“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

27 March 2016

Lampu gear D berkelip-kelip

Bila siBiru ni tak sihat, memang serabut terus bersarang dalam kepala. Tambah-tambah lagi saya bukan pandai bab-bab pomen ni (walaupun arwah baba kerja tu). Ini berlaku bukan kali pertama. Pernah beberapa kali terjadi sebelum ini. Justeru, saya dah tak berani nak buat tak tahu. Takut penyakitnya makin bertambah. Takut berjangkit menjadi lebih parah.

Terkini, saya tengah ralit memandu tiba-tiba enjin mengaum, sentap dan tengok kat dashboard, lampu D berkelip-kelip. Dia buat pulakkk...kata saya dalam hati. Sampai di rumah, saya beritahu kejadian pada siDia. Kami bersetuju untuk hantar ke bengkel terdekat Saga di Bedong. Dua hari Biru ditinggalkan di situ. Namun dukacitanya, tokei pomen cakap dia tak boleh baiki. Mungkin clutch dia rosak, katanya sebab dia buat test elektronik, tak dapat kesan punca. Dia cadangkan tukar gearbox yakni akan makan kos sekitar 3 ribu. Terangkat kening bila mendengarnya. Langkah alternatif, dia cadangkan jumpa pomen yang pakar tentang gearbox. Hmm...alahai...

Keadaan siBiru berlarutan beberapa bulan. Bila sebut gearbox ni, mmang dalam kepala dok terbayang ribu riban la kan. Mana nak cari duit. Bodypart lain yang makin berusia pun nak kena tukar juga. Absorber, timing belt dan lain-lain lagi...

Hingga tibalah satu masa, saya nekad. Tak boleh dibiarkan. Siapa tahan kalau enjin kereta mengaum bila memandu 90 kmj ke atas. Rpm toksah ceritalah...lebih tinggi dari kmj. Kereta pun dipandu dalam keadaan beriman jek...below 90kmj. Gear lain tak boleh masuk kecuali N, P, D. Gear L ka, 2 ka langsung takde effect. Lebih mencucuk mata bila tengok lampur gear D tu dok berkelip tak henti-henti.

Suatu hari di hujung minggu, saya bawa Biru ke proton servis Mercu Usaha di Sungai Pasir. Saya bimbang kalau bawa ke pomen biasa, alat ganti bukan original. Harga pun ikut sesedap rasa. Dua minggu Biru ditinggal bersama pomen asing yang tak dikenali. Harapan saya cuma nak Biru sembuh kembali. Biarlah rupanya tak segak, badan dah berkarat sana sini, tapi dia tetap kesayangan saya.

Mereka beritahu clutch kereta masih baik. Overall tiada kerosakan major. Masalahnya cuma auto sensor. Mereka tukar alat ganti baru. Kos dalam RM500 lebih, Apabila ditambah dengan kos upah dan minyak auto yang terpaksa diisi semula, hampir RM1K jugalah. Tapi hati saya senang. Biru dah pulih kembali. Sekurang-kurangnya taklah sampai kena tukar gearbox seketui, ya dak?

Kalau kereta anda jadi seperti Biru, saya cadangkan anda bawa ke pusat servis yang bertauliah. Memanglah mahal sikit tapi kalau dah umur 12 tahun macam siBiru, lebih berbaloi daripada hantar dia dibaiki di tempat-tempat yang chemey...(paham noo)

Yeayyy

                        

14 comments:

Ketang Ketung Dapur Mama said...

Kereta apa ye ni... kereta sy pun kena mcm ni... persona

FaZa said...

Gen2 2004 1.6 Auto. Selepas kejadian ni, hampir 4 bulan berikutnya masalah berulang. Dah pergi proton pun tak selesai masalah (terbang 1k). At last jumpa satu kedai pomen di Pajam. Memang bagus dan dia cerita kerosakan dari A-Z serta punca utama bermula apabila minyak auto tak tukar ikut jadual (memang betul pun). Isu ni memang perkara biasa bagi kereta Gen2 auto mahupun Pesona. Dia sendiri dah baiki 4-5 buah Gen2 dengan isu yang sama. Pendek cerita, bayaq lebih kurang 3 ribu (ikut peringkat pembaikan) maka berdesup kembali cik Biru saya.

Unknown said...

Boley bgthu tak kt pajam tu kt mane ye kedainya..kete sy pon jd mcm tu..da bnyk kali repair..

FaZa said...

Hafes Autowork Enterprise (ni nama bengkelnya)
Lot4217 kg. baru Sg. Mahang, 71700 Mantin, N9 (bayangkan saya dok Kedah, jumpa yang serasi di sini) Tel: 019-6105398

Kalau kereta rosak kat highway nak ke Nilai, boleh call dia. Bagus orangnya, mesra dan peramah. Syukur bertemu dengan hamba Allah ini.

pakkordi said...

Maknanya puan tukar gearbox baru masalah selesai?

Unknown said...

Kete saya pesona juga jd bgini.. Bengkel mana yg org tu anta ye

Unknown said...

SiBiru aku pun sama, lampu gear D dok berkelip dh masok 6 bln lebih. Nk xnk atas cadangan apek pomen terpaksa la tukar seketul gearbox..melayang la dkt 2k..gearbox aku masih cantik lg tp apa bleh buat...

mioi said...

saya baru jadi tadi D berkelip kelip,masuk gear undur menyentap..tapi sebelum jadi masalah gear box kereta saya bila on kunci lampu dashboard menyala malap walaupun x switch lampu kenapa ye dalam maaa dua tiga hari ni,last2 trus gear D blink..ada penyelesaian x poket pun kering ni huhu #pelroton gen2 2004

Akhimi said...

Saya punya D berkelip dah masuk 4 kali..3 kali tukar auto speed sensor input n output ..tp masih lg berulang..apa msalahnya ya..nk kena tukar gear box ke?

FaZa said...

At the end...memang kena tukar gear box. Cuma saya ambil masa juga disebabkan nak keluar seketui 3k tu bukannya mudah. Kedai pomen di Pajam (kedai dekat exit Pajam - highway. saya pun tak ingat namanya) memang akui ni isu biasa gen2/persona auto. cikBiru saya tu model 1994. Rasanya yang ramai kena mcm ni model tahun yang sama.

Lepas tukar gearbox, tukar dan topap semua jenis minyak memang mantop balik cikBiru. Tahun ni dah masuk 15 tahun umurnya. Bawa sekitar PJ saja...jarang sekali keluar jauh. Bukan tak konfident, cuma bagi dia status esklusif ;^)

Unknown said...

Alhamdulillah...pomen Cari xjumpa.td p Kat mmber.cari info kt tenet..jumpa sini.terus cek auto sensor rupanya longgar...jolok sikit terus ok..jimat banyak.belah penang klu nk repair keta bley pm
Sy..nnt sy rekemen kedai trusted ..0175340430

Unknown said...

Kalau honda crv swa (d) berkelip-kelip apa masalah pulak.tolong sahabat semua

arif said...

Bro wire sensor tu kt mne ye? Proton satria neo saya jadi macam tu jugak, dah setahun dh ni duk kt pomen

Anonymous said...

gen2 fan problem. tercabut dari slot. tak nak langgar dengan radiator. sy cabut relay aircond fan. BERKELIP KELIP lambang D dan menyentap gear. masukkan balik relay tu baru ok