“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

28 May 2012

Kepak-kepak, kepong-kepong

Cuti sekolah bermula dan bermakna musim orang kahwin turut bermula. Sedar tak sedar dah lebih 5 bulan saya berkahwin. Seronoknya naik pelamin hehe... 

Untuk kawan baik saya yang akan jadi mempelai 2 Jun ini, Selamat Pengantin Baru. Semalam dia ada sms saya. Katanya perasaannya gembira tetapi ada juga terselit gerun. Walaupun nak jadi pengantin buat kali kedua. Alahai...itukan perkara biasa buat pengantin. Teringat saya dalam situasi yang sama. Seminggu sebelum akad nikah, macam-macam bersawang dalam fikiran. Yang penting, nak buat semua perkara bagi cepat-cepat selesai. Bila dah selesai, rasa seolah-olah beban berat hilang. Rasa bahagia memanjang...ewah.

Bagi tetamu yang dijemput, inilah musim "menggantung periuk." Apa tidaknya, dalam satu hari ada 5-6 kenduri. Dapur memang tak berasaplah. Sibuknya ke rumah kenduri sama sibuk dengan pengantin nak bersiap.  Sebagai tetamu, memang kita berusaha selarat mungkin untuk hadir. Sehinggakan ada ketikanya, dah tak selera nak makan. Cuma minum air membasahi tekak. Tetapi tetap berusaha untuk datang. Bak kata Mama, kalau kita tak pergi kenduri dia, nanti esok-esok orang pulak tak datang kenduri kita.

Kemeriahan majlis kenduri kahwin bagi saya, bermula dari bau asap kayu api. Hehe...jangan pelik. Saya memang suka bau tu kerana bagi saya itulah tanda pertama orang nak mula kerja. Terutama kenduri di kampung iaitu masak secara gotong-royong. Perkara pertama orang akan masak ialah air untuk dibuat air gula minuman dan juga kerisik.

Bila sebut kerisik ni, suka saya nak bagitau di tempat asal saya masakan kenduri yang paling popular ialah daging opor.  Daging akan dipotong kiub dan dimasak dengan rempah opor yang berwarna kehitam-hitaman.  Ia dimasak bersama kerisik sehingga kuah membaluti daging. Rasanya... tak pandai nak cakap. Ada iras-iras seperti rendang tok di Perak.  Manis dan berempah. Tapi memang sedap. Kalau di sebelah Pantai Timur, memang ada rempah yang siap dijual jenama Puteri. Saya pernah jumpa rempah ini di bahagian produk tempatan di Pasaraya TESCO.

Ehsan: dapurcintamama.blogspot.com
Kalau di sebelah utara plak, saya memang ternanti-nanti nak pergi kenduri kahwin kerana gemar makan lauk gulai daging bersama rias (umbut) pisang. Sedappp...! Bagi saya inilah lauk kenduri tempatan orang utara. Selalunya kalau ada lauk ini, saya memang tak ambil lauk lain dah. Siap ceduk sesenduk extra untuk meratah hehehe...

Ehsan: atleena.blogspot.com
Macam-macam peel bila orang di kenduri kahwin. Ada yang sibuk nak dapatkan bunga telur pengantin. Ada pulak yang sibuk nak membungkus lauk untuk bawa balik. Tak kurang juga kanak-kanak yang sibuk berkejar-kejaran main boyak. Geng dapur atau kumpulan bentara, sibuk juga menyiap hidangan dengan berselang-seli bertukar-tukar gosip. Tuan rumah sibuk juga. Sibuk mengecam tetamu tatkala bersalaman. Kadang-kadang tu langsung tak dapat ingat siapa. Sambil tu apa lagi...salam kokot la. Saya? Saya suka makan aje. Tapi yang penting, disebalik riuh-rendah, kacau-bilau dan gelak-tawa, semuanya berakhir dengan kebahagiaan.

Lagi sekali kompang dipalu, kepak-kepak kepong-kepong...

No comments: