“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

26 January 2014

Breast pump

Ingat tak saya pernah cerita tentang hasrat nak beri susu badan kepada siManja? Saya beli pam susu elektrik jenama Tommee Tippee. Saya beli juga sekotak nursing pad kononnya nak digunakan masa dalam pantang nanti. Alahai...dukacitanya hasrat itu tak kesampaian. Susu badan saya sikit sahaja. Mungkin sebab terkesan dari ubat darah tinggi saya yang dosnya maksimum itu.
 
Setelah seminggu dua melahirkan masih tak berjaya juga beri susu badan, saya minum produk Shaklee untuk menambah air susu. Masih juga tidak berjaya. Bila balik ke kampung, Mama minta makcik Yam datang mengurut saya. Tiga hari berturut-turut saya diurut. Air susu saya ada perubahan tapi tetap tak banyak. Saya try pam guna pam elektrik Tommee. Air yang keluar hanya sedikit. Nak dapat beberapa titik pun puas saya menunggu.
 
Tak cukup dengan itu, saya beli pula pam manual. Manalah tahu kalau-kalau berjaya. Malangnya tidak juga. SiManja langsung tak mau berkompromi dengan susu botolnya. Sehinggalah sekarang.
 
Akhirnya saya tamatkan usaha saya di situ. Pam Tomme Tippee itu telah saya jual. Kini saya nak jual pam yang ini pula sekali dengan nursing pads yang langsung saya tak guna.
 
 
Pam jenama Fiffy ini masih mempunyai set lengkap termasuk botol susu. Manakala nursing pads berjenama Tollyjoy mempunyai 40+8 helai. Kedua-dua keadaan masih elok.
 
Harga: RM65.00 (termasuk kos penghantaran)  SOLD
 
 

No comments: