“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

24 May 2012

Lampu signal

Saya memandu ke pejabat hari ini kerana cuaca mendung dan gerimis. Sengaja tidak mahu ambil risiko naik bas. Sebaik sahaja keluar dari kawasan perumahan, saya terpandangkan penunggang motorsikal yang kedudukannya selang 3 buah motor dan sebuah kereta, bergerak terhoyong-hayang lalu jatuh ke jalan. Lantas semua kenderaan di belakangnya memperlahankan kelajuan. Apa yang berlaku?

Rupa-rupanya motorsikal itu "beretuh" (terlanggar) side mirror kanan sebuah kereta myvi putih. Kereta itu berhenti di depan gerai kuih tepi jalan. Kedudukannya senget sedikit seperti dia bersedia untuk keluar. 

Apabila saya melepasi kereta itu, kelihatan agak teruk juga geseran yang dialami. Side mirror kereta patah dan terkulai. Si pemandu, seorang wanita dok membebel seperti mengatakan dia tidak bersalah. Kononnya dia telah memberi isyarat untuk keluar. Manakala si penunggang bangun lalu mengibas-ngibas tangannya. Sakit barangkali.

Saya terus berlalu. Situasi itu memang sering berlaku. Syukurnya, penunggang itu tidak mengalami kecederaan serius. Manakala kereta pula tidak rosak. Namun bagi saya, semua yang menyaksikan kejadian ini harus mengambil iktibar. Terutama penggunaan lampu signal.

Sering saya lihat, alat ini jarang digunakan ketika kenderaan keluar-masuk simpang. Apa puncanya saya tidak tahu. Sedangkan kedudukan alat ini sangat hampir dengan tangan yang memegang stereng, ataupun handle. Bukannya susah pun untuk diguna, hanya tolak ke atas atau ke bawah. Itu saja.

Saya perasan kereta itu tadi tidak menyalakan lampu signal. Mungkin ini menyumbang kepada kemalangan tersebut. Si penunggang pula wajarnya kena berhati-hati dengan situasi ini. Seperti situasi motorsikal keluar dari simpang yang melulu tanpa menoleh ke kiri, si pemandu pula yang perlu berwaspada.

Pokoknya, setiap kemalangan ada puncanya dan saya pasti lampu signal itu dibuat untuk mengelakkan perkara itu terjadi. Gunakanlah kemudahan itu. Kemalangan - anda mampu mengelaknya!

No comments: