“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

5 February 2014

Bersalin di hospital kerajaan

Bukan kerana saya bekerja dengan kerajaan maka saya pilih untuk bersalin di hospital kerajaan (although that's one of the reasons). Tapi yang utamanya kerana saya mengandung sulung. Kata orang senang terus berurusan dengan hospital kerajaan jika berlaku sebarang masalah pada kemudian hari. Selain itu jarak antara hospital dengan rumah saya kurang lebih 10 minit saja. Kos pula jauh lebih murah daripada hospital swasta. Tapi saya "percuma".
   
Sepanjang kehamilan dan kelahiran siManja, saya memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya terima di Hospital Slt. Abdul Halim, Sg. Petani dan juga Klinik Kesihatan Sungai Lalang. Syabas jika anda yang sedang membaca ini merupakan kakitangan di situ. Saya senang sekali dengan layanan mereka. Walaupun sentiasa sibuk dengan ibu-ibu mengandung dan bersalin namun saya tidak pernah melihat mereka berbuat lebih kurang kepada klien. Malah ibu pengalaman pertama seperti saya sentiasa dibekalkan dengan tips-tips kesihatan diri dan penjagaan bayi.
 
Sewaktu tarikh bersalin kian hampir, saya cuba melayari internet mencari persediaan bersalin di hospital kerajaan. Namun, kebanyakkannya bercerita tentang pengalaman bersalin di hospital swasta. Pada mereka yang tidak biasa, memang persediaan berbeza. Hampir semua keperluan ada tersedia di hospital swasta. Tetapi kalau kerajaan, kita kena bawa sendiri. Tapi apa yang perlu dibawa?
 
Ok, info ini khusus untuk ibu-ibu yang akan bersalin secara pembedahan di hospital kerajaan seperti saya. Memang dah confirm akan masuk bilik bedah. Hehehe...jangan takut. Saya rasa seronok je bersalin operate ni. Sekejap je. Sedar-sedar baby dah ada depan mata.
 
Persediaan yang perlu untuk di bawa masuk ke dewan bedah ialah:
  1. Tuala wanita yang bertali 2 keping (ada macam-macam jenama...Koteks, Madame)
  2. Baju baby lengan panjang (seluar tak perlu)
  3. Kain napkin sehelai
  4. Pampers new born sehelai (saya beli jenama Drypers)

Tu jer???

Ya ibu-ibu sekelian...itu sahaja. Toksah dok buat bayangan gurauan la kena bawa masuk macam-macam, kain batiklah, plastik nak boh uri la etc. Semua tu tak perlu. Takde nurse tu nak rajin jadi tukang urus barang-barang tu semua.

Pakaian anda pula tak perlu nak bubuh penuh satu beg. Sepanjang anda tinggal di hospital, anda hanya layak pakai pakaian warna pink milik hospital. Cuma perlu sedia pakaian waktu nak balik ke rumah sahaja. Saya cadangkan t-shirt lengan panjang dan kain batik. Senang nak pakai. Stoking jangan lupa dipakai sebaik sahaja lepas bersalin. WAJIBBBB!! Selain daripada mengelakkan suasana sejuk, stoking bagus untuk mengelakkan angin masuk dalam badan.
 

Tentang tuala wanita, memang anda perlu bawa yang jenis bertali tu (loops). Itu memang diminta oleh nurse. Tetapi bagi saya lebih baik bawa sendiri kan memudahkan orang. Berapa banyak nak beli? Memadai satu bungkus je. Saya hari tu beli sampai dua bungkus sebab tak tahu nak bajet.  Kemudian, sebungkus tu saya berikan kepada teman di katil hadapan sebab dia tak ada. Tuala wanita jenis ini sebenarnya hanya diguna sewaktu berada di hospital. Time tu kita hanya terbaring dan kurang bergerak. Tetapi bila kita balik ke rumah, guna yang biasa tu lebih mudah. Kita pun tak perlu bimbang akan kebocoran.

Jika anda bersalin secara pembedahan, wajiblah anda akan tinggal selama 4 hari di hospital. Ini memudahkan untuk doktor memantau keadaan luka atau kesihatan anda selepas bersalin. Kalau bersalin normal, anda boleh pulang jika tidak mengalami sebarang masalah dalam tempoh 24 jam.
 
Memandangkan 4 hari akan tinggal di hospital maka baju baby kita tu sekurang-kurangnya kena ada 4 pasang. Sehari sepasang. Seeloknya baju lengan panjang dan seluar panjang sahaja. Baju lengan pendek sesuai dipakai waktu siang. Seluar pendek tak sesuai pakai dalam tempoh baby baru lahir hingga umur sebulan. Dia masih kecil. Bulu roma pun baru tumbuh. Nanti kesejukan. Selepas sebulan bolehlah dipakaikan seluar pendek atau rompers pelbagai corak yang dah bersusun dalam almari baby tu hehehe...
 
Baby akan dimandikan setiap pagi oleh nurse. Sebelum mandi, nurse akan pergi ke katil anda untuk mengambil baby dan dia minta tuala, sepasang baju, sehelai napkin dan sehelai pampers. Bedak ke mandian bayi ke tak perlu bawa untuk baby sebab pihak hospital dah sediakan. Tau-tau baby mai kat kita dah gebu. Syokkk aihh bila teringat...hmmm.
 
Tugas kita? Ok, awal subuh kita dah dikejutkan dari tidur untuk makan ubat, tukar tuala wanita dan tukar pakaian serta kain alas katil. Semua tu nurse yang buat. Kita cuma ready dan ikut arahan. Saya nasihatkan apa sahaja yang nurse/doktor suruh, kita ikut sahaja. Jangan cuba nak komen itu-ini atau tak larat nak buat sebab sakit. Ketahuilah Dik Non, semua yang kat situ bersalin. Semua orang bersalin sakit. Nurse ni harus menguruskan ramai orang termasuk kita. Kalau kita beri kerjasama yang baik, bukan sahaja setakat urus kekotoran kita malah nurse ini akan buat yang terbaik untuk kita. So, bersabarlah kalau ada rasa sakit sikit-sikit tu tahankan aje. Yang penting tu kita ada baby yang comei gebu-gebu dok sebelah...hehe
Eimran baru lahir
Pampers baby bawa sebungkus terus. Senang kalau-kalau nak guna lebih. Topi baby akan dipakai pada hari keluar hospital. Sediakan satu sahaja. Bukan nak pakai hari-hari. Macam siManja saya, langsung tak mau pakai topi. Dari lahir sampai la sekarang.
 
Perlu ke kain bedong (flanel)? Itu terpulang kepada anda. SiManja saya masa lahir beratnya 2.75kg. Guna kain napkin sahaja sebagai bedong sebab dia tak bambam. Kalau baby yang 3kg ke atas tu saya rasa lebih sesuai guna kain bedong daripada napkin.
 
Ada apa-apa nak tanya tak? Rasanya itu sahaja. Percayalah cakap saya memang kita rasa masa lambat bergerak sebelum baby lahir. Tapi sebaik saja muka comel yang kita nantikan tu berada depan mata, hari-hari berlalu tanpa disedari. Sedar tak sedar, anak kita dah besar dan minta nak ada adik... (eh eh hihihi...)


Eimran sewaktu 4 bulan


6 comments:

f said...

Kalau pembedahan, husband leh masuk ke?

f said...

Kalau pembedahan, husband leh masuk ke?

FaZa said...

hospital kerajaan mungkin tak boleh sebab masa saya admit dulu, keluarga hanya dibenarkan masuk setakat kaunter daftar sahaja.

suhaila Johar said...

sy serik bersalin hosp kerajaan..luka banyak..bsalin kul 9 mlm terus msk wad tido ngn baby..mmg stress sbb baby asik nanges n kita plak msh x larat..nurse plak tertido kt kaunter..teringat blk kisah 8 thn dlu mmg syahdu

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

FaZa said...

Eimran memang tak suka menangis sejak lahir. Kalau menangis pun, manja-manja gitu. Saya pulak bersalin express. So tak sabar-sabar nak peluk baby bila dah lepas bersalin. Alhamdulillah...saya dapat pengalaman manis semasa melahirkan.