itu salah satu sebab kenapa saya pilih hotel ini. Paling berbaloi dengan kadar bilik, sarapan pagi dengan menu pelbagai pilihan. Sedap pula tu... (thumbs up)

Hotel ni ada menang award
Dari kolam boleh nampak taman tasik
Ketakutan + kesejukan
Caya cukerrr...
Ermm...



Asalnya nak ke Kuala Sepetang pekena mee udang. Tapi petang tu cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Kami hanya lepak di Taman Tasik Taiping sambil layan Eimran bermain.






Boleh laa..
Makan malam kami ialah abc dan yong tau fu di medan selera belakang balai bomba. Rasanya biasa jer. Hampir setiap gerai menjual yong tau fu tapi tak tahulah yang mana satu yang sedap. Gambar pun saya tak ambik sebab anda boleh jumpa banyak post mengenainya oleh bloggers. Teringin juga nak mencuba char kue teow Doli. Tapi tak tahu mana nak hala walaupun boleh dicari melalui waze. Hujan berlarutan sehingga malam. Eimran dah keletihan dan saya pun mengantuk. Tambah pulak nyaman udara aircond menyebabkan mata ni makin layu.

                                          
Esoknya SiDia ajak ke Lumut pula. Saya ok jer. Setakat duduk sebelah dengan Eimran, apalah sangat. Perjalanan dari Taiping memakan masa sebab SiDia tersilap jalan melalui Kuala Kangsar. Cuaca makin rembang dan untuk mengelakkan cuaca panas, kami singgah dulu ke Aeon Seri Manjung pulak untuk mengisi perut.



Di Aein sini ada Kaison... Kidz Fun Mania... Kami lunch di Chicken Rice Shop sebab gerai di Food Arena kurang menarik. Alhamdulillah Eimran pun banyak makan. Mula-mula saya order plain noodles untuk dia sebab ingatkan dia tak mau nasi. Tak sangka pula bila disuap nasi (selalunya 2-3 suap jer) tak berhenti pula. Kena angin Manjung kut...


Bila cuaca kian redup, barulah kami bergerak ke Lumut. Kami ke Waterfront Lumut untuk mengambil gambar dan membeli sedikit makanan laut. Ada juga cari t-shirt untuk Eimran, tapi tiada saiz pula bila berjumpa corak yang berkenan.


                         

Puas bergambar di situ, SiDia bawa kami ke Teluk Batik. Saya dah tak larat nak turun. Tambah pulak kian senja dan Eimran juga mengantuk. Dari jauh nampak pantai di celah-celah gerai dan chalet yang sesak di stu. Mungkin lain kali akan bermalam di situ pula.

Masih berasap 
Jalan-jalan a.k.a cuti-cuti disudahi dengan singgah di Juru Autocity untuk menikmati makan malam. Nasi putih, siakap stim limau dan telur dadar. Simple jer tapi sedap rasanya. Tiba-tiba teringatkan Kuala Perlis yang dah lama tak pergi. Hmmm...bersambung pulak jalan-jalan di lain kali ya...






25 January 2015

Kampung Bukit Buluh, Pengkalan Hulu

Sejak-sejak Eimran dah boleh jalan, hujung minggu kami jarang berada di rumah. Ada je rancangan nak berjalan sini-sana. Paling kurang pun ke hypermarket. Bukan membeli sangat. Yang penting keluar dari rumah. Seiingat saya, sejak dari mengandungkan Eimran, kami memang rajin berjalan-jalan. Jadi tak hairanlah bila Eimran ada, dia pun dok membesar dalam kereta je...hehehe.

Kesempatan hujung minggu baru ni, kami ke Kampung Bukit Buluh, Pengkalan Hulu untuk melawat nenek saudara yang kami panggil Tok Su. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke sini, kawasan sini adalah tanah bukit yang suhunya agak sejuk dan nyaman. Pokok buluh tumbuh di serata hutan (sebab tu dipanggil Kampung Bukit Buluh). Di sini juga popular dengan pokok bunga kantan yang tumbuh liar di tepi-tepi jalan.

Saya sendiri dah beberapa kali ke rumah Tok Su. Sebelum ada Eimran lagi. Selalunya bila musim durian, Tok Su akan panggil anak-cucu balik kampung makan buah. Saya bukan peminat durian. Makan sikit-sikit aje. Apa yang memikat hati saya untuk ke rumah Tok Su ialah kemesraan dia melayan tetamu dan suasana di rumah yang nyaman.

Kalau ada tetamu yang datang, menu yang menjadi kemestian Tok Su ialah sambal belacan dengan ulam yang beliau tanam sendiri. Ada pucuk mengkudu, pucuk ubi kayu, betik, daun peria laut dan macam-macam lagi. Sedap...sehingga bertambah nasi.

Kali ini saya datang, Tok Su jamu pula dengan masak lemak pucuk paku. Pucuk tu siDia kutip sendiri di belakang rumah anak Tok su yang tinggal berhampiran. Makan nasi tengahari tu berteman pula ikan pekasam loma yang digoreng garing (Tok Su buat sendiri), sambal belacan dan ulam-ulaman. Mau pakat-pakat tambah nasi semua. SiDia pun sampai 2 kali tambah nasi...parah!

Paling best, kedatangan kami kali ni dapat buah tangan iaitu udang krai yang Tok Su kail di kolam tinggal. Saiznya adalah sebesar 2 jari. Saya tak pernah makan udang ini. Tok Su bekalkan yang telah dibeku dalam peti sejuk. Dia suruh masak sendiri di rumah. Nanti saya try masak. Kalau sedap saya akan upload dalam ini.







Percaya atau tidak, rumah Tok Su tiada kipas angin. Kabus pagi akan menyelimuti hutan buluh di bukit persekitaran sehingga awal tengahari. Hilang kabus barulah kami mandi sebab waktu itu air kolah akan kurang sejuknya. Kalau kami datang, kami tak pernah mandi awal. Yang pastinya kena mandi sebelum jam 6 petang sebab air akan mula sejuk sehingga malam.Cuaca panas cuma terasa apabila matahari petang memancar ke anjung rumah. Tidur pula kalau setakat selimut nipis makan akan menggeletar kesejukkan. Nak selesa, guna selimut tebal atau toto. Barulah nikmati tidur.

Hmm...tak puas pergi rumah Tok Su kalau tidur semalaman aje. Tengoklah nanti, kalau ada cuti panjang sikit, nak habiskan masa di Kampung Bukit Buluh. Syokkk...