“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

19 April 2011

Bekas telur ke sarung telur?

Pernah tengok ni?

Inilah sarung telur namanya hehehe.... Sekarang ni ramai yang guna kotak untuk isi telur rebus sebagai doorgift. Kalau dulu ya, orang (selalunya geng makcik) akan pulun memerah idea camana nak buat hantaran, bunga telur, dekorasi dan sebagainya. Tapi sekarang semuanya buka purse dan hulur kepingan biru atau merah. Lalu dapatlah apa yang dihajatkan.

Sarung telur ni saya buat sendiri dengan bantuan kawan-kawan especially Lin, my housemate. Dalam 'keras-keras tangan', berjaya juga dia buat. Teknik yang digunakan adalah anyaman. Macam anyam tikar atau ketupat. Telur rebus nanti akan diletakkan ditengah-tengah. Lepas tu kelip hujung reben tu dengan stapler. So, jadilah sarung telur. 

Saya agak mesti ada diantara mereka di luar sana yang masih ingat sarung telur ni. Mesti ada yang pernah buat pun. Kalau nak buat tapi tak tau, habaq la. Saya boleh tunjukkan. Alah...idea biasa-biasa je. Lagipun nak buat ni senang. Yang lebih syok, jimat poket.

Cara-cara:

1. Dapatkan riben yang bersaiz 1.5 inci. Selalunya banyak dijual di kedai bunga atau alat jahitan. Potong riben dengan ukuran 30cm. Setiap satu sarung telur memerlukan 2 helai riben. Lipat dua mengikut sama panjang.
 
2. Seterusnya, gunting lipatan riben selebar 0.5cm. Panjang guntingan hendaklah sama dengan lebar riben yang digunakan. Lakukan yang sama kepada helaian riben kedua.


3. Anyam guntingan riben seperti mengayam tikar iaitu ke atas dan ke bawah secara berselang-seli.


4. Pastikan anyaman terbuka di sebelah dalam sarung.



5. Setelah siap, telur boleh diletak didalam sarung dan kemaskan dengan stapler di tengah.

4 comments:

Anonymous said...

Ley x ajar cmne cre nk wt sarung telur?
Sy mnt sgt

FaZa said...

Boleh...ada kesempatan saya akan buat tutorial dalam masa terdekat. InsyaAllah...sekali tengok je dah bleh buat dah.

Unknown said...

Kena gam ke

karangan jenis syarahan said...

zaman sy kecil tahun 80 an pernah buat dan pandai buat. masa tu kakak nak kahwin, gotong royong buat sarung telur utk hadiah kpd tetamu yang dtg.
ni kalau suruh budak kelas pendidikan seni buat xtvt utk tajuk anyaman ni sesuai.. mengasah kemahiran seni. mesti enjoy buat.