“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

15 April 2011

Paperbag Doorgift

Saya mula berkenalan dengan paperbag doorgift sewaktu hadir ke majlis resepsi Mashi sebulan lalu. Sesuatu yang baru dan comel bila paperbag itu turut dihiasi dengan tag kecil serta reben pink sebagai tali pemegang (thank you Mashi). Tergerak hati nak surf dalam internet. Sebab saya terpikat dengan idea itu dan nak gunakan idea yang sama untuk majlis saya nanti.

Rupa-rupanya dah ramai blogger a.k.a pengantin yang menggunakan idea ini. Bermacam-macam hiasan pula yang saya jumpa. Semuanya cute dan kreatif. All the blogger juga baik hati berkongsi info kat mana nak dapatkan paperbag yang murah...camana nak hiaskan...apa yang boleh dimasukkan ke dalamnya....macam-macam.




Rata-rata yang memilih paperbag sebab nak jimatkan kos. Itu juga menjadi keutamaan saya.  So, saya dah hubungi kilang PPH di Perai (info daripada Cik Puan Syafa dari justyouni) dan buat temujanji nak beli paperbag di situ. Saya pun dah minta kakak di KL untuk survey kedai yang menjual dollypaper (dp) sebagai hiasan paperbag itu. Ada blogger (maaf, nama anda saya lupa) yang maklumkan di situ ada dollypaper pelbagai warna. Bila saya balik KL ujung bulan ni boleh la beli terus.

Saya masih belum ada idea camana nak menghiasnya tetapi saya nak gunakan paperbag putih. Manakala tag terima kasih akan menggunakan dp. Ini contoh gambar dp yang dimaksudkan.


for kids

untuk dewasa


untuk VIP


2 comments:

AmeRuhil said...

beli kat mana DP yg color2 nih? somel sgt2... nak beli jugak. advices pls :)

FaZa said...

info yang saya dapat, di kedai berhampiran pasar klang. ada blogger yang cadangkan tapi saya dah tak ingat siapa. try google tengok. ada juga blogger yang buat coloring sendiri. siap paparkan cara-caranya sekali.