“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

30 October 2012

Bulan madu di Kinabalu - Prolog

Tajuk entry kali ini macam slot drama pulakkan...hehe. Sebenarnya itu adalah perancangan untuk tahun 2013. Tahun ini kami telah ke Terengganu. Sebab itu tahun depan nak ke sana pula...seberang laut. Tapi belum sampai tahap ke luar negara. Kewangan masih belum mengizinkan. Tetapi doa saya, bulan madu akan datang dapat juga ke luar negara, InsyaAllah.
 
Lanjutan daripada AirAsia telah buat jualan tambang murah awal minggu ini, saya telah menempah tiket ke Kota Kinabalu pada bulan Mei tahun depan. Kosnya memang amat murah berbanding harga semasa. Justeru, setelah puas mengambil kira dari semua segi, saya sahkan tempahan penerbangan untuk saya dan SiDia. InsyaAllah, penerbangan kami bermula dari Alor Setar - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu. Lebih jimat masa dan kurang memenatkan. Tujuan utama hanya untuk berbulan madu, menghabiskan masa berdua. Menikmati bersama dunia ciptaan Allah.
 
Sebagai pembakar semangat, saya sudah letakkan ticker di sebelah kanan sana. Bila sudah ada tiket ini, mulalah idea bercuti datang mencurah-curah. Kena ambil perhatian terhadap perkara asas seperti penginapan, makan-minum, pengangkutan serta tempat-tempat menarik yang berbaloi dikunjungi. Maklumlah percutian masa singkat. Hanya 3 hari 2 malam. Kalau ikut hati nak pergi lama. Tetapi ada kekangan lain. Tak mengapalah...asalkan dapat menjejak kaki pun sudah memadai.
 
Teringin nak bergambar berlatarbelakang Gunung Kinabalu
Tempat yang paling saya teringin pergi sudah pasti Kundasang. Nak tengok Gunung Kinabalu secara nyata. Nak panjat...ermm memang tak mampu. Teringin nak rasa nyaman bayu gunung. Nak hirup udara segar tanah tinggi.
 
InsyaAllah...
 
 
 

5 comments:

PORUMAN said...

thanks ye... kalau nk g pulau tu, satu hari pun boleh. x de mslh.. hanya kos pengangkutan dan masuk sahaja yg di charge... tp kalau nk tido, korang tpaksa keluarkn kos utk sewa bilik di dlm pulau tu..

FaZa said...

Mungkin hanya island hoping. Sebab saya teringin nak lihat Gunung Kinabalu di waktu pagi. Mungkin hari pertama pergi pulau dan petang itu terus ke Kundasang. Masih belum buat perancangan lagi.

Mazuriah Mohamed said...

selamat bercuti & berbulan madu. untuk 3 hari cover ke kundasang & island hoping, rasa cukup. anyway have fun. kalau nak info jalan2 sana, saya boleh share.

FaZa said...

Thanks K.Nadzrah. Boleh bagitau kat mana tempat makan seafood yang mantopp tak?

Mazuriah Mohamed said...

makan seafood memang byk kat sana (KK kota syurga makan seafood sebab murah!). dekat pasar filipina ada byk gerai jual makanan seafood. pilih saja mana yg berkenan. tempat lain ada juga tapi jauh sikit dr KK contohnya di Gayang Seafood Restaurant & Kg. Salut Seafood Restaurant.