“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

19 April 2012

Kenangkan masa-masa indah

Umumnya maklum, saya dan suami adalah pasangan jarak jauh (PJJ). Cuma, saya masih berpeluang berjumpa siDia setiap hujung minggu (sejak kahwin sehingga sekarang tak pernah miss kecuali saya kena out station). Setiap bepergian, saya akan salam sambil mengucup kedua pipinya. Tangannya juga. Seolah-olah saya akan pergi untuk suatu tempoh yang lama. Dia juga begitu. Selepas memeluk erat tubuh saya sebentar seakan sukar untuk melepaskan. Ketika itu tiada kata-kata yang terungkap. Hanya mata membayangi rasa dalam dada. Kesunyian yang bakal meruntun apabila tinggal sendirian. Saya akan senyum kepadanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Apabila kereta bergerak, lambaian tangan adalah aksi terakhir saya dan dia.

Hmmm... Itulah drama kami setiap pagi Isnin. Jika mengenangkan, terasa malu sendiri. Macam drama hindustan hehehe...Memang perkara itu adalah perkara kecil. mudah untuk dilakukan. jika tidak dibuat, tidak pula salah. Tetapi bila dibuat kesannya meresap dalam sanubari ini. Itulah juga membuat saya sering teringat kepadanya. Rindu padanya. Bagai kata-kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah " yang kecil kita besarkan".




Barangkali ada orang akan berkata, itulah drama pasangan orang baru berkahwin. Kalau dah masuk bertahun-tahun, bila nak ke mana-mana, salam pun tidak, senyum tidak. Wallahu alam...saya belum sampai ke tempoh itu. Doa saya, minta dijauhkan saya daripada sifat-sifat keji. Kurniakanlah saya sifat-sifat mulia. Saya sayang siDia. Begitu saya inginkan siDia menyayangi saya. Justeru saya sentiasa luahkan rasa kasih sayang. Agar kasih sayang itu membaluti hatinya.

Kita tidak tahu bila ajal datang menjemput. Kiranya itu berlaku, doa saya biarlah kami berada di sisi masing-masing. Terlalu awalkah untuk berkata demikan? Tidak juga. Sebab kita tidak tahu ketikanya. Itulah yang saya fikirkan setiap kali terpaksa berjauhan. Seandainya sesuatu berlaku kepada siDia dan waktu itu saya tiada di sisi, apakan terjadi? Kepada saya mahupun kepada dia. Justeru itu, perpisahan jarak tidak saya lakukan tanpa kucupan kasih sayang. Saya tinggalkan dia dalam kebahagiaan. Dalam kerinduan menanti kepulangan saya pada hujung minggu nanti. 

Marah, tidak puas hati, geram....bukan tiada dalam istilah hubungan kami. Kami tetap insan biasa. Memang saya geram apabila dia asyik dengan permainan zombie vs. plant. Tetap tidak puas hati dengan sikapnya yang suka buat kerja last minute. Selepas menegur a.k.a merungut, saya akan berdiam. Bila jadi begitu, siDia pula akan cepat-cepat memperbetulkan diri. Kemudian mendapatkan saya, mengusik dengan lawak jenaka yang tak berapa logik tu sehinggalah saya ketawa kelucuan.

Lumrah...itulah warna-warni perhubungan bukan? Marah itu memang wajar. Tetapi janganlah keterlaluan kerana itu adalah duri yang akan tumbuh satu-satu setiap kali marah itu timbul. Lama-kelamaan duri itu akan menyucuk kulit menjadi kudis degil yang sukar sembuh. Saya sendiri dalam proses yang sama. Cuba mengekang anasir jahat dengan kebaikan. Menyembuh sifat keji dengan kemuliaan.  Saya doakan hubungan kami sentiasa harmoni kerana kebahagiaan adalah keindahan perasaan...Amin.


“Dan apabila hamba-hamba-ku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) Sentiasa hampir kepada mereka; Aku perkenankan permohon orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah–Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.” (Al-Baqarah:186)

No comments: