“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

3 June 2011

Barakah Hari Jumaat

Saya balik ke ofis tengahari ni dengan muka yang penat sebab baru selesai menghadiri mesyuarat di luar. Tiba-tiba ternampak sepotong kek coklat di atas meja. "Aaa ni mesti hidangan tazkirah pagi tadi ni". Sudah menjadi rutin pada hari Jumaat hujung bulan, pejabat saya akan meraikan sambutan hari lahir anggota yang lahir pada bulan semasa. Ada hadiah, ada makan-makan, ada ucapan. Kemudian, saya tengok ada kertas sekeping di sebelah kek tu. Bila diterbalikkan, maka terteralah

      Sijil Penghargaan Pekerja Cemerlang Mei 2011...

Wah...muka yang separa toya terus bertukar menjadi ceria. Senyum meleret ke telinga. Saya dengar bos saya dari jauh ucapkan tahniah. Lepas tu kawan-kawan pula ucapkan tahniah sambil bertanya bila nak belanja. Hehehe...alhamdulillah. Sejuk hati bila dihargai begini. Walaupun hanya di atas sekeping kertas berwarna ditemani oleh sepotong kek coklat, hati saya tetap berbunga. Rasa berbaloi menghadap komputer buat statistik sampai kelabu biji mata. Rasa lapang dada bila teringatkan pernah bertungkus-lumus menyiapkan kerja orang lain hanya kerana akur kepada arahan.

Subhanallah....Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Sebagai manusia saya pernah juga merungut tatkala diminta selesaikan kerja orang lain. Pernah tertekan apabila diminta lakukan tugas lebih daripada sepatutnya. Pernah lupa sesungguhnya, saya ini hanyalah seorang HAMBA. Walau apapun yang saya buat, walau siapa pun yang memberi arahan, saya tetap hamba kepada Allah Yang Esa.

Ada ketikanya Allah akan bagi imbuhan kepada setiap zarah yang kita lakukan. Ada yang lazat dan tidak kurang juga yang pahit melekit. Apabila sedar dari alpa maka seharusnya bersyukurlah. Lebih-lebih lagi pada Jumaat yang barakah ini. Penghulu segala hari.

Allahamdulillah...

No comments: