“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

6 September 2011

Raya oh raya

Akhirnya cuti raya selama seminggu pun bermula. Seperti biasa, sehari sebelum raya kami akan ke Pekan membeli barang-barang makanan untuk hidangan di hati lebaran. Menu sama seperti tahun sebelumnya iaitu ketupat nasi, rendang daging (tahun ni daging rusa), rendang ayam Selangor (resepi Jamie), serunding kelapa, daging goreng sate, kuah kacang dan ketupat pulut (beli di pasar Kuantan). Banyak? Memang pun...itulah menu asal sejak zaman saya kecil sehingga sekarang.

Di kampung, suasana pagi raya di masjid, berbeza tahun ini. Kalau tidak, pakcik Ustat (Ustaz Rani) akan bagi ucapan untuk orang kampung panjang berjela. Sehinggakan orang mula gelisah panas punggung. Namun pakcik Ustat dah meninggal beberapa bula sebelum Ramadhan. Kali ini terasa sunyi pula bila dah tiada ucapan wakil kampung. Ketua kampung yang baru pun tak beri ucapan. Sembahyang raya tahun ini pun selesai lebih cepat dari kebiasaan.

Memandangkan kak long & abang saya beraya dengan keluarga mertua, aturcara program kami sekeluarga ringkas sahaja. Kami hanya pergi beraya ke rumah arwah pakcik ustat dan menikmati hidangan nasi beriani (sedappp). Balik ke rumah, ramai pula jiran datang beraya. So, kena layan tetamu dulu.

Disebelah petang Jamie cadangkan terus ke Pasir Panjang menziarahi kubur arwah baba dan aki. Sebab esok paginya dia nak balik ke Klang beraya dengan keluarga mertua. So, kami ke Pekan petang itu. Selesai tahlil (diketuai oleh Abang Mod), kami ke Kampung Permatang Belida iaitu rumah Pak Awang (sepupu arwah baba).






Keluarga Pak Awang ni, kategori orang kurang senang. Anda lihatlah rumahnya. Tetapi keluarga ini mewah dengan kasih sayang serta rahmat. Kenapa saya cakap macam tu. Sebab rumah ini walaupun kecil dan sempit, ia adalah tempat untuk adik-beradiknya berkumpul raya. Kebetulan pada malam tersebut, mereka akan adakan kenduri arwah untuk Tok Cu (bapa Pak Awang) selepas solat Isya'. Sempat lagi mereka menjemput kami untuk turut serta. Menu malam itu gulai ayam kampung. Tapi mama menolak memandangkan perjalanan nak pulang ke rumah mengambil masa agak lama. Insyaallah...lain kali ya. 





Jamie & Arif menikmati hidangan





Serunding ikan, rendang daging pedas & ketupat



Hari raya kedua, kami hanya duduk di rumah. Aktiviti utama, membersihkan kawasan rumah. Masih ada lagi jiran datang beraya. Niat saya hendak ke Pekan beraya di rumah kawan. Tapi tak jadi kerana kawan ada agenda lain yang perlu dilakukan. Selepas magrib, abang pula sampai dari Kedah. Rumah yang awalnya sedikit senyap selepas anak-beranak Jamie balik, kembali gamat.

Raya ketiga saya dan Nyi bertolak balik KL. Mama pula mengikut abang ke Kertih. Kami saja balik awal sebab nak meronda-ronda di KL. Menunggu untuk cuti raya dan pulang ke kampung, terasa begitu lama. Tetapi bila sudah menyambut raya,  sekejap aje masa berlalu.

Kini masa untuk mengganti puasa pula, hehehe...
























No comments: