“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

6 May 2011

Asam pedas tempoyak ikan patin

Saya ambil kesempatan balik kampung pada cuti Hari Buruh minggu lepas. Kali terakhir saya pulang ke Pahang pada bulan Februari lalu. Penang-Pahang bukannya dekat, ya tak. Bukan boleh dapat balik selalu. So, bila ada cuti umum tu, saya cuba selitkan samada balik Pahang atau paling tidak pun, balik ke KL.

Perkara yang saya nak highlight kali ini ialah, asam pedas tempoyak ikan patin. Haa...anda pernah makan masakan ini?  Bagi orang Pahang, masakan ini memang famous la. Kalau sesiapa yang sering menggunakan highway Pantai Timur, masakan ni memang ada disediakan di Hentian R&R Temerloh. Tapi harganya mak aii...dalam RM6-RM7 seketul (bukan seekor).

Kebetulan balik kampung baru-baru ni, saya singgah untuk bersarapan di Kampung Paloh Hinai. Jika anda melalu jalan Batu Balik menuju ke Pekan, anda akan bertemu sederet kedai di Taman Selasih yang terletak bertentangan dengan SRK Paloh Hinai (sekolah saya dulu).  Ada dua kedai yang menjual makanan di situ dan saya memilih untuk makan di Gerai Kak Cik.


Setiap kali saya datang, memang gerai ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Saya tak pasti pukul berapa mereka mula berniaga tetapi gerai ni menawarkan pelbagai pilihan untuk bersarapan seperti roti canai, nasi dagang, nasi lemak, mi/mihun goreng dan pelbagai lauk-pauk untuk nasi putih.

Adik (Ami) dan Tini (kakak) memesan roti canai. Maryam (anak saudara) nak makan nasi dagang. Saya...dah tentu nasi putih dan asam pedas ikan patin. Menu pilihan sepanjang hayat! Hehehe...

Menyelerakan... cukup sekadar dimakan bersama sambal belacan, anda dapat menikmati rasa keenakan ikan patin dan tempoyak yang authentic. Selain itu, gerai ini turut disajikan dengan pelbagai pencicah seperti sambal belacan, sambal tempoyak, sambal kicap dan budu untuk dimakan bersama ulam-ulaman.
Difahamkan ikan patin yang dimasak di kedai ini diternak dalam aliran Sungai Pahang. Harganya? Saya pasti ia mengikut kepada potongan ikan samada bahagian ekor, badan atau kepala. Kalau seperti di bawah, harga ikan yang telah dimasak hanya RM3.50 sepotong. Murah kan...


Cara masakan asam pedas ini mungkin sedikit berbeza berbanding di Temerloh, Kuala Lipis atau di daerah lain. Kalau di sebelah Pekan, ikan ini dimasak bersama lada kecil, tempoyak dan petai jeruk. So, rasanya akan menjadi pedas, masam-manis dan sedikit pahit-pahit lemak (betulke perkataan tu?). Daum kesum akan ditambah sebagai penyedap rasa dan pewangi masakan. 
Jelas nampak telur di dalam kepingan roti canainya. Kuah pencicah roti canai ini memang sedap. Rasanya seperti campuran kari dan gulai lemak. 
Nasi dagang masih dibungkus dalam daun pisang dan berlaukkan ikan aya (tongkol).

Sekiranya anda melalui kawasan ini, singgahlah dan cuba nikmati keenakan makanan di gerai Kak Cik. Terutama asam pedas tempoyaknya yang ummpphhh! Memang terasa semua ramuannya.

No comments: